Monday, January 12, 2015

Hints

Hidup bersama kanak kanak ini, tahu sajalah hampir tiada perkara yang kita boleh buat sesuka hati kita. Benda paling biasa adalah apabila kita teringin makan sesuatu yang enak tapi tidak elok untuk anak anak, seperti junk food, ice cream dan sebagainya.

Tadi petang, teringin benar aku mahu makan aiskrim. Adam Muaz sudah tidur, okay tinggal Ammar Yusuf saja. Resah aku tunggu bila budak ni mahu tidur niiiiii. Ah gasaklah, aku buka peti sejuk, cedok 2-3 scoops masuk dalam cawan, sembunyi sembunyi aku ke ruang tamu.

Ammar Yusuf, being a kepochi as he is, terus tanya.

"Mummy makan apa tuu??"

"Aiskrim." Rolling my eyes, nampakk je dia ni tau.

"Emm.. dah lama tak makan aiskrim.." his first hint -___-"

"Yeke? Kesian eh Abang ni" aku jawab selamba buat buat tidak faham sambil mata menonton televisyen.

Dua saat kemudian tiba tiba dia ada di sebelah.

"Sedap ke Mummy aiskrim ni?" His second hint. Budak ni... langsung tak berputus asa.

"Sedaplah juga" Mummy juga langsung tak mengalah sikit pun tak offer dia HAHAAHAH.

"Emm. Macam sedap je.." Sambil menjenguk mug aiskrim aku HAHAHAHAHA budak ni kalau nak cakap jelah susah susah bagi hints beria ia geli hati okay tengok muka dia.

End up aku makan 3-4 suap, dia makan 18 suap =__= 

Abang, Mummy rasa macam best juga kalau ada anak yang belanja Mummy travel around the world bila dah tua nanti.. Emm macam best je..

Agak agak kalau dia baca blog aku bila besar nanti dia faham tak hint aku ni? =))