Monday, June 30, 2014

Ramadhan Selepas Kahwin

Dari kecil, aku dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan sahur. Sahur di rumah emak, memang boleh tahan meriahnya. Kalau tak bangun sahur tu, bila pagi pagi lalu dapur tengok lebihan lauk untuk sahur tadi, memang boleh mengundang lelehan air liur sepanjang hari sesal di hati.

Jadi bila berkahwin sudah terbiasa bangun sahur. Wajib bangun sahur. Suami pula, dah nama pun orang lelaki, memang mesti kena makan berat beratlah.  

Ramadhan selepas kahwin, memang setiap tahun berlainan.

Tahun pertama, Ammar Yusuf lahir hari ketiga Ramadhan maka aku menyambut Ramadhan dalam keadaan berpantang. Temptationnya rasa macam luar biasa, semua benda aku teringin nak makan mengalahkan orang puasa. Yelah masa bulan puasa tiap tiap petang ada bazar Ramadhan kan, maka tiap tiap petang ada je benda menarik yang orang beli yang tak ada masa hari hari lain. Memang temptinglah, pantang macam tak pantang je aku. Paling best masa ini adalah bubur lambuk bapa mertua bawa balik dari surau berhampiran rumah. Sedap gilaaaaa aku rasa kalah bubur lambuk kat tempat lain. Aku rasa sepanjang pantang kat rumah mertua aku makan bubur lambuk tu kot. Emm dapnya bila teringat emm dapp.. *lap air liur*

Ramadhan tahun kedua, aku mengandung pula kehkeh. Ada je. Tapi untunglah, boleh puasa penuh. Orang kata kalau mengandung dibolehkan tak berpuasa, tapi aku alhamdulillah okay je rasanya. Masa tu baru first trimester kot, dan syukur juga takde muntah muntah pun. Penat memang penat, sebab menguruskan anak sulung yang masih kecil juga kan. Tahun ini pun aku langsung tak pernah memasak untuk berbuka. Tak larat dan tak sempat pun nak masak.

Ramadhan tahun ketiga, aku baru 2 bulan habis pantang, agak mencabar juga sebab berpuasa dalam keadaan menyusukan anak kan. Again, ibu yang menyusukan anak juga sebenarnya dibenarkan untuk tidak berpuasa (tapi still kena ganti later tau!) tapi alhamdulillah aku masih mampu berpuasa juga. Masa ini rasanya aku di tahap paling stress dalam hidup aku, emosi diuji, badan penat sebab tekanan kerja melampau lampau, walaupun bulan puasa boleh balik awal pun still sampai rumah ngamngam waktu berbuka takpun berbuka dalam kereta je. Haish taknak dah aku ingat lagi pengalaman kerja di Damansara tu. Kerja berat tak apa lagi, stress di jalan raya tu memang tak boleh tahan lah! Langsung tak pernah memasak untuk berbuka juga, tapi beli di bazar pun ala kadar je. Stress sangat kot.

Dan kini masuklah Ramadhan tahun keempat sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Anak sudah makin besar.. kerja sudah semakin baik, balik kerja setengah jam je dah sampai rumah. Masih lagi menyusukan Adam Muaz yang nak masuk 14 bulan tu, masih lagi pam susu di pejabat. 

Puasa kali ini, memandangkan tempat kerja baru ni boleh balik kerja pukul 5 dan inshaAllah 5.30 boleh sampai rumah, Suami minta untuk lebih kerap memasak di rumah saja untuk berbuka. "Tak sedaplah makanan kat bazar tu," katanya. Macamlah isteri dia masak sedap sangat :p. Tapi memang sejak tahun lepas lagi kami berbuka puasa macam dinner biasa je. Dah tua agaknya, dah takde nak membeli ikut nafsu sangat. Plus kami setiap kali Ramadhan banyak undangan berbuka puasa di luar (office, kawan kawan, family), so masa tu bolehlah kalau nak makan beria pun. 

Memasak untuk sahur tak ada masalah sangat, kecuali masalah si kenit yang selalu nak ikut bangun sekali. Bangun sahur je lebih, puasanya tidak! Tapi untuk berbuka la leceh sikit, sebab aku tak pernah hidang makanan yang aku tak rasa dulu. So sekarang ni kena pandai pandailah agak agak garam gula berdasarkan pengalaman eceh pengalaman la sangat. Semalam dah lulus dah, cukup rasa je, hari ini entah macam mana.

Aku harap Ramadhan kali ini dapat membentuk diri aku menjadi manusia yang lebih baik. Rugilah sebenarnya kalau Ramadhan dah habis tapi kita masih manusia yang sama. Seolah olah Ramadhan itu tak membawa apa apa makna pun pada diri kita selain berlapar di siang hari dan makan besar di malam hari. Banyaklah perancangan aku, segan nak kongsi nanti orang kata "Nak tunggu Ramadhan baru nak taubat ke??" Amboi sinikal betul. Hah cuma satu ni aku tak segan nak kongsi, aku nak kuruskan badan! Haha. Kurus takat mana jelah aku ni. 

Okaylah. Selamat berpuasa kawan kawan!


Paling penat, walaupun tak puasa -___-"



No comments: