Monday, July 12, 2010

Kambing Hitam

Oh sorry. Tak ada niat langsung nak tiru entri the famous Ladynoe, tapi aku betul betul tak jumpa tajuk lain yang sesuai dengan situasi yang berlaku hari ini. No, bukan hari ini. Rupanya dah berzaman dendam itu wujud, cuma baru aku sedari hari ini (okay aku memang busy gila so tak ada masa nak ambil tahu benda remeh temeh). Situasi yang macam gampang tapi betul betul memberi pengajaran besar dalam hidup aku. Takpe, aku memang suka belajar.


Pengajaran 1
Jika kau seorang yang outspoken or loud or outgoing or harsh, kau memang berpotensi besar untuk dijadikan target utama sebagai dalang sekiranya berlaku salah faham atau tersebarnya gosip buruk tentang seseorang. Tambah tambah bila orang yang konon mangsa itu jenis lemah gemalai dan ratu air mata. Kau yang tutur kata dan gerak langkah pun kasar macam jantan komfem kalah di mata masyarakat yang mudah menghukum sebelum sempat kau menjelaskan apa apa.


Pengajaran 2
Jangan sesekali ambil tahu masalah rumahtangga or percintaan orang lain. Kau dengar ye, aku sebut JANGAN AMBIL TAHU LANGSUNG. Apatah lagi campur tangan. Walaupun sebagai pendengar. Walaupun dia kawan baik kau. Nak nak kalau dia berlainan jantina dengan kau. Kerana apabila berlaku sesuatu yang tidak elok di antara pasangan itu, kau takkan terkecuali dituduh menjadi punca.


Ya. Perasaan dijadikan KAMBING HITAM adalah sangat celaka.




Nota: Berapa kali perlu aku tegaskan. Tak kira apa pun terjadi, jangan jadi bodoh buang kawan hanya sebab boyfriend. Lainlah kalau dia suami kau..

Nota 2: Sifat sesetengah manusia sangat menjelakkan. Aku muak dengan drama.




8 comments:

semut lelabah said...

aku setuju dengan ko.. tak guna buang kawan sebab boyfriend or girlfriend.

Sebetulnya dua-dua mesti seimbang..

-Belum pernah dikambing hitamkan, tapi aku memang berkulit gelap.. hahah-

Arifah said...

Hmmm..dunia penuh pancaroba.....macam2 jenis orang ada kat atas dunia ni kan..? haih~~~ apepon, saya tau Una ni kuat with 'S' on your chest tu kan.. =P. Biorlah orang nak wat ape pon kat kita. Yg penting, kita tahu kita btul. Yuh yuh yuh!!!

Anonymous said...

"jangan jadi bodoh buang kawan hanya sebab boyfriend. Lainlah kalau dia suami kau.."
yang ni aku sokong.
but, above all, see case by case. ada gak kawan yang makan kawan (tapi kes boyfriend 'makan' girlfriend lagi giler banyak!!)

kambing hitam?
hang tak itam mana pun la una, kalau pun la hang tak mandi lama sebab sibuk dengan tender kan, tapi memang hang tak boleh jadi kambing hitam.

apapun, kan semua jadi tuh ada sebabnya.
mungkin Allah nak suruh kita lebih hati-hati dengan insan lain. suh ambik pengajaran. kan belajar dari jalan yang susah nih kesan dia lebih lama.

so?
jangan percaya semua orang 100%, sebab hanya Allah yang boleh kita percaya sepenuhnya.
bab gosip dan 'sesi luahan perasaan' nih jauhkan lah. Jadi pendengar pun boleh bawa fitnah, lagilah kalau jadi pengomen cerita dan penyebar cerita tuh nanti kan.
so, hidup kena ada pakai filter gak. Pakai bio aura apa segala. barulah yang anasir2busuk yang halus pun dapat tapis kan.

huhu

dah jangan nak tension2kang berkerut pulak dahi tuh. rugi jer lah mandi bunga dan buat scrub hari tuh kan. hua ha ha

2 bulan 4 hari jer lagi... adui la

FAA said...

haha. i penah jumpe org buang kawan sbb girlfren. siap buang bestfren lagi. haih.

tapi kak una, kambing hitam tuh cmane ek?

Husna Hadzarami said...

thanks Hapiz Rahman.
thanks Pah.
thanks AJ.

farah, kambing hitam is one term adapt from English idiom-Black Sheep.

banyak maksudnya, but basically refers to bad character la.

orang yang dipersalahkan.

or orang yang dipilih untuk dijadikan mangsa jika berlaku sesuatu yang buruk.

or orang paling buruk di antara yang baik baik.

entahlah. tak tahu apa ayat yang sesuai untu terangkan. u imagine this: usually sheeps come in white color, then there's suddenly ada satu warna hitam. got it?

anyway i'm fine now, it doesn't effect much. aku bukan sedih kehilangan seorang kawan, aku cuma kecewa kerana pernah mempunyai kawan seperti itu..

radin fadli said...

drama, love,relationship...

susudalambotol said...

nasib baik dekat office ni saya ada bilik sendiri so saya memang suka buat hal sendiri. selalu gak org dtg menyinggah bilik ni nak bercerita but end up saya akan jawab,

"LA YEKE?! TAK TAU PUN!"

Hahaha.

Husna Hadzarami said...

susudalambotol:
OMG. rasa macam best Hidd datang blog kita :D
ok la duduk dalam bilik, kita ni duduk dipisahkan dengan partition je.
anyway rakan sekerja semua okay, tak ada masalah.
its about someone else.. someone close *sigh*