Saturday, February 7, 2015

Nak Ammi


Memang aku sedari, perihal Adam Muaz memang tidak banyak diceritakan dalam blog ini. Kalau Ammar Yusuf dulu, every single development langsung tak pernah miss untuk dicoretkan di sini. First smile, first tooth, first crawl, first step-- every single thing. Iyalah, ketika itu memang dia seorang sahaja tumpuan utama kami. Rutin aku ketika mengandungkan Adam Muaz, banyak perkara yang aku tidak dapat lakukan secara konsisten seperti ketika mengandungkan abangnya; membaca Al-Quran setiap malam, membuat latihan Matematik ketika masa terluang, Sudoku, menjaga pemakanan. Sudah tentulah berbeza, kita sudah ada seorang lagi anak kecil yang turut memerlukan perhatian. 


Adam Muaz, memang ramai yang mengatakan wajahnya lebih mirip kepada bapanya. Ye keeeeeee.... aku rasa macam lebih kepada muka Mummy saja :p 


Unlike his big brother who's more attached to his father, Adam Muaz memang anak manja Mummy. Mummy's boy. Segalanya nak dengan Mummy. Nak tidur, cari Mummy. Bila terjatuh sakit, menangis cari Mummy. Bila ambil dari rumah babysitter, walaupun Daddy yang depan pintu dia akan berlari ke tepi cari Mummy juga hehe. Setakat ini begitulah (tapi dalam hati aku tetap berharap akan tiba satu hari nanti yang bila dia berak dia akan cari Daddy hehehehe :p).




I remember when I was at my second job, the big boss there once told me that the longer your child sleeps on your chest, the fonder he/she will be with you. He told us about his daughter who sleeps a lot on his chest when she was a baby, growing up so attached to him until now. Tak tahulah apa kaitannya, mungkin bila anak tidur dengan mendengar degupan jantung kita, dia merasa lebih dekat dengan kita. Begitulah juga dengan Adam Muaz. Dengan Ammar Yusuf dulu seawal 5 bulan bila di dalam kereta sudah di ajar duduk di babyseat sendiri, tapi Adam Muaz kalau duduk belakang memang sekejap je dia boleh, later mesti akan ke depan juga. "Nak Ammi," he said :') 

Selalu sebelum masuk kereta sambil berjalan dukung dia aku sudah pesan, "Adik nanti duduk belakang ye, duduk dengan Abang, okay?"

Sambil tersenyum senyum dia geleng kepala, "Nak Ammi"

Mummy of course lah cair terus, kendong la budak gemuk ni di depan duduk atas peha, tidur atas dada, kalau perjalanan jauh berjam jam memang boleh senak dada tahu, berat! 

Nak naik rumah pun begitu juga. Memandangkan Ammar Yusuf sekarang sudah berjalan naik tangga sendiri ke tingkat 4, Mummy baru je berangan nak lenggang kangkung bak diva dan biar Daddy dukung Adam Muaz pula. Awal awal dalam kereta dah cakap dengan dia, "Nanti sampai rumah Adik naik dengan Daddy okay? Daddy dukung, okay?" Takde maknanyaaaaaaaa.

Still, "Nak Ammi" 

Diva Mummy? Lupakan jelah T___T



Paling suka bergambar. Lepas bergambar, terus "Nengok!" nak tengok terus gambar dia. Macam gadis gadis -___-

Adam Muaz belum petah dan fasih berkata kata lagi, tidak seperti Ammar Yusuf ketika umur yang sama. Mungkin sebab adik mula berjalan agak awal, sebelum usianya setahun lagi. Ammar Yusuf setahun 3 bulan baru boleh berjalan. Tapi mulutnya bukan main petah lagi, itulah orang kata, kalau lambat berjalan akan cepat bercakap, sebab tempoh merangkak yang lama akan meransang perkembangan otak dengan lebih baik. Gitulah gamaknya wallahualam, Mummy okay je mana mana pun.

Adam Muaz ni, walaupun mulut diam, tapi pergerakannya ya Allah, semput aku! Dia hanya akan diam masa tidur je, seriously. Buka je mata, takdenya nak stretching ke termenung ambil mood dulu ke, tengah mamai mamai terus pergi dapur kecilnya (dapur mainan) dan terus tangtungtangtung mula memasak fish carrot jagung dan sebagainya =))


Adam Muaz adalah total opposite to his big brother. Sangat sangat opposite. They really compliment each other. Ammar Yusuf jenis tertib dan tersusun, Adam Muaz jenis belasah dan redah je. Dulu kami selalu rasa setiap anak boleh dikawal, terutamanya di tempat umum. Dengan Ammar Yusuf, tak pernah sekali pun yang dia buat hal di tempat umum, sangat mudah dijaga, sangat mendengar kata. Bila dikata jangan, memang dia akan ikut. Bila mahukan sesuatu tetapi tidak dipenuhi, sedikit pujukan sudah mampu meredakan keinginannya. Bila tengok anak orang lain menjerit meraung mahukan sesuatu di khalayak ramai, aku dan Suami akan berpandangan sambil tersenyum, and I know in his mind was exactly like what's in mine; "Nasib baik anak kita tak macam tu...". Baru anak sorang, ada hati nak cakap macam tu, terlalu awal untuk berasa lega okayy.

Sebabnyaaaaaa, dengan Adam Muaz ni? Sigh. Menangis dari North to South Court shopping mall? Mengamuk berbaring bergulingan di lantai lobi hotel? Sebutlah apa yang kami belum lalui... sampai rasa macam dah biasa je sekarang ni menjadi perhatian ramai di tempat umum disebabkan adik ni T___T

He is adorable, when he is in a good mood. Completely adorable. So cheeky, so charming. But when something goes wrong, beware! HAHAHA. Haihh my son. I love you nonetheless, sebab Mummy tahu dari mana Adam Muaz dapat perangai ni :p 


He is indeed, a very good boy. So helpful, sangat ringan tulang terlebih lebih ringan dah rasanya sebab terlampau suka tolong orang (mostly tanpa diminta -____-"). Contohnya bila nampak handphone Mummy tengah charge di soket yang mampu dicapai, dia akan susah susah cabut kemudian "Ammi, nah" bagi pada tangan Mummy kemudian berlalu dengan muka yang sangat berpuas hati seolah olah sudah melakukan pertolongan besar -___-

Setiap kali ambil dari babysitter, kelam kabut dia lari ambil beg baju dia dan pass pada Daddy, ini sudah menjadi tugas tetap Adam Muaz dan orang lain DILARANG AMBIL ALIH TUGAS INI kalau tidak memang mengamuk terus sampai kena letak semula beg itu ditempat asal, biar Adik yang bagi sekali lagi -___-"

Setiap kali masuk kereta, perkara pertama dia akan buat adalah buka dashboard ambil bekas sunglass Daddy, buka lipatan sunglass (saat paling mendebarkan untuk semua orang, takut patah!) dan hulurkan pada Daddy. Without fail. Setiap masa, siang mahupun malam, sampaikan Daddy terpaksa memandu dengan memakai sunglass di atas dahi pada malam hari demi memuaskan hati beliau T__T

Bila Abang sebut "Nak air", tak kiralah Adam Muaz tengah buat apa memang dia tinggal terus dan bergegas cari botol air Abang dan hulurkan, kesian betul tengok sebab dia betul betul look up to his brother, bersungguh sungguh berusaha agar dirinya disukai Abang T__T


Saat paling best bila pagi pagi mahu keluar dari rumah dan Mummy tanya, "Siapa nak Mummy dukung diaaaa?" dan Adam Muaz akan menjerit angkat tangan, "Aye!!!"

Paling comel di dunia :')

Paling seronok bila ditanya, "Adik sayang Ammi ke tak?", dia akan cakap "Anyak! (banyak!)" sambil kembangkan kelima lima jari. Dan kemudian mesti Daddy akan sibuk tanya juga "Adik sayang Daddy tak?" dan Adam Muaz jawab... "Hmmm.."

HAHAHAHAHAHA.

Yelah yelah dia akan jawab dengan cara yang sama juga kalau Daddy tanya dulu dan Mummy tanya kemudian. 

"Sayang Daddy tak?"

"Anyak!"

"Mummy? Adik sayang tak Mummy?'

"Hmmm.."

Obviously tak berminat nak jawab soalan yang sama berulang ulang, sabar jelah Adik layan clingy parents macam ni.


Sigh, Adam Muaz. So manja. Tengok Mummy dukung baby orang lain pun dah marah marah, macam mana nak jadi abang ni?




1 comment:

Unknown said...

comellll sgt Adam Muaz..:)