Tuesday, June 1, 2010

Panduan bayar PTPTN menerusi Maybank2U

Ye anda tak salah blog, ni memang blog Husna Hadzarami yang langsing. Atas kesedaran insaniah dan kemanusiaan, hari ni saya nak share panduan untuk membayar PTPTN dengan lebih convenient, aside of potong duit gaji or bayar melalui ATM. Mudah, pantas dan efisyen. Kalau yang dah tahu tu boleh tambah info di mana perlu, yang tak tahu lagi boleh la ambil tahu sekarang supaya dah takde alasan lagi untuk kau orang bermalas malasan nak bayar. Ceh cakap banyak macamkan aku ni pegawai PTPTN.


*Gambar gambar kat bawah memang kecil, so haruslah klik pada gambar untuk tumbesaran. Setiap penerangan adalah untuk gambar di bawahnya. Jangan confuse.

First sekali, pergi ke website Maybank la apa lagi. Login macam biasa. Kalau yang belum register tu kena register dulu kot. Tapi takkan la korang dah umur macam ni tak register lagi. Gila laser ayat. Heh.


Dah login, tengok pada Quick Link di sebelah kanan tu. Biasanya memang akan appear Bill Payment dulu, so just click Go.


Lepas click Go tu, appear macam macam pasal payment kat bawah tu kan? Kau klik je pada link yang pertama sekali tu: Make one-off payment.


Then, adik adik tengok pada View all payees by category, select Education & Education Loans and click Continue.


Next, select PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.


And this is the confusing part, actually not that confusing tapi benda ni lah yang selalu ditanya oleh rakan rakan korang ingat aku ni kaunter pertanyaan PTPTN?? grrr..


Ok you see below. Amount tu letak la berapa yang kau orang nak bayar, kalau boleh biarlah amount yang sama dengan surat yang anda terima dari PTPTN lepas grad hari tu. Lebih takpe tapi jangan kurang, sebab tak berbaloi dengan cukai perkhidmatan yang mahal wtf tu.

Next, masukkan IC number tanpa sengkang. Contoh IC aku 900414145xxx. Eh muda lagi aku rupanya :D


Then, Letter of Offer No. tu adalah Nombor Pinjaman yang locate kat sebelah kanan surat yang korang dapat dari PTPTN pasal pembayaran balik tu. Kalau korang tak ada surat tu atau tak pernah terima macam saya ni yang lepas setahun grad baru terima, anda boleh call HOTLINE PTPTN : 03 - 2092 7788 dan request Letter of Offer No. ataupun No. Pinjaman anda. Mana mana satu pun boleh digunakan untuk buat pembayaran ok.

Bila dah masukkan semua, anda kena masukkan TAC number tau. Yang ni semua orang tau kot, sebab kalau nak topup online ke bayar bill online ke memang kena request TAC number. Kalau ada gak yang tak tahu jangan malu jangan segan tolonglah tanya sebab malu bertanya memang akan sesat jalan..


Done!


Bila dah bayar kan, you can always monitor your payment dan baki yang perlu dibayar dengan melayari website PTPTN, click on button E-FES (button atas sekali belah kanan bawah Trexx Zone) dan masukkan IC and No. Pin (sama macam Letter of Offer No.). Biasanya baki akan dikemaskini selepas 3 hari anda membuat pembayaran.


Hope this post boleh membantu anda. Kat sini saya nak pesan la, tolong la bayar PTPTN dengan segera, at least RM60 a month will makes a different tauu! Sebab cukai perkhidmatan akan meningkat setiap bulan based on the balance on the account tau. Lagi lambat bayar lagi tinggi jumlah yang perlu dibayar tak takut ke dik non!


Saya ni lepas setahun baru dapat surat pembayaran balik dan baru tahu ansuran bulanan berapa. Untuk tahun pertama bermula Jun 2009 sampai Mei 2010, saya kena bayar RM63.53 setiap bulan (which i haven't pay at all sebab lambat dapat surat ceh alasan padahal boleh je check kat website), tahun kedua (Jun 2010 - Mei 2011) saya kena bayar RM79.78. So disebabkan saya dah terlepas satu tahun, saya campurkan kedua-duanya untuk dibayar setiap bulan (RM63.53 + RM79.78 = RM143.31 tapi saya genapkan je RM150).


Kesiankan jadi mangsa PTPTN, betul betul macam along. Potong leher betul. Tu la dulu taknak belajar pandai pandai, kan tak dapat biasiswa. Parents pula sederhana sahaja, tak mampu nak tanggung pakai duit sendiri dengan adik beradik ramai lagi yang masih belajar, dan yang paling disesalkan, pehal la aku tak apply pinjaman MARA je??? Walaupun sikit, tapi at certain CGPA, kita tak perlu bayar semula in the end. Macam Encik Hanis la. Best betul dia. Sedih ai tauu. *sob sob*


So adik adik belajar la pandai pandai ok, jangan pakai PTPTN. Kalau tak dapat biasiswa pun apply la pinjaman MARA. And for those yang buat diploma pakai PTPTN, nanti sambung degree please stop pakai PTPTN. Sampai mati pun tak habis bayar. Take my words.




24 comments:

Cik Akma said...

hee nsb baik pnjm maraa. huuu~

Arifah said...

Betol2..bunganya sangat banyak...Orang PTPTN pesan, cth kalo mcm Una ni yang baru nak start bayar, lebih baik maintainkan amount tu.. bukan kejap 150, kejap nak bayar 200 kejap 180 (even amount yang kita bayar tu lebih)..bunga tu bila dah naik, ssh nak turun... So, selamat membayar :P

Unknown said...

ohh cik una. brape abad punye care nih kawan. da 3 taun ak gune nih. utk lebey memudahkan, create je fav list utk bil payment. so, bole direct bayar to ur acc ONLY tanpa perlu TAC number. =)
PTPTN akan update cas perkhidmatan pada 17hb stp bln (additional note ye) & when u ady start byr, jgn amalkan "skip month" sbb nanti akan wujudla surat2 yg x diingini spt larangan keluar negara (ak dapat da..n setel da.. fiuh~~) Klu nak entitle utk kaedah ujrah (cas perkhidmatan 1%) sila semak baki tertunggak anda dgn menghubungi hotline PTPTN seperti yg cik una nyatakan di atas. hehee.. slamat membayar. ^_^

Husna Hadzarami said...

Cik Akma:untung la awak :(


Arifah:ok noted, thanks for the additional info :)


syahirah:hoy, memang la aku baru tau, dah aku baru je grad and baru kena start bayar. so cara abad lama ni je la yang aku tau. tu pun ramai kawan2 aku tak tau pun. tsskk. ok babe, noted! thanks! it helps :)


so geng, apa lagi? dah banyak info ni, sila silalah bayar okk!

FAA said...

kak una, kite kat Uitm nih mane leh apply MARA. i da try da. if JPA hongek tuh kasi i scholar kan bagus. takde lah i risau mcm nak mati bayar PTPTN nih. huhu

Husna Hadzarami said...

farah:
boleh la. taponk pakai MARA tau, and ada 2-3 orang lg kot my friends pakai. tp tak tau la dia guna orang dalam ke apa. huhu.

FAA said...

perghh. abg taponk amek MARA?? damn u la abang taponk. harus la gua jeles kan? hahaha. takpe2. tunggu i sambung PHD nanti. ehh. PHD ke? haha

pilotHans said...

Rujukan : PTPTN/SPP/noIC...ni surat yg mintak byr blk...aku nk try gune maybank 2u...part Letter of Offer No : ? jer aku musykil.......plz advice..haha..

Husna Hadzarami said...

pilotHans:
ala lambat lak baca komen kau. OK Letter of No. tu yang ada kat belah kanan surat PTPTN yang kau dapat tu. kalau kau lupa ke or surat tu dah hilang ke apa kau call no hotline ni: 03 - 2092 7788. bagi nombor IC kot, then dia akan bagitahu kau. got it?

My name is Yulina. said...

Hi, I browsed Google and found you. I'm confused with the Letter Of Offer No.
I found a Payback receipt which I made last year via Maybank2U, and I saw the Letter of Offer No. stated in the Maybank Payment Receipt.
Is this number will always the same?

Because yesterday I made another payback via Maybank2U again, but I cannot remember the Offer No, so I checked back that previous receipt, I just followed that number. Am I correct? >,<

*helppppppp*

Husna Hadzarami said...

Letter of Offer No. will always be the same.
if you still having doubts regarding that, you can just call the hotline number: 03-20927788, give your IC number and confirm your Letter of Offer No. well, just so that you'll feel better about it :)

My name is Yulina. said...

Thank you so much dearie!!!
I just checked the summary, and the payment I've done is recorded!!
You got a nice blog here!!
*support*
^^

asma Pak Wahab said...

una..aku baru bace yang ini lah..bagusnye entry yang ini..[walopun terlambat tau]..hehe tq

oh farah said...

heyy. thank you so much. i mcm malas gila nak byr sebab pening nak click mana 1 kt maybank2u. then br tpikir nak google. thank you so much for sharing!

mhana18108 said...

time kasih for sharing..da lama nk bayar by maybank2u..kalau x susah2 g kaunterrr..huuuuu..

Dzah said...

Babe, R u seure about this? "...request Letter of Offer No. ataupun No. Pinjaman anda. Mana mana satu pun boleh digunakan untuk buat pembayaran ok."
Sbb I ade no.pinjaman jer nih.
Thanx dear.

N3sha said...

sy cuma ada no.pin dlm letter ptptn sya tu...adakah itu yg d maksudkan dgn Letter of Offer No. ataupun No. Pinjaman???? takut dt tu lesap

Unknown said...

thank you for your info sangat berguna :)

Kak hana said...

thank u :)

jUe said...

Nom pinjaman tu nom surat tawaran or nom pin? Yg mna satu

jUe said...

Nom pinjaman tu nom surat tawaran or nom pin? Yg mna satu yer? Sbb sy ada kedua2 nom

jUe said...

Nom pinjaman tu nom surat tawaran or nom pin? Yg mna satu

Anonymous said...

Hampa bt lah ujrah actually tukar pd ujrah kurang skit bunga yg depa caj monthly tu,dlu depa caj rm150 sekarang lps ujrah rm50 je so x lah beban sgt.

Unknown said...

Memang mecekik pun :(