Tuesday, November 2, 2010

DRAMA

Semalam, penuh drama.

Ingat tak entri Drama Queen ini?

Tehehehe..
Apa pandang sinis macam tu?
Nak cakap aku buat lagi lah tu.

Ehem. *shy*
Semuanya kerana tekanan yang kononnya maha hebat tapi hakikatnya tidaklah seberapa.
Perasaan semata-mata.
Tak pasal-pasal memperbodohkan diri duduk bersila di MPH sorang-sorang baca Mini Shopaholic sampai malam lantaran kehabisan idea untuk melangkah.
Sampai habis baca separuh buku itu.
Nak beli tak mampu. Harga masih RM69.90.
Being a cheapskate me, bertekad juga nak tunggu keluaran compact version yang berharga kurang separuh daripada harga sekarang.
Tekun betul membaca, sampai kebas punggung sekejap bersimpuh sekejap bersila sekejap meniarap OK tak tak. Ingat ni kedai buku ayah kau nak meniarap baring segala?

Bila terasa menyesal, dan terasa tiada hala tuju lain, ditambah dengan rasa lapar, baru nak berfikir guna akal, bukan lagi perasaan.
Nak balik rumah, tak tahu public transport ke sana.
Nak naik teksi, haru pula membayangkan berdua-duaan dengan pemandu teksi malam-malam begini.
Nak balik rumah Mama, ah jadi drama lain pula nanti kalau dilihat aku balik seorang diri, naik bas pula tu.
Dua tiga kali bayangan Suami terlintas di fikiran.
Yang awalnya tidak dihiraukan panggilan dan SMSnya.
Tapi ego. Ah bodohlah ego tak kena suasana betul.
Lalu berdebar-debar aku hubungi Suami T_T

Suami yang kepenatan meredah jem dari Kuala Lumpur ke Puchong, terpaksa meredah jem semula dari Puchong ke Kuala Lumpur untuk mengambil aku.

"Awak ambil kita kat mana-mana komuter or LRT dekat dengan rumah kita pun takpe," tahu pula rasa bersalah.

"Just stay where you are.." Tegas Suami membalas.

Suami jemput. Pulang semula ke Puchong, tiada perbualan.
Diam seribu bahasa.
Kecuali bila singgah gerai nasi lemak ayam goreng berempah, baru Suami bersuara.

"Awak dah makan?"
Geleng.

"Nak makan tak?"
Angguk.

"Jom turun sekali, tengok apa yang ada.."
Turun.

Nampak ayam goreng panas baru angkat dari kuali.
"Kita nak nasi lemak dengan ayam," seperti kebudak-budakan aku menuturkan (-_-").
Tak malu betul nak minta-minta pula. Tadi eksyen bukan main.

Balik rumah. Mandi. Makan. Tidur.
Suami bersandar tengok movie di laptop.
Cerita kelakar agaknya, sebab sekali-sekali terdengar beliau ketawa kecil.
Sambil menonton, jari-jemarinya mengelus lembut rambutku.
Yang konon-konon dah tidur.
Sepatah kata tidak terkeluar.

Bangun pagi.
Terasa jatuh cinta lagi..

=)



12 comments:

Fnd Rocka said...

Fuyo..i like!

Amal said...

Kak, kenapa aku rasa nak kawin sangat bila tengok ayat;

*Sambil menonton, jari-jemarinya lembut mengelus rambutku.
Yang konon-konon dah tidur.*

Eh tak tak. bukan nak kawin sangat. tapi rasa macam nak sangat have someone ada dekat sebelah. :D

Ijah EmoTemo said...

awww...sheweet lah sis...hiks.

Wanie-san said...

hahahaha
xbis2 mengajuk kak husna ni..
xpe2...
si suami mesti memahami si isterinye..hehe
wah!rasa nak ada someone yg leh care kat kita plak..huhu

Adeqq said...

oke, this one is sooooo sweet. Hope u and ur darling husband cepat2 dapat baby~ Mesti lagi sweet. HEHE ^___^

Raudhah said...

saya cuba bygkan part "kita nak nasik lemak dgn ayam". =)

FAA said...

haishhhh. selalu rasa nak kawen bila baca entry u lately. haha!

Anonymous said...

weyyyyyyyy!
pergi amcorp mall, pj. bookexcess. situ murahhh. serius.
shopaholic kat mph rm30++ kat bookexcess tu rm19.90 je weh. serius. go go.

zella y said...

hehehe...alololo...sejak2 dh kawen ni manje bertambah2 erk??? hahahha.... xpe2...dh halal utk bermanja2 hahahhahah

Husna Hadzarami said...

shakinah:
siyesli? siyesli??
aku dah la hari-hari lalu situ!
ke buku lama2 je murah ni?

Anonymous said...

buku baru lah. haha. kedai dia kat tingkat atas, 1 floor dengan mcd.

-shax malas login-

Anonymous said...

mini shopaholic.. yes,yes,yes. buku ni. alamak, betul ka ada yg smpi murah begitu?

neway, blh ka rs mcm mo tumbuk² una ni cerita aksi²comel neh. jeles tahap telinga gajah yg besar ok.