Monday, October 18, 2010

Sepetang bersama Cina gemok garang, Buttercup terpaksa dan Dora the Explorer kecewa

Ingat tak entri yang aku cakap Asha dah potong rambut jadi macam watak Cina gemok dan garang dalam drama apa entah tu? Ni aku tunjuk korang (nasib baik dia belum pandai main internet lagi heh heh).

Sebelum

Macam suwit dan innocent gila siapa percaya muka ini pernah gigit punggung aku masa aku tengah tidur semata-mata berebut selimut usang berwarna biru yang sememangnya menjadi rebutan ramai? Juga pernah cubit halus bahu aku dari belakang bila aku drive langgar bonggol sana-sini lepas tu dia tergelonsor ke bawah padan muka siapa suruh tak pakai seat belt?

.

.

.

.

.
.
Selepas
Haha. Oyah kata macam baby boy yang nakal gila. Geram betul tengok. Dah lah pakai baju ketat, budak ni selalu tak boleh terima kenyataan baju dia dah tak muat, nak juga pakai walau macam mana sendat pun lepas tu terangkat kat bahagian perut T__T

Gambar bukti:
Kan aku dah cakap, terangkat kat bahagian perut! (nasib baik dia belum pandai main internet lagi tehehe)
Kat playground Sabtu lepas. Belakang Asha adalah abang beliau, Ipan, 7 tahun dan belakang Ipan adalah Aina, 6 tahun (perlu ke bagitahu umur?). Asha selalu declare dirinya sebagai Bubbles, Aina adalah Blossom dan Ipan pula tiba-tiba kena jadi Buttercup. Sakit hati betul Ipan dengan kenyataan tersebut. Tak pasal-pasal tergolong dalam The Powerpuff Girls. Jangan berani sebut pasal ini di depan kawan-kawan Ipan yang datang rumah ajak main bola.


Aina, yang bila berambut pendek nampak macam Dora The Explorer.

Terjumpa kawan satu tadika bernama Muhammad Fikri yang control macho macam nak taknak je main dengan Aina. Berani kau jual mahal dengan awek satu tadika yang vogue gilew pergi taman permainan pakai kasut wedges??
Aina kecewa lalu membawa hati yang lara...
Zoom sikit kasut dia. Wedges tuuuu~~

Balik tu dia tanya aku,

"Antina, kenapa Muhammad Fikri taknak main dengan Aina?"
Aku balas,
"Dia malu kot, sebab gigi depan dia rongak"
"Betul ke?"
"Mestilah betul," dengan yakin aku menuturkannya.
Kelihatan Aina tersenyum tanda berpuas hati dengan jawapan tersebut. OMG. Adakah aku sudah mengajar sesuatu yang salah kepada anak kecil?? Kalau esok Aina pergi tadika dia panggil Muhammad Fikri tu si rongak macam mana?? T__T



9 comments:

radin fadli said...

hahaha...comey je oyah, eh asha kuikuikui....
na pinjam 3 hari boleh?please,please,please.....
gigit punggung?mesti tinggal kesan ni...klu ada org nampak...mesti tersenyum sambil berkata..
"ni, time bertempur dgn serigala time dkt jengka dulu" LOL

Amal said...

hahaha. comel nya asya! :D

Wanie-san said...

hahahaha
xleh bla..xmoh terima kenyataan gak baju die kecik nampak perot..nasib perot xboyot...hehehe

Ijah EmoTemo said...

Rambut baru Asha memang buat dia makin comel lah :D

Cik Akma said...

haaa comell budakk nii. time wedding aku arituu dye posing atas pelaminnn haha ;D

Nor atau Nad said...

owh sgt comel dora n makcik cina gemuk dan garang tuh =DD
apalah mohd fikri jual mahal
dah terlepas awek vogue pakai wedges
huhu

FAA said...

comel gile asha!! hahaha. takleh blaa okay.. ehh kak una, sepok sikit kepala fikri tuh sebab die sombong! hahaha. awet hawt okayy.

mynmy percy said...

hehe..c0mel nya 0yahhh..!!!.syg 0yahh.. :)

mynmy percy said...

c0mel la 0yah . <3 0yah