Friday, November 19, 2010

Kalau Aku

Kita selalu cakap, "Kalau aku.."

Sebelum kahwin, kalau dengar kisah rumahtangga yang bermasalah kita mudahnya berkata:
"Kalau aku, dah lama aku tinggal lelaki jenis macam tu.."

Bila bertandang ke rumah orang, tengok kanak-kanak dibiar bebas berlari-lari ke sana sini, kita kata:
"Kalau aku ada anak macam tu, memang dah lama kena lah.."

Masa makan di restoran, datang orang tua bersama kanak-kanak menjual tisu, kita kata:
"Kalau aku takkan bawa anak kecil ikut sama jual tisu.."

Bila seorang kawan menolak untuk kerja yang bergaji besar namun harus berjauhan dengan keluarga, kita cakap:
"Kalau aku jadi dia, aku terima je tawaran tu. Duit tu untuk keluarga juga."

Bila dengar kisah mertua yang suka masuk campur hal rumahtangga anak-anak, kita cakap:
"Kenapa tak berterus terang je? Kalau aku dah lama aku cakap direct je dengan mak mertua aku.."

Bila kawan bercerita tentang bebanan kerja yang melampau, kita kata:
"Kalau aku dah lama cari kerja lain.."

Bila kawan lelaki mengadu sudah bertahun-tahun berkahwin masih tidak dikurniakan zuriat, kita selamba kata:
"Kalau aku, aku dah kahwin lain kot.."

Bila dengar seseorang bersedih mengadu abangnya penagih dadah dan mencuri barang-barang keluarga, kita cakap,
"Kalau aku dah lama report polis, sumbat je dalam penjara habis cerita.."
.
.
.



Semuanya "Kalau aku.."

Kerana bukan kita yang mengalaminya, maka mudahlah kita dengan lantangnya mencadangkan itu ini.

Adakah kita mampu melakukan seperti yang dikata, apabila tiba masanya kita berdepan dengan situasi yang sama?



3 comments:

Anonymous said...

Macam yang aku bisingkan di entri lepas.

Biar selam dalam situasi itu dulu, baru boleh basah mulut kata itu ini.
Mana mampu kita bodoh-bodohkan yang lain, sedang kita tak pernah tahu apa dan bagaimana mereka dan susur cerita yang penuhnya.

kalau asyik berkalau ja, takkan habisnya.

"Kalau lu bagus sangat, awat lu tak jadi presiden dunia. Ni dok sini gak. Sedarlah, takkan pernah kita mampu buat apa yang kita mahu sepenuhnya, sebab semua ketentuan dan redho uji dari Allah. Lu nak balik kerja nanti on time pun belum tentu boleh, sebab mana tau Allah nak duga ada job last minit ka, bas meletup ka, ada yang jatuh tangga ka, tak pun lu tak sempat pun jumpa petang karang! Mana tau."

jadi, redho dan terima semua yang jadi itu buat pengajaran.
kalau boleh bantu, bantu.
jangan jadi batu tambah berat jiwa orang lain, esok lusa kena diri sendiri pada siapa nak bising-bisingkan menangis hati tu pulak?

Fnd Rocka said...

Ramai yg mempunyai idea meletup-letup bila dorg nak kondem org lain..pastu fikir diri bagus.hehe.cthnya kalaubaku lah jafi PM..kalau aku lah jadi bos..padahal kalau dia jd bos company hancus.kahkah

Husna Hadzarami said...

AJ Nismihan:
"Mana mampu kita bodoh-bodohkan yang lain, sedang kita tak pernah tahu apa dan bagaimana mereka dan susur cerita yang penuhnya."
love this part :)


fndrocka:
aah lah, patut include sekali contoh ini.