Saturday, October 30, 2010

Tipikal perempuan

Suami,
"Alamak, lupa pula nak pakai deodorant.."

Isteri,
"Patutlah busuk je kita bau.."
Sambil tutup hidung dengan ekspresi muka macamkan busuk gila suami kau.

Suami,
"Eleh siapa entah yang sampai bos perasan dia tak pakai perfume. Mesti sebab dia busuk sangat.."

Isteri,
"Mana ada kita busuk.."

Diam.

Isteri lagi,
"Betul ke kita busuk..?"

Mula rasa sebak.

"Cakaplah betul-betul.."

Suami (dengan muka tak nak kalah),
"Hmm.. Kita mungkin sebab cinta sangat sampai tak perasan bau busuk.. Tapi tak tahulah orang lain bau awak macam mana.."

Isteri,
"Janganlah main-main...."

"Sampai hati tau.."

Mata bergenang.

Suami,
"Haha orang bergurau jelah, tu pun nak terasa.."

Mula pujuk sampai ketawa.
.................


Haih.

Perempuan. Kalau dia yang cakap tak apa. Dia yang ejek tak apa. Kalau si lelaki yang cakap benda yang sama, ejek benda yang sama, tahu pula nak terasa hati.


Untung jadi perempuan =)



9 comments:

Arifah said...

Hahhaha...sama la... Betol sama...saya ingatkan, sy sorang je yg jenis mcm tu. Mula2 ejek, last2 kita yg perlu dipujuk..heheheh..

FAA said...

hehehe. betul! perempuan cakap semua okay je. :D

Amal said...

hahhaha.
betul lah.:D

Wanie-san said...

alololo...
nak manja2 la tu...
hehe

Radin Fadli said...

tak aci

Adeqq said...

well. That's women kan? Mmg macam tu lah. Somehow or rather than, mmg taknak kalah punya~ ^___^

zella y said...

ppuan mmg mcm tu...
hehehheheh

She's Stone said...

so sweettt~~=)

Unknown said...

unfair!!