Saturday, May 28, 2011

Kisah di Klinik

Khamis lepas pergi klinik buat pemeriksaan biasa. Sementara menunggu, aku membaca novel macam biasa. Aku akan jadi gila kalau tak buat apa-apa ketika menunggu. Novel kali ini, The Girl with the Dragon Tattoo. Dengar macam chick-lit book kan? But it's totally not the type of Shopaholic series what not. Novel berat ni, Oyah pun give up baca sebab dia kata boring. Tapi Mama kata best. Mama pandai menilai novel yang baik, maka aku percaya. Lepas muka surat ke-100 baru start best :/

Lenguh tengkuk menunduk menghadap buku, aku perhatikan sekeliling. Ramainya ibu bapa yang datang bersama bayi masing-masing. Tangisan, jeritan, gelak tawa bayi bercampur-baur. Aku takda hal pun dengan bunyi-bunyi itu. Dibesarkan dengan adik beradik yang ramai, dan sekarang anak buah pula berderet-deret, maka dah biasa.

Ada seorang budak perempuan, dalam lingkungan 2 tahun, dah boleh berjalan, kelihatan terpinga-pinga memandang kiri dan kanan. Mencari ibunya mungkin. Lalu menangis. Datang si ibu, didukungnya kanak-kanak itu yang telah pun berhenti menangis. Sambil mengelap air mata, si anak tiba-tiba mencium pipi si ibu. Si ibu tersenyum bersahaja,

"Eh, tiba-tiba je sayang-sayang ibu ni?"

Aku tersenyum sendiri. Air mata mula bergenang-genang. Biasalah, bila mengandung ni air mata memang murah benar. Tengok benda biasa-biasa pun boleh tersentuh hati.

Pernah aku baca di mana entah, 'If you feel like nobody loves you, wait until you have your own kids.' Tengok diri kita sendiri lah, how much we love our mother? :)







No comments: