Monday, August 27, 2012

Ammar Yusuf dan Makanan

Tengah hari itu, selesai suap Ammar Yusuf makan, aku ambil makanan untuk diri sendiri pula. Nasi, sup sayur dan ayam pedas pemberian mertua. Lalu duduk di sofa. Malas nak makan di meja makan, panas jauh dengan kipas. Tapi mungkin bila Ammar Yusuf dah besar sikit, akan makan di situ, kalau tidak jadi habit pula semua makan depan TV.

Nampak aku pegang pinggan, terkedek-kedek Ammar Yusuf datang. Panjat sofa, berdiri, pegang bahu aku dan tiba-tiba cium lembut pipi aku. Lembut sangat. Lepas cium, dia tengok muka aku. 

"Ni nak nasi Mummy la ni. Tadi kan Ammar Yusuf dah makan.. Tu la tadi Mummy suap main-main."

Lalu dicium lagi pipi aku. Perlahan dan lembut je. Geram betul budak ni, bodek nombor satu. 

"Pedas la sayang.."

Kali ketiga dicium masih tidak berkesan, lalu dia turun sofa dan sambung bermain-main.



Malam itu, masa aku ambil nasi dan sup sayur untuk makan malam, teringat kejadian tengah hari itu.

'Hmm tak payahlah ambil gulai ayam pedas. Mana tahu dia nak juga..'

Seperti dijangka, sebaik sahaja aku duduk di sofa, terkedek-kedek dia datang. Kali ini tanpa menunggu dicium, aku dah bersedia nak suapkan dia nasi dan sup sayur. Which is lebih kurang makanan dia je. Cuma aku punya tidaklah hancur macam dia punya -__-"

Maka perlahan-lahan aku suapkan dia makan, dengan tangan saja. Best. Selama ini suap guna sudu, tak rasa nikmatnya. Tersenyum-senyum dia makan sambil mengomel entah apa. Seronok agaknya dapat makan makanan orang dewasa. Sekali-sekala aku bersihkan nasi yang terkeluar di luar mulutnya. Yang best tu lepas je aku sapu bibir dia, jari kecil dia pun mesti sapu bibir aku juga. Comel betul.



Disebabkan dia nampak seronok dan berselera makan something yang dia nampak kita makan, maka sekarang aku dah ada idea untuk suap dia makan tanpa perlu nak kejar dia sana sini. Letak makanan dia dalam pinggan kita, duduk sofa pura-pura nak makan, mesti dia datang nak join :D


"Mestilah nak makan makanan orang dewasa, kita dah big boy tau, tengok ni pakai kain pelekat!"







8 comments:

Ana Rashidah said...

comelnya... i wish 1 fine day Allah will bless me with a kids yang akan menjadi penyeri rumah tangga kami... amiinn...

setiap kali masuk blog mommies, mesti jenuh nak mengempang air mata.

Husna Hadzarami said...

Ana.. Ala sedihnya baca komen ni. Be positive ye, there's always blessing in disguise. There's always God's grace in everything. Keep on praying and have faith in Him. Allah knows what best for you. Sementara berdua ni boleh dating/honeymoon puas-puas dulu :D

FAA said...

AWW. SWEETNYA! How I wish my kid pon akan buat benda yang sama. :')

Ijah EmoTemo said...

Okay, ini sangat sweet! Hee, AY kecil-kecil lagi dah sweet, comeiinya! ;)

Husna Hadzarami said...

Haaa, nanti dah deliver baby nanti kalau boleh breastfeed lah, and lepas 6 bulan kena rajin masak untuk anak. Mesti selalu dapat surprise kiss :D

Husna Hadzarami said...

HEHEHE budak bertuah tu bodek memang nombor satu! :D

Cik Asma BLuppy said...

comelnya... pandai aje bodek mummy die.

feeda said...

lama x tengok ammar yusuf ni!rindu! :)