Monday, January 20, 2014

Riadah #2: Dataran Putrajaya

Selepas beberapa hari dengar Ammar Yusuf sebut “Nak naik gelongsor dengan friend” (siap berlakon berbual kat telefon “Hello, friend ke? Nak naik gelongsor ke?” -__-), maka Ahad semalam kami pun bawalah budak yang dah makin seronok nak berkawan ni pergi beriadah. 

Sebenarnya Sabtu petang dah bawa pergi Alamanda ingat nak main kat indoor playground situ, because that’s the nearest to our place; kat Sunway Pyramid pun ada juga tapi a bit smaller compare to Alamanda. But unfortunately Alamanda’s playground was closed due to construction. Punyalah patah hati aku. I feel sorry for him because sepanjang jalan ke Alamanda dia dah excited ulang ulang sebut nak main gelongsor. Dia nampak okay je, Mummy Daddy yang lebih lebih rasa bersalah siap pergi Secret Recipe bagi je dia nak makan and minum apa (all this while kami masih control his sugar intake to avoid him being hyperactive and also for his health but it’s just our choice). 

So Ahad tu, kiranya nak compensate laa, just to make him happy, just to let him get loose and be free for a while. After some Googling, we headed to Dataran Putrajaya, knowing that there’s a small playground near Masjid Putra (it is located downstairs next to Souq, just use the stairs/escalators next to the mosque). 

Kami sampai ke Dataran Putrajaya tu dalam pukul 6 petang, whoaaa dah lain! Ramainya oranggg! The last time we were here was last year January (exactly one year!), masa Ammar Yusuf baru je nak pandai berjalan. Masa tu taklah seramai ini. 



Dulu tak ada pun perkhidmatan sewa benda benda ni, pengunjung yang naik benda ni semuanya bawa sendiri dari rumah je. Ramai kan? 

First thing first, pergi playground dulu. 

The playground is quite okay, it’s kinda different from other playgrounds we used to go, sebab berbentuk kapal kot. Budak budak tengok nampak macam best la. 






There are 5 slides and 3-4 jongkang jongket. Kira okaylah untuk budak yang hanya nak main gelongsor kan hehe. 



Would be a lot more fun kalau Adik dah pandai jalan. Takpe, there’s always next time. For the time being, Adik jadi mandur jelah. 


Gambar emaknya tak banyak, sebab emak pakai tudung indon maka keyakinan diri berada di paras sifar (I tak pernah suka tudung awning ni, makes me looks older but maybe it’s just me). 

About half an hour there, nampak Abang macam dah boring je, we decided to go upstairs back to Dataran Putrajaya. It was so much fun here!









Kejar 'bubbles' :')


Sini ada juga orang main layang layang. Seronok anak Mummy :')



Daddy ajak pergi to the other side, sebab dari jauh nampak ada bubbles besar besar yang tengah trending sekarang tu, but halfway there Ammar Yusuf stopped us. “Nak naik car,” katanya sambil tunjuk kereta kereta mainan kat situ. Kami tanya betul ke nak naik, because hari tu pernah kat The Curve dia kata nak naik, bila dah bayar dia takut pulak sebab benda tu gerak laju kot. Akak yang jual tu cakap boleh cuba dulu, tengok dia nak ke tak, kalau okay baru bayar. So nice of her (maybe due to high competition there, punyalah banyak orang yang sewakan benda ni kat situ!) 

“Berapa ni?” I asked. 

“RM10 untuk 20 minit” 

“Alaaa dah nak Maghrib la Abang” I said, looking at my son. 

“10 minit pun boleh, RM5” kata akak tu. Hoh cakaplah RM5 for 10 minutes dulu, ni cakap yang mahal dulu pulak. 


Sebab dah nak dekat pukul 7, kami ambil je whatever car available, end up with this one. Tak cantik T__T 





As long as he’s happy :’) 

Overall, it was a great riadah for all of us. Semua orang happy, even Adik pun okay je duduk dalam stroller walaupun kadang kadang dia rasa geram nak kejar kat Abang hehe. Sekali sekala kami dukung dia bawa dekat dengan Abang, Abang kan idola dia :p 



Masuk kereta, menyusu, terus tidur. Sedap kot kena udara nyaman petang petang. 


Cuma satu je yang aku rasa perlu diperbaiki berkenaan aktiviti di Dataran Putrajaya ni. Perhaps they should allocate/limit 1 space just for those cycling thing (as in the above picture, tak tahu apa benda nama dia). Sebab situ most yang naik benda mengayuh tu budak/remaja like 12-15 years dan mereka kayuh benda tu sangatlah laju, almost hit my son one time masa Ammar Yusuf lari lari kejar bubbles tu. Sebab situ ramai babies/toddlers yang baru nak belajar berjalan, yang lari lari secara bebas, kalau kena langgar dengan benda tu boleh terpelanting juga rasanya. Itu jelah the downside of that place, other than that, everything is great. Sesuai untuk aktiviti riadah satu keluarga. I’ve already planned bila anak anak dah besar sikit nak beli roller blade sorang sepasang (including both Mummy Daddy hihi) and main kat sini. Should be fun!


1 comment:

ily♥ said...

Family time mmg best...hmmm...i guess adik mmg jadikan abg as idola. That's what i always thought of both my heroes. Adik akan sentiasa nk dkt abg, ikut apa abg buat, though at times abg x kasi adik join, but adik would never give uo to play along with abg...so sweet of them...
Seronok tgk AY berlari berkejaran...happy..