Wednesday, April 14, 2010

Sudah hidup selama 25 tahun. Syukur.. =)

It's 25. Cantik nombor ni. Saya ingat lagi masa kecil (kena bahasa baku tulis kecil bukan kecik untuk menunjukkan kematangan, eceh) kalau main berlakon berlakon dengan rakan sebaya setiap kali nak bawa watak orang dewasa mesti sebut umur 25 tahun. Pesal entah.


25 already. Umur yang sering dibayangkan telah mempunyai segalanya. Have i? Well, ingat kau hidup dalam alam fantasi nak ada segala galanya?? Tapi syukurlah, walaupun bukan segala-galanya, saya masih boleh tersenyum dengan pencapaian 25 tahun saya. Ceh ceh 'pencapaian 25 tahun saya'. Gempak syal bunyinya padahal bukan apa sangat pun. Apa yang saya ada sama sahaja dengan apa yang dimiliki gadis 25 tahun yang lain kot, biasa biasa sahaja.


Sempena birthday ni saya berazam-- huh perlu ke setiap kali ada peningkatan umur nak kena ada azam baru? Perlu la! Ok azam baru:


1) ...... Erm.. Alamak takde idea la nak tipu azam baru! Hahaha..

Dah dah takyah merepek azam baru konon. Selalu bila azam itu diluahkan dengan kata kata tak pernah nak jadi apa, tapi kalau kita takde kecoh berazam boleh pula dapat apa yang kita nak tu..

Apa apa pun saya sangat berharap kebahagiaan hari ini kekal sampai bila bila. Semoga Mama Baba dipanjangkan umur supaya saya mampu membalas jasa mereka yang tak terbalas tu, semoga Kakak tak penat ketawa ketawa dengan saya malam malam, semoga anak buah akan terus sambut saya balik kerja kat pintu dengan senyum lebar sambil terlompat lompat "Nak pigaun! Nak pigaun!" (pigaun = playground), semoga adik kesayangan akan terus cari saya setiap kali memerlukan nasihat yang selalunya lebih kepada ayat macam &#@!& seperti "Ala biar jela dia kutuk kau dia tu lagi la tak cun dah la kening lebat bercantum macam Sin Chan" , semoga Encik Hanis tak bosan cakap "Sabar ye sayang, mesti ada cara nak selesaikan" setiap kali saya yang cengeng tapi bajet hebat ni menangis bila terlalu tertekan, semoga bos tak menyesal ambil saya bekerja di sini walaupun prestasi sejak kebelakangan ini agak merudum terus cancel nak rebut jawatan CTO lantaran stress pasal kahwin... Oh God tiba tiba rasa touching lak..

Ok anyway enjoy these pictures taken during my birthday bash anjuran company tadi :)
Masa ni agak menyentuh perasaan saya kot. Trust me, suara my bos paling girang menyanyi lagu birthday. Hehe. And rasa sangat terharu bila Mr Ta (anak the owner of the mother company, Tan Sri Ta) turut naik office semata mata nak wish je, lepas wish and nyanyi terus turun semula to attend his appointment. Our office located on the fourth floor with no lift, mind you. Touching okayy! Rasa betul betul dihargai...
Encik Hanis yang terpaksa buat muka ketat disebabkan takut gambar ini dicuri oleh insan tertentu semata mata nak bahan konon beliau mencapub. Duh..


More photos on Facebook.


Paling best bila anak anak buah call nyanyi ramai ramai. Haha. Gelak besar saya kat office ni. Kepada yang wish di Facebook, email, sms, thanks a million! You guys really make my day, but sorry tak mampu nak balas satu satu adey la terukkan saya? (T_T) Truly deeply, i really appreciate every single wish you have dedicated. Thanks and thanks. Best wishes for all =)


19 comments:

Didi said...

happy birthday kak husna..
sweet 25th :)
may happiness surrounds u..,
and best of luck in everything..

Unknown said...

~ hepi besday una..!!
~ moga pjg umo dan di murahkan rejeki..
~ amin..
~ eerrr..eerr..kek tadek ke cik una..??

Cik Akma said...

happy befday kak husnaaa!
wah happening gilaa okay =)

SweetyMui2 said...

happy birthday!
btw,llaki kat 1st pic tu sngt kiut..kehkeh

Misshy Innz said...

hyep :) innz follow blog kamu k. nanti bile2 senang nk singgah lagi ;) kalo ada masa, dtg la jenguk blog innz k :)

Unknown said...

wah!!
meriahnya clbrate...

happy bfday!!!

myQza said...

selamat hari lahir

Arifah said...

eh, besday una!!! Lama tak bukak facebook. Heheh! Anyway, happy besday ye..moga pjng umur & dimurahkan rejeki selalu..(eh. ayat skema pulokk!) :)

bunga teluki said...

hepy bufday
may allah bless (:

cikmemy said...

happy birthday husna...bila maw kawen?huhuuhu

zella y said...

hepy bday husna..
may allah bless u!

happy2 selalu occay?? ;)

.: Si BungaKopi : . said...

25 sudahhh, takut tak?
btw, with all the best wishes.huhu

Bro Framestone said...

Assalamualaikum wbt

Untuk pengetahuan anda, pemenang contest sweet couple yang broframestone di telah disiarkan pada minggu lepas.

Bagi yang termiss anda boleh melihat pasangan yang sweet melalui pautan ini, http://www.broframestone.com/2010/04/pemenang-contest-sweet-couple-vs-broframestone-khaizarien/

Bagi yang pasangan yang tersenarai.. sila hubungi bro melalui email untuk penyerahan hadiah if nk amik by hand pun boleh (leh gak berjumpa)


Sabtu ini bro akan berada di Times Square, Kuala Lumpur untuk menghadiri Gatsby Street Fair 2010 anjuran Nuffnang. Hope korang sudi datang untuk memeriahkan program ini.

Manalah tahu dapat berjumpa dengan bro & pasangannya.

BroFramestone Blog

FAA said...

wahhh!! suda tue u kak una. i rasa ingat lagi masa awal2 kat jengka dulu. u senior yang i takut mse kemcess kot. skang da nak kawen da. haha. ;p

i rase i lucky dapat kenal u. ;)

Husna Hadzarami said...

thank you everyone! truly appreciate it :)
semoga kawan kawan pun panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu..
pasal kahwin tu jangan risau, bila tiba masanya saya akan umumkan ye!

lots of luv~

Anonymous said...

maaf una. ini pertama kali aku terus ke petak komen ini tanpa aku baca isi kandungan entri. Aku cuma nak layangkan ucapan 'Selamat Ulang Tahun' pada hang.
Semoga Allah panjatkan rahmat dan barakah-Nya pada hang, anis, keluarga kalian dan rakan2yang lain. Semoga detik-detik yang menunggu kalian itu bisa saja kalian daki dengan tangan berpaut dalam mesra kasih dan sayang. Ya, dugaan itu sudah pasti; tapi jujur kalian pada pasangan dan hala tuju hidup yang tentu eratkan hidup sesama insan.

insya'Alla, ada kesempatan aku singgah ke laman ini lagi. aku masih lagi dalam kusut-kusut dunia. Jangan risau, cuma ada sedikit saja yang tinggal... Ameen

avid said...

dah tua..cepat2 kawin..haha...

Bro Framestone said...

bestnye die huhhu

ade org sambut buzday ek...

tahun nie xtau ade ke x yg sambut buzday bro huhuhu

BroFramestone Blog

Husna Hadzarami said...

thanks lagi kawan kawan, thanks :D
AJ, tabahkan hati and be strong k!
you have baby sufia who really counts on you..

take care..