Friday, February 27, 2015

Menangani Kekecewaan

Eversince Ammar Yusuf has started potty training, he has been so good at it, peeing and pooping in none other than the toilet. We were so proud and relieved that things went smoothly, until yesterday.

Sebaik tiba di rumah pengasuh semalam, Ammar Yusuf ada di belakang. Kami tanya, "Abang tengah main ke?"

Kak Ha jawab, "Dia tengah berak tu..."

Kami tanya lagi, "Oh, Abang dalam toilet la ni?"

Kelihatan serba salah, Kak Ha jawab, "Tak.. dia minta nak pakai pampers......" dan terus sambung, "Dia dah seharian tak berak, Na. Kak Ha rasa perut dia keras betul... Dia minta nak pakai pampers juga untuk berak. Kesian dia.."

I was so disappointed, really. Terus terdiam. H lagilah, langsung tak cakap apa not even look at him. Sebab aku dah pernah berdepan dengan situasi tu dulu yang mana dia insist nak juga pakai pampers dan sanggup tahan seharian tak berak. Tapi aku keraskan hati, tak kira macam mana dia menangis memberontak pun. Tapi yelah.. kita ni ibunya, bolehlah berkeras keras begitu. Tidak adillah mahu mengharapkan perkara yang sama pada pengasuhnya. I have actually anticipated this actually, on last Monday, not after 1 week we trained him.

My husband and I, we were so disappointed that we gave Ammar Yusuf a silent treatment after a long nag in the car. Kalau memang dari awal tidak pandai, tak apa. Ini tidak, dah seminggu dia dah pandai menggunakan toilet kenapa nak back to square one lagi. Kami sebenarnya risau bila sekali pengasuh dah mengalah dengan dia, dia akan terus guna cara itu setiap kali nak berak (means nak pakai diaper setiap kali berak) and makes all the efforts to train him goes to waste.

Selesai solat Maghrib, aku termenung panjang dan berfikir. Baru hal kecil macam ni, kita dah rasa kecewa sangat dengan anak. In future, mungkin ada banyak lagi kegagalan/kesilapan yang akan dilakukan oleh anak anak; markah peperiksaan tidak memuaskan hati, tidak terpilih masuk ke kelas yang baik, tidak berjaya dalam pertandingan yang disertai, bergaduh dengan rakan sekelas dan kami dipanggil ke sekolah... dan mungkin ada yang lebih besar (Nauzubillahiminzaalik, semoga anak anak aku membesar dengan baik baik saja).. Bagaimana kita mahu hadapinya. Selama ini sudah berjanji akan jadi ibu bapa yang akan lebih memahami, lebih bertolak ansur, lebih 'menyokong', tapi baru hal kecil begini kami sudah bagaikan kecewa benar dan berputus asa.

Aku simpati dengan Ammar Yusuf. Dengan anak sulung ni, macam mana kita kata mahu jadi ibu bapa yang lebih rileks pun, kita tetap menaruh harapan yang terlalu tinggi untuknya  supaya dia jadi benchmark yang baik untuk adik adiknya. Baru sekali dia gagal, kami sudah marah benar. Sepatutnya kami lebih berdiplomasi, berbincang, bukan meleteri dan mendenda seolah olah dia tidak pernah berkelakuan baik dan membanggakan kami sebelum ini.

Dulu kami sudah bersetuju sebagai ibu bapa, macam mana anak kita screwed up pun, di hadapan orang lain kita tetap kena berpihak pada anak kita. Nak marah, nak pukul, biar di dalam rumah saja. Hanya kami yang perlu tahu. Siapa lagi yang diharapkan untuk memelihara mereka, menjaga air muka mereka, menyokong mereka dan sama sama mengangkat mereka daripada kegagalan, selain ibu bapa mereka? Ini tidak, baru kesalahan seperti itu, bila nenek Ammar Yusuf telefon semalam, kami sudah mengadu ngadu bercerita kegagalan cucunya itu. 

Kamilah sebenarnya yang gagal. Gagal mengawal emosi, gagal berfikir dengan lebih tenang dan matang dalam menangani perkara seperti ini. We failed to practice what we preached. Kami penat sebenarnya. Penat bekerja seharian, penat melatih dia sepanjang hari cuti minggu sudah, tambah penat apabila usaha kami seperti sia sia sahaja. Itulah masalahnya. Mendidik anak anak ini, tiada siapa kata ianya adalah mudah. Tiada formula khas untuk memperoleh anak yang baik, bijak, mendengar kata dengan cara yang mudah. Tidak senang untuk senang. Ya Allah, tingkatkanlah kesabaran aku dan bantulah aku dalam membesarkan anak anak ini.


1 comment:

Unknown said...

Mmg betul, selalunya parents akan letak harapan tinggi pada anak sulung. Akak tak terkecuali. But I learned thru my experience as eldest child dan cuba kurangkan tekanan kat anak. Paling penting, akak taknak anak rasa terbeban jadi anak sulung sebab itu yg akak lalui. Bila rasa terbeban, dia takkan ikhlas jd contoh kat adik2.