Assalamualaikum.
لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْØانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمي
Selain itu, perbanyakkan membaca surah Yasin. Dan minum air selusuh (?). Aku tak pernah pun minum air selusuh. Memang kena minum untuk senang bersalin ye? Bila nak kena mula minum?
Hobi aku sekarang adalah membaca dan mendengar pengalaman orang bersalin. Ada yang membuatkan aku berasa tenang dan lega, dan ada juga yang membuatkan aku kecut perut dan ngeri tssskk.
Orang cakap, hati dan perasaan juga memainkan peranan dalam memudahkan urusan bersalin. Hati kena gembira, ceria dan positif. Jangan takut, jangan stress. Semua ini aku cuba tanamkan dalam hati. Tak mudah, tapi taklah susah mana. Permainan minda sahaja. Hmm. Permainan minda.
Perut makin memberat ke bawah, kalau dapat tahan buang air kecil lebih dari 15 minit sudah cukup bagus. Memang kerap benar. Tapi dalam keadaan duduk perasaan itu agak berkurangan. Aku sekarang akan mengambil makan malam sebelum Maghrib, sebab lagi lewat makan, lagi kerap aku akan bangun buang air.
Sejak kebelakangan ini, keputihan (discharge) semakin menjadi-jadi. Dirujuk pada nurse ketika pemeriksaan rutin, katanya itu adalah normal sebab bayi semakin berat menekan ke bawah dan juga disebabkan perubahan hormon. Apabila aku baca di laman web untuk ibu mengandung, tabiat mengambil kafein juga menyumbang pada keputihan berlebihan. Ya, setiap pagi aku akan minum Nescafe, macam ketagih ke apa entah. Memang tak elok pun, nanti bayi lahir hyperactive orang kata. Sekarang aku sudah berhenti mengambil kafein, diganti dengan minum air madu pemberian ibu mertua. Rakan-rakan pejabat menyakat, "Happy je Husna dapat 'madu'.." -__-
Sekarang makan pun dah kurang, tak boleh masuk banyak. Mungkin perut aku sudah penuh dengan baby, portion untuk menyimpan makanan makin kurang. Teori sendiri, entah betul entah tidak. Heh.
Jalan pun mengengkang dan termengah-mengah. Naik tangga apatah lagi. Setiap tingkat kena berhenti 10-15 saat sebelum menyambung pendakian. Keletihan memang ketara, sebelum pukul 10 malam sudah terlena di atas sofa di depan TV. Dan sering dipimpin Suami masuk ke bilik. Aku tanya, "Kenapa tak dukung kita masuk bilik? Tak romantik pun :(". Suami jawab, "Boleh juga, tapi nanti awak masuk ambulan nak bersalin, Abang pun masuk ambulan jugalah sebab patah pinggang." Sampai hati T__T
Orang kata bila sarat mengandung, muka akan jadi glowing semacam. Mungkin bukan pada aku. Sebab muka aku nampak lesu sahaja. Cuma jerawat macam segan-segan je nak tumbuh, itu sahaja yang best maka muka agak bersih jugalah berbanding biasa HEHEHE.
Barang-barang keperluan selepas bersalin juga Alhamdulillah hampir lengkap. Kami mulakan dengan barangan yang paling costly, seperti breastpump set contohnya. Aku beli breastpump jenama
Medela Swing. Iya, Swing aja. Tak jadi beli Medela Freestyle. Suami ikutkan apa yang aku mahu sahaja, dan aku rasa berdasarkan review yang dibaca, Medela Swing juga tidak kurang bagusnya. Masing-masing ada kelebihan kan? Aku beli itu sekali
strelizer & bottle warmer di kedai
ini. Ingatkan susah sangat nak jumpa, rupanya sehala dengan jalan balik ke rumah dari office setiap hari. Kalau nak tahu harga semuanya dah ada sekali di situ. Tapi bila dah beli tiba-tiba jumpa yang lagi murah kat tempat lain sabar jelah sabar jelah! Bukan nak berkira sangat dengan baby, tapi hal-hal perbelanjaan ni kena realistik jugalah. Banyak lagi perkara lain yang memerlukan perbelanjaan besar selepas baby dilahirkan nanti. Macam Project Manager aku cakap, nak kena bersedia dengan insurans lagi, sebab kalau (Nauzubillah) baby sakit ke demam teruk ke, senang-senang melayang RM4000-RM5000 sekali admit. Melainkan kalau kau nak pergi klinik kerajaanlah, tapi kita tak boleh jangka apa yang boleh berlaku kan? Buatnya anak sakit tengah-tengah malam?
Barang-barang lain rasanya OK sudah, ada sedikit sebanyak nak kena beli. Baju-baju baby Mama cakap jangan beli banyak sangat size Newborn, sebab baby cepat je membesar, lepas seminggu dua dah tak muat. Jadi kami beli saiz 3-6months dan ada juga yang saiz 6 months juga. Comel sangat baju baby geram betul aku!
Begitu juga pampers, jangan beli banyak sangat saiz Newborn. Beli sekadar untuk stok seminggu dua sahaja. Orang cakap, purata baby pakai pampers sehari dalam 7 keping. So pandai-pandailah budget. Aku ni memang ikut sahaja nasihat yang berguna. Kejap tadi aku dan Project Manager aku sama-sama tengok iklan jualan murah di suratkhabar The Star, buat perbandingan harga pampers. HEHE. Beliaulah yang ajar aku, bila dah ada anak ni rajin-rajinlah buka suratkhabar tengok iklan jualan murah barangan bayi. Untuk pampers dan susu formula kita kena bandingkan antara Giant, Tesco dan Carrefour. Setiap bulan ketiga-tiga pasaraya besar ini biasanya akan berlumba-lumba buat promotion/discount harga pampers, dan mesti akan ada salah satunya yang paling murah. Sedikit pengurangan harga membawa makna yang besar tau! Nanti bila anak dah besar dan dah mula minum susu formula, lagilah makan belanja besar. Mahal tau susu tepung tu!
OKlah dah panjang sangat kot ni. Entri ni aku dah taip semalam lagi masa lunch hour, tapi lepas halfway rasa malas pula nak sambung HEHE tak elok perangai suka sangat buat kerja halfway. Ada apa-apa idea tak dari para pembaca yang berpengalaman pasal barangan bayi ni? Comments and recommendation are welcomed! Thank you.
Wassalam.
P/S: Sekarang ni memang dalam langkah berjaga-jaga. Asal rasa sakit perut je mulalah rasa berdebar, takut dah mula contraction. Hmm. Macam tak percayalah, sekejap je masa berlalu..