Monday, April 3, 2017

Sabah Trip Day 3: Island Hopping

 Sorry terlampau busy dan tak berapa sihat these past few days, mood memang tak ada tapi ramai yang request sambungan Sabah trip hari tu waaaaah statement bajet sangat kakaka. Seriouslah. Ramai yang tanya macam macam so aku rasa might as well aku sambung terus kan cerita sebelum ianya menjadi basi. Apa jelah ayat aku ni 😓

Hari ketiga, yeah sudah sampai hari ketiga, daripada Kundasang kami sudah pun tiba di Kota Kinabalu sehari sebelumnya. Menginap di Kinabalu Daya Hotel yang tersangatlah murah (RM115 kot per night) tapi toilet takde paip herghhhh but depa ada sediakan gayung so takpelah. Pagi tu, kami jalan kaki pergi breakfast di Oldtown White Coffee berhampiran hotel, sorrylah ye kami kalau travel dengan anak anak ni memang takde maknanya nak try tempat makan yang adventurous; malam semalam pergi Anjung Selera Tanjung Aru tu pun agak tak selesa sebab toilet super dirty (Adam tiba tiba nak berak grrr) dan tempat tu dan kebetulan ada meja sebelah melompat sebab apa entah tikus ke apa entah. Sabar jelah. So dengan anak anak ni, kami memang always settled for tempat yang selesa, berpenghawa dingin, easy access to toilet dan ada menu kanak kanak 😅

So lepas makan, H panggil owner Nissan Almera tu untuk return kereta. Di Kota Kinabalu kami decided untuk pulangkan kereta, sebab most places boleh jalan kaki atau Uber je. Easier and cheaper. Sebelum pulang kereta minta brader tu tolong hantar ke Jesselton Jetty dulu. We are going for island hopping!


At the jetty. Sampai sini kena beli tiket untuk island hopping. Masuk dalam bangunan tu ada banyak sangat kaunter yang jual tiket. Kebanyakannya harga sama je. Aku takde survey sangat kaunter mana yang murah, kami pilih kaunter nombor 5, Borneo apa entah nama dia. Ada empat buah pulau yang kita boleh pergi, kami pilih untuk ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi, tak ada sebab pun. Cuma pulau itu yang rasa macam popular disebut orang bila ke Sabah. Total harga untuk 2 dewasa dan 2 kanak kanak rasanya dalam RM125 macam tu untuk 2 pulau. Tak pasti pula sebab masa H bayar tu aku sibuk layan anak anak nak beli pistol air 😑



Lepas beli tiket perlu berkumpul setempat, pakai safety jacket. Kami ambil trip bermula pukul 11 pagi. Kami diberi masa 2 jam untuk setiap pulau, so anggaran balik dalam jam 3 petang. Nak lebih masa pun boleh, tapi 2 jam hari tu pun okay dah rasanya, kecuali kalau you guys nak snorkelling.


I tak snorkelling, I nak sightseeing dan melawa je 😆


Ngam pukul 11 depa dah panggil untuk naik bot. Bot kecil je, cukup untuk 10 orang je sekali naik.


First boat riding experience for Adam Muaz.


Yusuf dah pernah island hopping masa kat Phuket hari tu. Tapi dia baru setahun lebih masa tu bukan dia ingat apa. So kalau nak bawa anak buat aktiviti macam ini tunggu depa dah faham sikit, baru berbaloi. Berhari hari cerita naik bot meniti di bibir punyalah memorable 😂

Alhamdulillah takde yang mabuk laut antara kami, perjalanan daripada jeti Jesselton ke pulau pertama iaitu Pulau Manukan ambil masa dalam 20-30 minit rasanya. Saspen juga bila berada di tengah laut memang terasa jugalah terumbang ambing setiap kali berlanggar dengan air yang bergelora. Masa itu jugalah H cerita pernah tercampak keluar dari bot masa beliau di Pulau Perhentian dulu sebab ombak kuat, langsung tak membantu 😖😖. 


Tapi Adam Muaz jangan risau, beliau hanya tidur sepanjang perjalanan, dasar kaki tidur 😝


Alhamdulillah selamat sampai ke pulau pertama kami, Pulau Manukan! Nampak tak kebiruan dan kehijauan airnya? Serious cantik gilaaaaaa air dia memang crystal clear. Sangat sangat cantik!


Emak memang macam nak pergi shopping mall haha. Memang aku tak ada intention langsung nak mandi. Kegelian aku pada public toilet memang tidak dapat dibendung lagi, lagi lagi kalau kat pulau pulau. Biasanya memang tak terjaga.


Sampai sampai anak anak terus tukar baju mandi dan meluru ke laut.



Mummy tukang jaga barang je, Daddy tengok anak anak.


Honestly, pulau ini laut dia memang super duper cantik, tapi bagi aku pantainya tak terjaga. Kotor, anak anak aku dok kutip sampah je sepanjang kat sini. Sayang betul pusat peranginan tak well-maintained, dan sayang juga mentaliti ramai pelancong ke sini masih low class lagi.


Dua orang ni dok kutip sampah masuk dalam botol tu. Jenuh melarang takut terpijak kaca just in case.



Asalkan anak anak Mummy happy je..


What's with that face Muaz? 😆😆 #posingbaruMuaz



Nampak macam tak ramai orang, tapi masa ini macam crowded juga bagi aku. Ramai pelancong Korea masa ini entah kenapa.



My beloved three boys. Bila nak ada anak perempuan ni.. #tetiba


Tips untuk travel dengan anak kecil: Make sure your husband adalah seorang yang penyabar. Terutama bila bab anak nak ke toilet. Mummy pun penyabar (haha!), tapi bab ke public toilet memang minta maaflah. Alangkan toilet shopping mall yang appropriate pun Mummy taknak bawa, apa lagi tempat macam ini. Thanks for making things a lot easier for me, Sayang. I can never do this without you 😘


Genap pukul 1, kami dah berkumpul di jeti Pulau Manukan. Tunggu bot untuk bawa ke pulau seterusnya, Pulau Sapi. Masa ini si Adam Muaz dah cranky sebab nampak budak depan makan jajan. Maka berzikirlah beliau sebut "Nak jajan" x 1000. Kali pertama belajar perkataan jajan. Emak kau dahlah pantang bagi anak makan jajan.

Masa tunggu kat jeti ni kalau rasa macam dah lebih 10 minit tunggu tu boleh tanya ke orang yang jaga bot kat situ dan tunjuk tiket, kadang kadang depa bukan panggil, tahu tahu semua orang dah tunggu dalam bot tinggal kau sorang je belum naik macamlah kau jenis tak paham arahan tunggu pukul 1. Sebab kami kena macam tu, punyalah lama tunggu kat jeti rupanya orang lain dah naik bot dah 😤

Sampai sampai Pulau Sapi, terus beli jajan just to satisfy Adam Muaz. Memang lapar pun sebenarnya, tapi tak jumpa pula kedai makan or restoran kat tepi pantai ni. Kecuali kalau you beli tiket bot sekali dengan makan tengahari. Tak sure pula berapa harganya kalau pakej itu. 


Pulau Sapi ni kecil je, rasanya separuh dari saiz Pulau Manukan tadi. Lagilah crowded rasanya masa ni.


Anak baru selesai makan jajan tepi pantai, masa ni dah mula rasa panas terik, kat Manukan tadi tak rasa sangat. Tapi budak budak ni seronok membina istana pasir, mana reti rasa panas.


Emaknya duduk tepi je bawah pokok. #diva




Budak dua orang ni memang betul betul have fun. Seronok tengok.


Masa ini ada budak Korea sebaya depa dok tembak tembak guna pistol air. Seronok main bersama.


Ada minah Korea ambil gambar, tapi bagus dia ni, siap minta izin "Can I take photo of your sons?" #anakartiskatakan bahahaha.



Dah almost pukul 3, Daddy kena panggil anak anak ajak balik.


Obviously protesting. Susah betul nak ajak balik!!


Sementara tunggu bot sampai. 

Overall, judging from these two islands, well, pulau pulau ini memang air nya subhanallah cantik sangat! Crystal clear! Kalau snorkelling memang bestlah rasanya. Tapi I was glad that I didn't do it sebab nanti lepas dah settle snorkelling or swimming nak mandi tukar baju memang tak ada tempat. Shower room dia open, memang terbuka macam itu je tengok orang pakai bikini bersihkan badan. Then belah toilet pula tak ada air, dan bau toilet dia tak payah cakaplah. Ish aku memang tak bolehlah. Geli! Tapi sebenarnya taklah surprise sangat, masa kat Phuket pun macam itu juga toilet di pulau pulau. Tak well-maintained sebab itu memang mengelak mandi laut, kecuali kalau kami memang menginap di hotel tepi laut yang mana lepas mandi terus boleh naik bilik je.

Selesai island hopping, kami pulang ke Jesselton Jetty. Semua orang dah kelaparan, turun bot terus jalan kaki pergi shopping mall berhampiran, Suria Sabah if I'm not mistaken. Memang boleh jalan kaki je. Makan Kenny Rogers ambil meal paling besar haha #kebulur. Makan lunch sekali dengan dinner, then jalan kaki balik ke hotel. Kalau naik Uber dari jeti ke Kinabalu Daya Hotel tu taklah mahal pun dalam RM4 je, tapi saja nak jalan kaki untuk tengok tengok apa yang ada di bandar KK ni.

Despite the toilet issue, I really recommend those yang melawat Sabah untuk cuba aktiviti island hopping ni. It's one of the thing yang sayanglah kalau you tak buat kalau you datang Sabah. Lagi best kalau boleh snorkelling, inshaaAllah we'll do that bila anak dah besar sikit nanti. Memang nak juga bawa anak anak ke mana mana. Renyah macam mana pun, entahlah, tak ready lagilah nak travel seorang atau berdua dengan Suami je tanpa anak anak. It will be like... meaningless without them. You think I'm the overly-attached one? No you're wrong. The Daddy is WORSE haha! Anak tidur sekejap rumah nenek depa pun dah tak keruan laki aku tu 😂😂. So far begitulah, belum bersedia lagi, In future siapa tahu, But as of now apa apa pun memang nak juga tunggu anak besar sikit, dah faham sikit baru boleh bawa. Barulah berbaloi.

Stay tune for the last chapter, I'll continue tomorrow inshaaAllah 😊




Wednesday, March 29, 2017

Sabah Trip Day 2: DESA Dairy Farm and Poring Canopy Walk

Hi! Okay hari kedua tu anak anak aku pukul 6 pagi dah bangun. Budak berdua tu memang, kalau bab berjalan boleh je bangun tanpa disuruh, kalau hari sekolah bukan main susah lagi nak buka mata sampai kena berdukung ke bilik mandi 😒. So anak anak dah bangun, kami pun bangun sekali dan terus solat dan mandi bersiap untuk keluar. Sejuk! Sebab sepanjang malam tu hujan tak henti henti kami dah agak hampa sikit in case hujan berterusan macam mana nak pergi berjalan.

Anyway, dah siap je we decided to turun breakfast dulu. Oh hotel ini masa check in semalam dia akan tanya siap siap nak breakfast apa. Pilihan yang ada hanya nasi goreng, mee goreng dan bihun goreng, semuanya comes with sosej and telur mata. Sepatutnya breakfast untuk orang dewasa je, tapi kami minta juga untuk 2 kanak kanak ini.


Mummy and budak manja.


I requested for bihun goreng. Sedap! Memang sedap. Besar pula tu portion dia, sementara tunggu nasi goreng anak anak siap kami berkongsi dulu bihun goreng ni. Last last nasi goreng tu kami tapau je untuk makan later kalau anak anak lapar.




Posers. Sementara tunggu hujan reda sikit.

Hari masih hujan, aku cakap dengan H kita cuba jelah pergi DESA Dairy Farm tu. Sebab baca blog lain cakap kalau sampai sana lebih pukul 10 dah takkan nampak dah puncak Gunung Kinabalu sebab dah diliputi awan. Lagipun memang nak bagi anak gembira je sebab dari awal lagi mereka dah keep in their mind yang kita pergi Sabah ni untuk tengok lembu 😂. So dengan berpandukan Waze saja, kami terus gerak ke sana. Perjalanan rasanya dalam 20-30 minit saja dan ianya membukit. Memang terasa la semput Nissan Almera tu, tengok Myvi depan kami lagilah merangkak rangkak. So kalau nak drive sendiri ke sini better ambil kereta yang okay sikit. Sampai sana alhamdulillah hujan dah berhenti.


DESA Dairy Farm
Dewasa: RM5.00 seorang
Kanak Kanak: RM4.00 seorang

Bayaran secara drive-thru saja, tapi masa kami masuk tu dia minta bayaran untuk 2 orang dewasa saja, kanak kanak tak perlu. Kami pun bayar sajalah RM10 tanpa banyak soal 😆. Bila berada dalam ni.. memang rasa takjub sangatlah dengan keindahan alam ciptaan Allah. Memang sangat sangat cantik subhanallah!


Disebabkan kami bukan Che Ta yang bercuti bawa photographer sendiri, my husband and I bertekad untuk tebalkan muka minta je sesiapa untuk tolong ambilkan gambar, dan sasaran kami adalah remaja perempuan. Sebab remaja perempuan biasanya pandai ambil gambar 😜



Pandaikan remaja perempuan yang kami pilih tu ambilkan gambar? 😉 Cantik gilaaaaa la pemandangan mashaaAllah.


Bawa bersabar ya dekat sini memang banyak gila gambar dan semuanya cantik cantik keliru aku nak pilih mana satu untuk upload 😅


Kelihatan sekumpulan lembu susu sedang meragut rumput nun di sana. Wow bahasa aku.



Anak anak memang seronoklah kat sini, sebab sejuk kot. Depa kan lahir kat London, suka tempat yang sejuk je 😐


Tak dapat bergambar dengan lembu yang betul, dapat lembu patung pun jadilah. Bak kata anak anak aku, "Lembu gurau gurau" 😆


Yang tengah tengah tu supermodel ke wakakaka gurau jeeee.



Belakang tu kilang pemprosesan susu rasanya, or tempat kalau nak beli beli, tak ingat pula sebab kami jenguk kepala sekejap je sebab macam tak berapa menarik je untuk budak budak ni tengok.



Sudah kehabisan remaja perempuan untuk minta tolong ambilkan gambar, maka terpaksa guna RE Camera, cantik juga. Jangan lupa perhatikan peminat kami di sebelah kiri yang segak bergaya itu, elok je dia posing sekali dalam gambar.



Biasalah, keluarga aku 😂


Baru je si Yusuf nak panjat sekali nampak signboard ini.

Dalam 30-40 minit berada di dalam ini kami pun decided untuk keluar, sebenarnya ada a few things boleh buat dalam ini seperti bagi lembu makan, tengok proses perah susu lembu, makan aiskrim fresh susu lembu tapi tengok macam ramai je dalam tu. Tak apalah, I think we'll passed. So kami beransur keluar.


Keluar je pagar nampak ramai orang bergambar kat sini. So apa lagi, kami pun menjalankan modus operandi kami iaitu pergi dekat couple or family yang bergilir ambil gambar, offer tolong ambilkan gambar mereka. Depa happy okay?! Lepas ambil gambar depa kita minta tolong ambil gambar kami pula hahaha bijak tak kami? 😁😁


Kita ambil gambar dia 1-2 shots je.


Dia punyalah happy sampai ambilkan gambar kami 10 snaps agaknya 😝



Super love this photo! Sebab Adam Muaz is smiling bukannya senang dia nak cooperate ambil gambar 😂😂

Dari sini kami Waze untuk ke Poring Hot Spring pula. Tengok agak jauh juga perjalanan so H singgah Petronas dulu untuk isi minyak sambil kami makan nasi goreng tadi di dalam kereta. Amboi mentang mentang kereta sewa siap boleh makan nasi goreng, kalau kereta laki aku tu jangan harap boleh makan dalam kereta 😤

Poring Hot Spring ni terletak di Ranau, perjalanan ambil masa dalam 30-45 minit untuk ke sana tapi tak susah pun nak jumpa. Memang Waze je confirm jumpa inshaaAllah. Sampai sana, tengok kat carpark dah banyak kereta, oh sebab hari Ahad kan mestilah crowded. Tengok semua orang pakai selipar jepun je, H pun cakap tak payahlah pakai kasut. Aku insist nak pakaikan kasut tapi memang pun tengok semua orang pakai selipar jepun je so biarlah anak anak pakai selipar je.


Poring Hot Spring
Bayaran masuk ke kawasan kolam air panas adalah RM3.00 untuk dewasa, dan percuma untuk kanak kanak bawah 7 tahun. Masuk je sini lepas park tu terus bayar kat kaunter tepi pagar tu, sebab nanti dah masuk dalam kalau tak bayar kena patah balik keluar penat juga.



Belakang tu kawasan kolam air panas, Kami tak mandi pun, sebab tak ready extra baju and then, entah macam tak hygienic je berkubang ramai ramai dalam kolam yang tak berapa besar. So jalan jalan je area sini and we were looking for canopy walk. Dengar cerita macam best.

Lepas jalan 10 minit baru jumpa kaunter untuk canopy walk. Masa itu baru kami tahu yang rupanya orang ramai ramai yang pakai selipar jepun tadi tu semua sebab nak pergi mandi kolam, kalau nak canopy walk haruslah pakai kasut sebab kena jungle trekking setinggi 550 meter 😫. Kat kaunter tu kami tanya orang tu boleh ke budak budak naik, dia pun explain la keadaan nak naik atas tu macam mana, kalau anak jenis tough tak apa. Aku rasa anak aku memanglah jenis lasak tapi taklah hardcore sangat, so my husband and I berpandangan sambil berfikir. At last H cakap, "Naik jelah nak? Cuba je dulu kalau susah kita patah balik jelah". And I chose to trust my husband. Bila lagi nak bagi anak anak merasa pengalaman macam ini?

Poring Canopy Walk
Dewasa: RM3.00 seorang
Kanak kanak: RM1.50 seorang
Kamera/Handphone: RM5.00

Kalau decide nak guna satu phone je untuk bergambar register untuk 1 je. Aku nyaris bergaduh kat atas tu sebab dia suruh bayar lagi untuk RE camera tapi kami yang kaki gaduh ni insisted that RE camera is linked to smartphones so kenapa perlu bayar untuk dua kamera. Dan kami menang pertarungan itu 😎


Awal awal pendakian. Kesian anak anak aku pakai selipar je.


But they looked like having fun!


Emak dia lagilah. Dengan flip flopnya dengan handbagnya dengan baju ropolnya... totally waldrobe malfunction for hiking 😭. Takpe yang penting semangat tu ada!


Yusuf berada bersama aku sepanjang pendakian and this boy mashaaAllah, very highly motivated! Budak budak ni energy lain macam, we totally underestimated them 😅


Adam with Daddy, sepanjang perjalanan dengar dia tanya bila nak sampai. Sebiji emak dia 😝. Tapi bila mendaki dengan anak anak ni kita jadi berani dan bersemangat tau, sebab kita tahu ada orang lain yang totally depend on us so kita tak boleh tunjuk penat or susah. Kena steady je.


At one of the pitstop, tunggu Daddy dengan Adam Muaz kejap.


Setiap kali berhenti Yusuf akan jerit "Adik cepat dik! Sikit lagi dik!" #motivator


Okay jom teruskan perjalanan!

After what seemed like forever, we finally arrived at the peak. Hehe 550m je pun.



Haruslah bergambar dengan bench mark. My boys first hiking experience, alhamdulillah.



Kat sini ada orang akan check tickets dan jual air mineral juga. Permulaan jambatan gantung pertama untuk direntasi. Ada total of 4 canopy walks yang setiap satu sepanjang 100m kot. Ke aku tambah tambah? 😆 Masa ini aku berdebar dah.


Takut hoiii!!! Goyang goyang macam tak stabil pula tu papan pijak tu! Maksimum 6 orang je boleh naik jambatan ini dalam satu masa, so kena tunggu group gadis gadis kat depan tu lepas dulu baru kita boleh naik.


Yusuf looks okay, tapi dalam hati siapalah tahu.


Hampir sampai ke penamat untuk jambatan pertama.


Sudah pastilah minta tolong kumpulan gadis di hadapan untuk ambilkan gambar.


Our family's first canopy walk experience.


Dekat nak sampai tu tiba tiba Muaz takut! Langsung taknak jalan dah! So Daddy kena dukung dia kau bayangkan jalan seorang pun takut apa lagi dukung budak!



Ish scary je tengok dukung macam tu. So jambatan kedua tu kami pujuk Adam Muaz untuk jalan sendiri, tapi hug Mummy.


And it was hilarious! 😆😆😆😆



Macam siput aku jalan dengan my baby stuck at my back HAHAHA lawak betul. Sepanjang perjalanan tu Adam Muaz dok cakap sendiri "Adik kan Spiderman, Adik tak takut." Ulang ulang dia cakap as if trying to convince himself 😆😆

Perjalanan diteruskan untuk jambatan kedua, tiga dan empat dan setiap kali habis satu jambatan memang lega tak terkira ish scary la sepanjang atas jambatan tu memang membuatkan aku questioning my life decision. Separuh menyesal pun ada HAHAH dahlah tak boleh mengada ngada tunjuk takut sebab kena berani depan anak anak!


Ni entah kat pitstop jambatan yang keberapa.


Nampak macam senang je kan? Macam bahagia je kan keluarga ini naik canopy walk? Hakikatnya.... 😂😂😂😂😂


Finally habis dah semua jambatan alhamdulillah selamat semuanya!! Really really proud of my two boys yang tak pernah buat aktiviti lasak pun, tapi berjaya mengharungi segala pancaroba kehidupan tanpa rungutan pun 😂.


Memang I think depa sendiri pun rasa bangga dengan diri masing masing sebab tak sangka boleh buat. Bestlah cipta pengalaman baru macam ini.


Okay now ready untuk jungle trekking semula. Selesai canopy walkway tu kita perlu turun semula bukit sejauh 450m. Masa turun ni rasa tak sabarnya lah nak sampai sebab bila pakai selipar nak turun bukit lagilah susah berbanding naik bukit kan. Nasib baik tak putus je selipar dok tahan tahan kaki kan.


Jumpa waterfall, terus selfie with my own and better looking Vin Diesel 😍



Selamat pun sampai bawah alhamdulillah. Basuh kaki dulu sebab terpijak lumpur tadi. Kalau pakai kasut tadi macam mana entah nak basuh, mujur juga pakai selipar 😜 #silverlining

Habis semua aktiviti di sini agak lewat juga, hampir pukul 3 rasanya so kami pun bergegas driving ke Kota Kinabalu. Letih tak payah cakaplah, nasib baik husband boleh bertahan untuk drive lagi 2 jam ke sana.

Di Kota Kinabalu, kami menginap di Kinabalu Daya Hotel. Betul betul terletak di tengah tengah bandar siap boleh jalan kaki je untuk pergi shopping mall. Sampai KK, kami berehat sekejap bagi anak anak mandi segala, malam itu kami dinner di Anjung Selera Tanjung Aru. Memang seafood heaven la situ, we decided to go crazy order ikan ketam ayam segala, bill sampai RM78 je 😂😂. Kelaparan punya pasal, tak sempat nak ambil gambar pun.

Alhamdulillah for an amazing second day, on the way balik dari Tanjung Aru tu kami sightseeing kawasan Waterfront, macam tak ada apa yang menarik we decided to go back to hotel untuk berehat. Tomorrow is going to be a very long day too! Stay tune 😘