Online atas katil, dengan si kecil budak bertuah di sebelah tersenyum-senyum potpetpotpet bercerita. Sesekali aku layankan dia, agah, geletek perut. Terkekeh-kekeh dia ketawa, menampakkan sebahagian besar gusi eee tak malu tak ada gigi pun nak ketawa besar :p
Sesekali aku snap gambar guna handphone buruk cap ayam. Dah jadi satu obsesi pula untuk mengambil gambar budak bulat tu setiap saat.
Padanlah asyik panggil-panggil tersenyum-senyum, rupanya nak tunjuk terer pusing satu bulatan. Kedudukan kepala je tak berubah T__T Patutlah setiap kali bangun tidur ada kaki kecil dia dekat dengan muka Mummy, padahal sebelum tidur rasanya dah elok-elok kepala botak dia kat atas haiii budak bertuah ni!
7 comments:
alololo
kenapa kt kepala botak ada merah?
langgar apa??
oh yeahhh !! ammar yusuf dh berpusing ye? hihihi. comel la dia!
Subhanallah, comel giler ammar ni!tapi mslhnye nape cadar tu same ngn aku nyer!hahaha!
comel sgt dok sengih² ..x lama lagi meniarap abis la dia jelajah satu hall . silap² x leh tido atas katil dah sbb takut sikecik jatuh .
yang penting tetap pandang camera..! comel sungguh lah Ammar Yusuf nih Kak Una
comelnye anak dia... :)
Thank you girls! ;)
Nor atau Nad:
Merah tu dia cakar muka. Padahal kuku dah pendek dah, tapi still luka jugak :(
Post a Comment