Friday, June 10, 2011

Bila Dia Demam

Malam tadi Suami demam panas mengejut, yang memang panas gilalah badan dia. Ini adalah kali pertama beliau demam panas semenjak berkahwin.

Aku ni memang tak banyak pengalaman menjaga orang demam, maka sebaik tahu beliau demam memang cepat je aku suggest pergi klinik. Common sense lah, takkan orang demam diajak pergi shopping pula, bertambah tenatlah demam nanti. Itupun kalau dia nak ke klinik, puas dipujuk memang degil taknak ke mana-mana nak duduk rumah sahaja.

Susah hati sebenarnya, sebab pertama kali bertanggungjawab sepenuhnya pada orang sakit, dengan diri sendiri jarang sangat sakit (thanks to exclusive breastfeeding up to 2 years when I was a baby), maka terpaksalah buat apa yang aku tahu berdasarkan pemerhatian sahaja.

Dulu masa anak buah aku (Irfan) demam panas yang teruk kat rumah Mama, sepanjang ke hospital Mama buka semua baju dia dan dan halakan air-cond sepenuhnya pada dia sahaja, biarpun ketika itu Irfan menggigil-gigil kesejukan. Sebab Mama cakap walaupun dia kesejukan, hakikatnya dalam badan dia sangat panas. Menurut doktor, kalau orang yang demam panas diselimutkan, haba akan terperangkap di dalam badan maka suhu badan akan meningkat dan kalau apabila suhu terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan otak dan lebih teruk lagi, kematian. Tssk.

Dan pernah juga aku lihat masa COO aku demam panas kat office, big boss aku suruh dia buka jaket dan separuh butang kemeja beliau, to release heat katanya sebelum dibawa ke hospital.

So dengan pengetahuan yang tak seberapa hanya melalui pemerhatian, itulah yang aku praktikkan pada Suami yang berdegil taknak ke hospital. Kipas dibuka kuat, dan selepas diberi panadol (bukan elok sangat makan panadol sebenarnya) terpaksalah berhati kering tekapkan kain lembap sejuk berganti-ganti pada dahi, leher dan badan walaupun beliau nampak menggeletar dan berusaha menarik selimut. Memang aku tak bagi berselimut langsung. Ingat nak lumur air asam jawa di kepala, tapi Suami taknak pula, taknak kotor bantal katanya. Bila rasa kain lembap tu sudah agak kering, aku celup lagi, perah dan tepek semula. Mungkin lagi elok kalau ada Cool Fever kan?

Tak boleh tinggal pula tu, asal aku bangun je dia tanya, "Sayang nak pergi mana? Janganlah pergi mana-mana.. Baringlah sini saje.."

Who's the baby now? T_T Memang tak boleh nak ke mana-manalah sebab tangan aku digenggam erat ke dada beliau pula..

Bangun pagi tadi Alhamdulillah dah tak panas pun badan, lega aku. Kalau hari ni bertambah teruk mesti aku rasa bersalah sangat, manalah tahu tersalah teknik ke. Haih. Dalam kereta nak ke pejabat tadi Suami beria-ia berpesan pada baby,

"Baby nanti minum susu Mummy tau. Nanti antibodi kuat. Takdelah cepat demam macam Daddy."

Makin bersemangat nak bagi exclusive breastmilk for my baby, kalau tidak buatnya Daddy dengan baby dua-dua mudah demam, haru birulah Mummy nanti T_T



2 comments:

FAA said...

i rasa apa you buat tuh macam mak i buat jugak. kalau ayah i demam arituh, mak i suruh mandi lagi. cepat kan turun suhu badan.

semoga abg hanis cepat sembuh! :)

.:Farah Liyana:. said...

hello husna :)