Saturday, May 1, 2010

Sejenak menjengah persiapan saya setakat ini..

Hari ni pergi jumpa potential caterer for my wedding kat Giant Batu Caves. Pungpangpungpang berbincang, final decision satu kepala dikira RM10.50, termasuk khemah, kerusi meja, pelayan berseragam, hidangan pengantin dan tetamu.. Apa lagi eh.. Tu je kot. Kalau RM10.50 per head, kalau 1000 tetamu dah RM10,500. Tapi rasanya tetamu saya tak lah seramai tu. Untuk makan sahaja dah RM10,500. So adik adik yang tengah bercinta tu, daripada anda membazir duit ke sana sini tak tentu hala dengan kekasih, baik la simpan duit dari sekarang. Nak kahwin ni banyak belanja tau! Unless kalau parents anda kaya raya yang boleh sponsor semua, tak pun kalau anda artis terkenal macam Mawi yang dah kaya pun kahwin tetap ditaja.


Saya memang plan nak pakai catering, kat KL ni macam tak praktikal kalau nak masak masak lagi. Bukan macam di kampung kampung, ada jawatankuasa khas untuk majlis kenduri macam ni. Dan saya memang purposely cari catering yang siap ada pelayan, supaya tak susahkan saudara mara untuk angkat/hidang/basuh pinggan mangkuk masa majlis berlangsung. Sebenarnya sebab saya ni jarang nampak muka kalau saudara mara kahwin, bertahun tahun duduk hostel kan. So macam tak best la bila saya kahwin kena susahkan saudara mara pula.


Lepas perbincangan dengan makcik catering tu, saya ajak Encik Hanis pergi try baju pengantin. Saya dah pergi cuba dulu dengan Oyah, this time dengan beliau pula. So tadi dia sorang je la yang mencuba. Punya dia paksa saya cuba sekali lagi dia nak tengok. Taknak la! Malu kot. Dulu dengan Oyah, tak malu sangat. Dah la baju tu macam jarang. Nanti akan diubah suai mengikut kealiman eh kesesuaian saya. Heh heh.


So basically today, dah almost settle pasal catering dan baju sanding. Nama je baju sanding, saya tak bersanding pun nanti sebenarnya. Segan, dan merepek adat bertepung tawar bagai. Lagipun my parents discouraged benda benda macam tu. Budaya Hindu katanya. Ikutlah, saya tak kisah sangat pun. Tapi saya tak habis habis merengek rengek Encik Hanis main gitar masa wedding nanti. Hah, tu budaya apa pula??


Cik Husna: Nanti kahwin boleh tak nyanyi sambil main gitar, for me (sambil buat muka comel)
Encik Hanis: Haih, masa tu kita kan raja sehari. RAJA okayy! Orang lain la kena main gitar untuk kita.


(-_-")


Then tengok pelamin. Adey. Sikit pun tak menarik perhatian saya. Saya bukanlah nak something yang gempak sangat, cukuplah sekadar yang simple tapi nampak suwiitt (ejaan bimbo). Ni yang ada semua pun macam old fashioned je. Eh kata tak bersanding, pehal ada pelamin?? Saja, nak ada background cantik untuk ambil gambar :D Takkan nanti nak bergambar ramai ramai tepi pagar ataupun kat parking kereta pula.


So fikir fikir tadi, macam nak buat sendiri pula pelamin. Wah wah banyak betul masa kau! Hantaran buat sendiri, bunga pahar buat sendiri, pelamin buat sendiri... AAHHHHHH! *pengsan*


Untuk door gift, ada cadangan menarik tak selain telur? Ikut hati nak bagi telur je, yes cliche tapi mudah disediakan. Maybe i just have to prepare a nice case for the egg. Or any other suggestion? Please please please, cadangan anda sangat dihargai :)


9 comments:

Anonymous said...

aku baru pegi kenduri kahwin siang tadi.
door gift dapat mug dengan gelang kristal.

tapi buat tempat letak telur yang kiutkiut pun ok what!

err, cupcakes ke?
pastikan cupcakes tu dibuat oleh cik husna sendiri. baru aa umph!
hehh

Hannajoe said...

saje nak nyebok....

1) cupcakes chocolate.nyum3. Sorang satu, woooo...sedap tuh!~

2) Chocolate bar mini

3) Gula2 chocolate

4) bahulu ade chocolate chip

Hehehehe......tahu tak membantu...saje jea~ :p

asmariamy said...

salam... se7 se7....tak baik membazir. kumpul duit untuk kawen, lepas kawen nak pakai duit lagi untuk anak2....
tips rumah tangga, anak2, doa2 dll di: http://edarannama.blogspot.com

Radin Fadli said...

betul betul tetamu2 vip (ehem ehem) siapa ada chocolate godiva strawberries chocolate lagi..jgn mare

Huh....!! said...

Salam..Oit..oit..telur susah cik husna oii..dan mahal gak sebenornya...nak memasaknnya pulak kena tau caranya..silap cara abeh semua pecah...based on experience, gift door tu kasik je apa2 pun xpe..yg mana menyenangkan tuan rumah..sebabnya, frankly speaking, tetamu ramei yg x amek kesah pun..so jgn amek masa yg lama sgt nak wat decision..

p/s: Kad kawen better prepare awai2.. :)

feeda said...

door gift bg cupcakes la wey..order kt aku..hehehehe!!
xpun ko bg jer kain pelikat or kain batik..hahaha!klu door gift ni, 10kali aku pg umah ko..kahkahkahkah!

Husna Hadzarami said...

shakinah:
wahwah! mug dan gelang kristal. hambik.
kau pegi kenduri kawin anak raja ke?
cupcakes tu ada dlm perancangan, tapi ofkos bukan aku buat sendiri la. adeyy.


angels of the moon:
no. 1 & no.4 agak menarik bunyinya dan boleh dipertimbangkan.
anda sangat membantu. thanks! :)


asmariamy:
yes yes. taknak membazir. sebab tu cuba nak buat sendiri walaupun tak berapa nak ada masa sangat (plus kreativiti tak seberapa).
thanks anyway :)


Radin Fadli:
dengar macam nak sponsor godiva je.
boleh boleh. besar hati ai menerimanya :D


Huh....!!:
eh susah ke telur? ingatkan telur la yang paling senang. betul ke tetamu tak ambik kisah sangat? bagi gula gula sebijik je la kalau camtu :D


feeda:
muffin kau ada buat?
email la aku quotation untuk cupcakes kau tu.
aku nak yang cantik, sedap & murah.
boleh?

feeda said...

ahhhh ko ni..quatation2 bagai..hehe!yg kecik rm1.60 n yg besar ckit rm1.80 jer..pic dlm fb aku..dlm blog aku pun ade kot pic cupcakes tu..:P

Anonymous said...

Salam una
so, aku nak tacle entri nih step by step ya.

1. Catering dan jemputan.
Dekat KL, buat catherine Zeta Jones jer. Bukan apa, senang. Clean and clear. Tak lah susah nak basuh rumah apa segala nanti. Lagipun, bukan nya nak sempat bertanggak apa lagi sedara mara. Karang, tambah dosa mengumpat dan mengata jer lebih dari menambah keharmonian kekeluargaan.
Bab jemputan lak, jangan underestimate sudah. Lebih jangka tak apa, tak la segan sangat. Dulu aku jangka 800 jer datang; kendian orang kuat kampung kata "Itu takat lebel janda jer kawin tuh" maka jadilah estimate masakan aku untuk 1000. Depa pun pandai2pinda buat masakan untuk 1200 orang. buffer 200 orang. dan tau apa jadi? dekat 1500 yang datang! bercatu jugak la lauk2yang hujung tuh. aiseh...

2. Bab baju
COnfirm lagi sekali, lagi dua kali dan lagi sepuluh kali dengan kedai tersebut. Buat fitting betul2. Kalau 'figure' dah agak berubah, buat fitting lain. biar cerewet dari tercirit esok lusa!. Ambik baju awal dan bayar lah depa lebih sikit deposit tuh yer.
Ada kes dulu, my friend terkena. baju dia nak pakai hari sabtu tuh depa bagi sewa seminggu sebelum tuh. so, bila kedai dapat balik baju tuh (hari rabu macam tuh) baju kotor dan tak sempat nak basuh. naya lah! last2 pakai baju nikah balik. Jadi, kena ada alternative sama. Baju nikah tuh cukup grand untuk re-use bila terdesak.
dan, tak payah ler pi tengok masa pasangan fitting. biar seperais sikit.

3. bersanding.
simple advice. Tak payah buat. Nak hidup baru baik mulakan dengan berkat dari Allah kan? benda2remeh nih nanti jadi najis jer dalam rumahtangga.

4. Main gitar.
If you really want it; make it personal. Beli satu gitar kapuk yang sempoi, ikat neck dia dengan reben dan letak dalam almari bilik pengantin. Bila orang dah lepas solat isya' sama, bawak keluar dan kata " this is personal wedding present to you; my dear. do you care to sing one song for me?"
amacam? some sort of post wedding ice breaking.

5. door gift.
aku ada beberapa cadangan. tengok la mana yang relebent dengan hang. yelah, kalau door gift yang makan2nih kena ambik kira tempoh hayat sebelum busuk, nak letak mana lepas bungkus supaya tak der semut, nak susun bila dan sebagainya.
so bising2jer buat apa kan, jadi ni cadangan aku:
i. bagi bunga telur, tapi gantikan telur dengan sumi.
ii. bagi potpuri yang di isi dalam gelas kaki tinggi tuh (ganti gelas dengan plastik la). aku penah dapat. serius cute.
iii. bagi tuala kecik dan sedikit sweets dalam anyaman mengkuang. sekarang nih dah banyak ada. dekat Ipoh nih boleh dapat RM0.50 satu box anyaman tuh.
iv. bagi key chain 'ucapan terima kasih'. customised la banyak2 boleh dapat murah.
v. bagi sabun wangi dalam casing bentuk bunga tangan ker apa ker. boleh gantung dekat dalam kete. Kena tempah/customised la. tak semua benda customised mahal tau. cuba tanya dulu.

6. lain2
setuju dengan Huh!, kad kawin tuh kena planning awal2. benda tuh nampak remeh, tapi penting. jangan lambat print, nanti dok tersadai dekat rumah jer. kalau lambat designed takut tak puas hati dan masalah printing apa semua. so apa yang penting? decide date dan tema. kendian yang lain ikut jer aturan tema tuh...