Wednesday, September 19, 2012

Riadah: Kolam Renang Presint 16

Assalamualaikum,

So last weekend we went to the swimming pool! Dah lama plan nak pergi, tapi disebabkan kekangan masa, memang selalu je tertangguh. Before pergi tu, of course kami akan Google dulu, baca review, tengok kolam renang mana yang paling best dan paling selesa, yelah sebab kalau sekadar kami berdua je mungkin tak apa lagi ni sebab ada baby kan.

So lepas baca blog-blog orang lain, my husband decided to go to the one at Presint 16, Putrajaya. Haa kalau nak tahu kat Putrajaya ni memang banyak public pools, tak salah I ada empat kot. Kat Presint 6, 9, 11 and 16. Ni yang I tahu lah. But according to my husband, yang di Presint 16 paling tak ramai orang. We've learnt that every public pool has a specific schedule, means ianya bukan dibuka setiap masa. Ini jadualnya, rasanya semua kolam pun sama je jadualnya sebab semua ni under Perbadanan Putrajaya kan.


Ni I ambil dari blog orang lain, tak ingat apa link dia. Disebabkan bangun lambat maklumlah pengantin baru celebrate anniversary hihihi ketawa gatal pelampung Ammar Yusuf belum pam, dan kami pun memang bermalas-malasan pagi itu nak bersiap, maka kami memilih untuk pergi masa Sesi 3.

Pukul 4.20 dah gerak dari rumah, konon keluar awal sebab tak tahu jalan, tapi end up sampai awal pula, thanks to kehebatan Suami memandu (puji, sebab pengantin baru katakan kehkehkeh). Alah ikut jelah signboard Presint 16, dah masuk Presint 16 tu cari signboard Kompleks Kejiranan Presint 16 pula, nampak bangunan besar like dewan serbaguna, masuk je. Memang dalam itu pun.

Sampai-sampai....


Loh ni ke kolam dia?? Kecilnyaaaa! Serabutnya penuh-penuh macam ni!! Ganasnya budak-budak ni main!! Habislah anak aku kalau join diorang ni mandi!! Mak mula bengkek. Dalam review kata lain, besarlah, selesalah. 


Tengok muka anak dan bapa, dua-dua macam cuak-cuak nak masuk. Yelah ganas kot budak-budak ni main air. Then I pergilah tanya di kaunter pertanyaan. Ohh rupanya bukan yang ini, ada lagi kolam lain, kolam berbayar yang akan dibuka pukul 5 nanti. Yang dipenuhi budak-budak ganas tu kolam tak berbayar hewhewhew sedap cakap anak orang ganas. So sementara tunggu pukul 5 tu, I pergi solat Asar dulu. Di sini ada surau tau, selesa juga, dan telekung yang disediakan pun bersih-bersih belaka. Best.

Then, I pergi tukar baju, tukar baju anak sekali. Oh sini kalau nak masuk dalam kolam, wajib pakai proper swimming attire. Kalau just nak jaga anak duduk tepi kolam boleh kot pakai baju biasa je. 

Bayaran: 
Dewasa (RM2)
Kanak-kanak (RM1)

Kolam dewasa. Nampak macam ramai, tapi selesa sangat, dan besaaarrr.


Dan ini kolam kanak-kanak. Ramai, tapi still jauh lebih besarlah dari kolam sekangkang kera tadi heh.


Mula-mula letak dalam pelampung itik (yang dah lama beli sejak dia 4 bulan agaknya semangat mak -__-). Saja nak biasakan dia dengan air. Mula-mula dia nampak terkejut juga, yelah first time mandi kat tempat air banyak ni hehe kesian anak Mummy. Dia macam tercengang-cengang la, kuis-kuis air sikit, celup-celup tangan. Tapi takdelah dia takut ke apa, cuma macam pelik je.

Daddy bawa keluar dari pelampung, HAAAA baru dia excited amboi! Habis dia tepuk-tepuk air percik kat muka, sebiji macam masa mandi kat rumah -__-

Konon nak ajar berenang, tapi tak beranilah mak. Ajar orang besar OK lagi, baby-baby ni nak kena orang professional yang ajar kot. Seronok budak bertuah ni bila I buat macam ni, beria dia kuakkan tangan gaya berenang, dia ingat dia tengah berenang agaknya :D  
(Gambar diambil di sebalik air terjun, bukan hujan. Gila ke apa nak bawa anak main swimming pool masa hujan.)

Sejam berendam, sampai pucat muka bibir segala. I bawa dia naik keluar, lap-lap, mandikan guna air bersih dan tukar baju. Kempunan mak nak swimming asah semula skill yang dah lama tinggal tu, ibu mengandung at the first trimester memang tak dibenarkan swimming maka terpaksa jaga anak dan jadi tukang jaga barang saja T_T


Seronok budak bertuah ni. Dah tukar baju pun nak main air lagi. Lain kali pulak ye Sayang, risau juga kalau demam sebab lama sangat berendam. Budak bertuah ni kat rumah mahupun rumah babysitter pun tak pernah lagi mandi air sejuk, mesti air panas. Diamlah kau, suka hati akulah nak mandikan air panas lagi bukan suruh kau yang sediakan air panas dia pun. Eh tiba-tiba :p So takut badan dia terkejut tiba-tiba kena air sejuk lama-lama.

Satu sesi 2 jam saja, so menjelang jam 7 tu orang ramai pun dah mula beransur naik. Nampak macam oloh 2 jam je kejapnya puas ke anak aku main ni? Tapi memang cukup pun sebenarnya, dah puas main pun tengok jam, eh baru sejam? Hehe.

At the ladies changing room. Eh kata bilik untuk ladies kenapa ada boboy sorang tersesat dalam ni??? Selesa sangat changing room ini, ada tempat mandi segala dan banyak biliknya so tak perlulah nak beratur tunggu giliran. Tapi sabun mandi tak disediakan, next time datang kena bawa sabun shampu segala, baru best.

Budak paling bising dalam changing room -__-

Overall, I rasa OK la public pool ni. Banyak juga kemudahan lain I nampak, ada gymnasium (dah semangat ajak husband datang sini lepas bersalin nanti, mestilah nak kena jaga body :p), ada table tennis, ada apa entah lagi. Boleh Google la tengok. Bayaran pun sangat berpatutan, sesuai untuk beriadah secara sihat bersama keluarga. My husband planned nak datang sini like every weekend, depends on bila dia takde kelas la. I tak kisah pun duduk rumah je, lagi best, tapi kesianlah kat anak terperuk je dalam rumah tak pergi mana-mana. Hari tu berborak dengan my bosses, diorang advice, anak kecil ni elok bagi dia pandang jauh. Means bawalah keluar rumah, pergi beriadah, tengok sekeliling, biar mata dia pandang jauh, elok untuk mata dan minda. Sebab budak zaman sekarang ni kan terdedah dengan pandang dekat i.e main iPad, tengok TV, etc. Tak elok untuk mata dan perkembangan minda dia. Itu yang sedaya upaya cuba bawa anak tengok dunia luar, tengok alam sekitar.. Tapi.. sekarang ni kat luar pun udara bukannya bersih sangat, jerebu.. macam-macam penyakit.. Hmm...




9 comments:

Nurmala Mazlan said...

Bestnya...Cam nak bawa Khaleef la nnt

Ana Rashidah said...

kak ana yang duduk dekat 14 pun tak tau kat situ ada gym. boleh pergi ni nanti... but now sibuk pulak dengan kelas every weekend dan nak pregnant.

YanaHime said...

Alololo...seronok duk pandang muka sendiri. Best ammar yusuf suka main air. My ariff takut sejuk, hehe!

honey bedazzled said...

masa saya 1st trimester hari tu kan sebab pergi snorkling kat langkawi, xcheck pun bole ke x. lepsa 6 jam snorkling baru macam eh bule ke hehehhe

FAA said...

I tau tempat nih. Dulu I kerja Putrajaya, selalu lepak minum kat kafeteria situ. Cantik kan? Nanti bawak pergi Taman Rimba Alam pulak Kak Una. Cantik kot kat sana. ;)

ettyzukhair said...

etty selalu gi kat situ but bukan kat kolam...kat dewan dia..majlis kawin2 hehehe...wah ok gak pasni kalu de kenduri kat situ lg boleh siap2 bwk baju mandi sikecik ngn si besar dua org hehehe..

Anonymous said...

Agree dengan advice ur boss tu ;)

laskar pelangi said...

Alahaiii sukanya dak pipi pau mandi kolam..lama tak tgk gambar dak pipi pau ni. Akak dah delete ke fb..huhu -___-

reentartnenas said...

saye slalu swimming dekat Kelab Tasik Putrajaya. Kalau dewasa RM5. situ slalu memang tak ramai org pun. lebih teratur sket la compare tu kolam renang kat presint-presint 2. maybe u boleh cuba kat situ :)
die sebelah dengan Pullman Hotel. Pullman hotel pun ada swimming pool and open to public. cuma x sure rate nyer berapa. harap membantu :)