Tuesday, September 23, 2014

Adab Bertandang

Bercakap tentang bertandang ke rumah orang, sebagai orang yang ingin bertandang selalunya ada dua pilihan yang kita perlu lakukan. 

1) Memaklumkan pada tuan rumah terlebih dahulu supaya tuan rumah lebih bersedia 
2) Tidak memaklumkan tuan rumah dengan niat tidak menyusahkan tuan rumah untuk membuat apa apa persedian. 

Aku prefer jenis yang pertama, sebagai tetamu dan juga sebagai tuan rumah. I’m not a big fan of unannounced visit. I actually hate a surprise visit. Sometimes we thought that we are doing them a favor by not informing them earlier so that they wouldn’t have to trouble themselves to prepare anything, but actually we are making them so uncomfortable by doing so. 

Boleh jadi rumah mereka dalam keadaan tidak terurus, terutama rumah yang ramai anak kecil. 
Boleh jadi emosi/kesihatan tuan rumah dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk melayan tetamu. Anak sakit, meragam sepanjang malam, tuan rumah keletihan.
Boleh jadi tuan rumah tidak mempunyai apa apa yang sesuai untuk dihidangkan kepada tetamunya. 
Boleh jadi tuan rumah sedang berpakaian yang tidak sempurna. Bayangkan sedang kita pakai sleeveless and short tiba tiba tetamu sudah tercegat di depan pintu kelam kabutlah nak tukar baju tukar seluar cari tudung alamak kebetulan tudung semua di dalam mesin basuh pula hah takkan mahu sambut tetamu dengan tuala di kepala? 10 minit tetamu dibiarkan tercegat di luar, tetamu tidak selesa, tuan rumah juga rasa tidak bagus. 

Memang benar tetamu selalunya akan berkata, 

“Tidak mengapa. Biasalah rumah bersepah, rumah kami juga begini” 
“Demam ke? Tidak mengapa. Berehatlah di dalam bilik, kami saja mahu singgah” 
“Tidak mengapa, tak perlu susah susah hidangkan apa apa, kami baru sahaja makan tadi” 
“Tidak mengapa, bersiaplah, kami tunggu” 

Mungkin tetamu benar benar maksudkan kata kata itu, mungkin juga tetamu hanya cuba menyenangkan hati tuan rumah. Sebagai tuan rumah, apa yang dia rasa mungkin jauh daripada “Tidak mengapa”. Rasa bersalah, segan, malu, janggal… Haih kenapalah tidak beritahu awal awal. Just put ourselves in their shoes, kita juga akan berperasaan begitu. Sebagai tuan rumah memang kita selagi boleh mahu dilihat dalam keadaan yang elok, mahu melayan tetamu sebaik mungkin, ingin tetamu dihidangkan makanan yang sewajarnya. Ini apa yang aku rasalah. Lainlah kalau bertandang ke rumah ibu bapa. Atau rumah yang sudah terlalu kerap kita kunjungi, seperti jiran tetangga contohnya. 

Ini sekadar pandangan aku secara general sahaja. Adab bertandang yang aku rasa perlu untuk kita semua tahu. Maklumkanlah sebelum datang, paling lewat dalam 1 jam sebelumnya. Hormati privacy tuan rumah, berikan ruang untuk tuan rumah bersedia biarpun ala kadar. Berilah peluang untuk tuan rumah menjadi tuan rumah yang baik, supaya kita sebagai tetamu juga berasa lebih selesa dan tidaklah berasa janggal. Betul tak? :)


6 comments:

ily♥ said...

setuju. i have the same thought. sebab dah mengalami a few times. dan berpeluh lah kite ni marathon dlm rumah kemas apa yg patut. plus, sbg tuan rumah, mmg rasa sgt bersalah klu tak dapat nak hidang apa-apa, dan sambut tetamu dgn keadaan rumah dan juga tuan rumah yg tak semenggah..huhu..

Cik Asma BLuppy said...

very trueee. i hate surprise visit. as women, memang tergopoh gapah la nak tutop aurat, nak prepare smthing. lagi2 kalu duk sesorang kat umah. *sigh* kalu ikutkan tetamu memang menbawa rezeki kepada tuan rumah tapi lebih baik kalu dorang bagitau dulu nak datang. just my opinion as only doter in house. :D

Husna Hadzarami said...

Itulah, rasa bersalah, malu pun ada. I dahlah tak suka sambut tetamu dalam keadaan serebeh serebeh, sometimes on weekend bukannya pagi pagi dah mandi. Memang boleh stress kalau orang datang masa kita tengah langsung tak bersedia :(

MOMMYLIN said...

hahah setuju. aku lagi suka bgth.. leh makan2.. hahaha kidding!

entry terkini...Makan je kerja aku ni!!!

Husna Hadzarami said...

Yes tak dinafikan tetamu adalah rezeki. I suka je orang datang rumah, buat makan makan, lepak lepak. Tapi kena inform awal awal, tu je. Barulah boleh sama sama happy. Kita sebagai tetamu pun akan rasa tak selesa & awkward kalau pergi rumah orang and tengok tuan rumah tergopoh gapah kemas itu ini, siap makanan itu ini, rasa bersalah je susahkan orang macam tu kan..

Unknown said...

I pun sama. Tak gemar jenis datang tetiba ni. Lainlah datang beraya yang bukan open house kan. Kite dah jangka memang orang akan datang beraya anytime, so memang prepare. I selalu kena camni ok. Menyampah kadang tu haha. Sebab kadang i tengah lalok tido, tetiba org ketuk pintu. Mamai dan pening. i kalau dtg umah org pun takkan main terjah je. Kurang2 mesti akan inform dulu awal.