Sekarang saya masih di office, saja stayback sebab internet kat rumah macam &#$*@. Lagipun nak siapkan beberapa kerja yang tertangguh akibat kehabisan ink printer siang tadi. Eleh padahal tertangguh sebab kau sibuk bergambar mentang mentang baru dapat topi CIDB baru.
Perlu ke pakai safety helmet dalam office? Ignore saya yang macam makcik kerja government.
Hari ni hati tak berapa nak tenteram. Entahlah.. Saya dah buat kesalahan besar, yang saya rasa susahnya untuk dimaafkan. Entahlah.. Dua kali dah ni cakap entahlah.. Asalnya saya tak rasa bersalah pun - ego for nothing. But thinking back maybe i have been reacted too much. I just intended to be honest at the beginning, but somehow the honesty cost me terribly now. Entahlah.. Ok sekali lagi aku cakap entahlah korang lempang ramai ramai.
Biasanya bila kita marah dengan seseorang kita memang akan nampak segala yang tak baik je pada dia kan? Lupa habis segala kebaikan yang dia pernah buat pada kita. Lupa atau sengaja membutakan hati? Sengaja membutakan hati untuk mengelakkan perasaan bersalah dan sebagainya. Kan?
Satu nasihat Baba yang saya ingat sampai sekarang: Kalau seseorang tu ada 99 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah kebaikan dia. Dan kalaupun diri kita ni ada 99 kebaikan dan 1 keburukan, pandanglah keburukan kita tu. Dengan itu kita akan sentiasa merendah diri dan sentiasa berpandangan baik pada orang.
Saya memang tak pernah lupa kata kata Baba tu, tapi susahnya nak amalkan. Teruk la saya ni (T_T)