Sunday, March 29, 2015

'Sticker Reward' Untuk Memotivasikan Anak

Dah lama sebenarnya plan nak buat Sticker Reward ni, tapi asyik bertangguh je. Masa Ammar Yusuf baru mula potty train dulu pun ada buat sekejap, tapi tak ada lah guna sticker pun, guna tanda biasa je. Just to take note how many times he used the toilet, not as a reward pun.

Bila Rajiah buat entri pasal sticker reward recently, terasa nak cuba juga. Sebabnya... kami berdua ni, kadang kala rasa macam.... dah kehabisan idea macam mana lagi cara untuk mendisiplinkan anak anak ni. Daripada selembut lembut cara 'Naughty Corner' yang mana apabila mereka berkelakuan nakal kami suruh berdiri di sudut tepi rumah mengadap dinding untuk beberapa minit, sehinggalah cara yang lebih ganas seperti threatened to throw all the toys if they refused to clean up after playing dan kurung dalam bilik stor kalau dua dua bergaduh---both anak aku pernah kena dengan bapak dia hahah, ala tak sampai seminit pun dalam tu, just so they get some idea what awaits them if they don't behave :p. Well, we're just trying to be good parents sometimes we went overboard, forgive us, dear sons.

So earlier this week, my husband and I had a discussion and set up some ground rules for them to follow dan kalau mereka ikut aturan yang telah ditetapkan itu, mereka akan dapat sticker at the end of the day. Rules yang ditetapkan itu, adalah perkara basic yang kami dah lama mulakan selama ini, cuma belum diikuti secara berdisiplin oleh anak anak saja.


Dan ini adalah hasil experiment selama seminggu. Perkara paling atas, dan paling bawah, langsung tidak berjaya T____T

Hari pertama tu, balik je kerja aku terus panggil anak anak duduk dan terangkan fungsi untuk setiap row and column. Ammar Yusuf mendengar dengan penuh minat, Adam Muaz... well I think he was more interested to chew the stickers. Selepas selesai briefing, Ammar Yusuf punyalah bersemangat, setiap peraturan dipatuhi dan sebaik sahaja berjaya buat salah satu perkara yang disenaraikan di dalam jadual itu, terus saja dia minta sticker. He played nicely with his brother, dengar je azan Maghrib dan Isya' terus ajak Daddy solat, dah siap solat terus ambil Iqra' dan minta diajarkan, selesai mengaji terus dia pergi ambil school bag siapkan homework pula. Oh anyway I bought some exercise books to teach him to write long time ago. 

Here's a sneak peek of what's inside the book.


I think this book is quite good, dia tak terus suruh tulis ABC, dia ajar dulu cara buat straight lines, curves, zigzag, etc., supaya anak anak belajar cara memegang pensil dengan betul terlebih dahulu. I call this as his homework, Mummy balik je kerja, lepas solat dan mengaji bolehlah buat homework.
Hari pertama mengaplikasikan sistem Sticker Reward ni, it went so well and I was so happy, wow this method really works (although I feel like having a lump in my throat to say that "Lepas solat bolehlah dapat sticker", it sounds not right kan....?).

Adam Muaz pula... well, he didn't understand that he needs to earn the sticker by being a good boy, he only knows that he should have the sticker no matter what. So, I just put some in his chart when he saw that I stick to his brother's, just to avoid him throwing tantrum.


I didn't do this often anyway, yelah nanti Ammar Yusuf rasa tak adil lah adik tak buat apa apa pun dapat juga stickers. Tak apalah, Adam Muaz besar sikit nanti Mummy explain semula (praying hard he'll understand).

Hari kedua, dia dah mula acuh tak acuh. Mungkin sebab mengantuk nak tidur sebab pengasuh cakap dia tak tidur siang sangat pun. He picked a fight with his little brother, refusing to clean up his toys after playing, belajar Iqra' pun main main. Mummy was so frustrated lepas je ajar mengaji terus masuk dalam bilik tutup pintu giving both of them (three, including their father, unfortunately) a silent treatment. Maybe I was looking for perfection, maybe I was putting too much hope, or maybe I was just too tired. I feel bad after that and decided to cut myself some serious slack the day after.

Day 3, aku lebih rileks. Lepas solat, ajar mengaji, bila dia dah start main main I simply said, "Okay Abang dah taknak belajar lagi kan? Sadaqallahul'azim" terus tutup buku dan buat perkara lain. He seemed surprise, I just want to save myself from being a monster and it's not so bad after all.

What I can conclude is, 'Sticker Reward' method is good. I still agree that it is good to motivate our children to be a better person by rewarding them. Sedangkan kita orang dewasa pun akan lebih termotivasi jika diberikan ganjaran atas usaha kita, betul tak? Cuma, aku rasa cara ini lebih sesuai untuk digunakan jika kita merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. You know, being a working mom, pulang je dari tempat kerja, we are constantly torn between spending a real good time with our children, or disciplining them. You cannot do both, okay maybe you can, but it's not easy. Kita ada 4-5 jam bersama mereka selepas waktu bekerja, waktu itulah yang kita nak habiskan masa dengan mesra, kissing and hugging, tanpa marah marah. Kalau waktu itulah kita nak buat semua perkara mendisiplinkan anak anak, kita takkan dapat that quality time. Kita akan jadi guru disiplin yang sangat garang instead, or maybe it's just me. I'm trying to be realistic here. Aku taknak anak anak aku membesar hanya mengingati perkara yang menyedihkan tentang aku.

What I do now is, to take it easy and just go with the flow. Kalau aku ajak anak buat homework, tapi mereka lebih berminat untuk mewarna (instead of menulis), aku ikutkan sahaja. Kita mewarnalah sama sama. Kalau aku suruh anak anak kemas toys selepas main dan mereka buat acuh tak acuh, senang saja, kira sampai tiga dan collect semua toys yang berselerakan itu masukkan dalam plastik besar dan letak di luar rumah (konon sudah diberi pada anak jiran, later in the morning we take it back and simpan dalam almari); my husband did this once the other day, pucat lesi muka anak anak aku terkejut depa ingat bapak depa ugut main main sekali betul betul HAHAHA padan muka. Tengah belajar mengaji tiba tiba dia sengaja tukarkan 'ba' jadi 'jim', 'alif' jadi 'ta' walhal dia memang sudah tahu, aku terus berhenti saja. What he did right, I'll reward him with stickers, otherwise I'll just explain that you cannot have the sticker because you don't obey the rule, hopefully he understands.

Aku still akan terus menggunakan cara ini sementara boleh, at 1 point kita kena berhenti juga sebab cara ini bukannya berkesan untuk semua peringkat umur. Akan tiba satu tahap yang dia kena tahu yang dia perlu bersolat kerana itu adalah kewajipannya sebagai seorang Islam, bukan untuk memperoleh sticker. Dia perlu berkata baik dengan ibu bapa dan adik-adik kerana berkata baik adalah sifat seorang Muslim dan Mukmin, bukan untuk mendapatkan sticker.

Aku percaya, semua orang mahukan yang paling baik untuk anak anak. But I really think that we should give ourselves a break too, tarik nafas, bertenang. Biarlah anak orang lain yang sebaya atau lebih muda dari anak kita nampak awesome kebabom pun, tak apa. A slow start is still a start; afterall, it is not how we start, it's how we end, kan?


Tuesday, March 10, 2015

Omelan Berat Badan

Aku ini entah mengapa (eleh entah mengapa konon padahal dah tahu kenapa) mengalami kenaikan berat badan yang mendadak. Tidaklah mendadak, tapi daripada 55kg masa raya tahun lepas sekarang sudah 60kg (malah pernah mencecah 62kg seketika), itu kira melampaulah juga.

Bila aku mengomel tentang kenaikan berat badan, semua orang pun be like "Boring betul orang kurus mengadu gemuk ni." I'm not trying to be a bimbo okay, dengan ketinggian aku 160cm, berat badan aku tak seharusnya melebih 58kg. So now, for the first time in my life (tolak waktu pregnant), I am OVERWEIGHT.

Being overweight is no fun. Ada satu pagi tu aku cuba pakai baju kurung aku 2 tahun lepas, kain tak boleh zip! Sampai H kena tolong tolakkan lemak lemak berlebihan di bahagian itu dan aku berusaha tarik zip ke atas it wasn't funny okay T______T.

Tambahan pula, aku ini ada satu tabiat buruk. Aku akan berusaha gila gila menurunkan berat badan untuk certain occasion saja. Contohnya, hujung minggu ini adik aku nak bertunang, dan 2 minggu lagi kawan baik aku nak kahwin, so aku akan pulun berdiet selama dua minggu untuk kelihatan cantik pada majlis tersebut. My colleagues dah faham benar, kalau aku cakap I'm on diet diorang terus tanya, "Ada apa apa majlis ke nanti?" Hahah. Habis je majlis, diet itu terus aku lupakan sama sekali. So berat badan aku macam yo-yo, sekejap turun mendadak kemudian naik back to normal, in this case, back to overweight again.

So this week I've started my Atkin's Diet (again). The last time I was on this diet is August last year, masa tu aku pulun kuruskan badan untuk H punya graduation day. Apa benda entah aku ni. So bermula semalam, I've warned my husband,

"2 minggu ni B buat Atkin's tau. Strictly Atkin's diet"

He replied, "So B pun akan jadi strict la ni?" Huuu. The last time aku buat Atkin's Diet ni I was like an angry woman all the time kot. Being on diet makes you unhappy. Yelah, siapa yang boleh bergembira bila terpaksa buat catuan makanan kan?

It sucks being overweight. Last weekend I went to sewing class (Bucket List No.2 - Checked! Will update on that later), having to measure my own body from top to toe really makes me depressed. Oh my God. Besarnya ukuran badan akuuuuuu. I managed to sew a baju kurung moden, it looked quite okay on the mannequin but when I put it on, I feel miserable. Tak cantik T___T

I'm trying to focus on being healthy instead of being skinny. I won't be skinny anyway, tak ada dalam genetik keluarga aku yang skinny pun (blame the genes again :p). Bila berat badan berlebihan, kita akan rasa lemau je, macam takde energy, buat benda sikit pun dah macam termengah mengah. Dah lama tak buat aktiviti sihat, time constraint sekarang ni padat sangat dah jadual harian. 

H kata janganlah stress sangat. Stress ni akan buat kita makan lebih banyak sebenarnya. Love your body now while working on my dream body. Boleh keeeee??



Monday, March 9, 2015

My Tudung Style: Now and Then

Growing up, aku dah pernah cuba pelbagai cara mengenakan tudung. Maklumlah dari darjah 1 dah pakai tudung. Dari se-selebet punya style sampailah yang agak senonoh sedikit.

1. Tudung Bawal



 Style yang paling lama dipakai. Tak lapuk dek hujan anyway style ni, sebab sampai sekarang orang masih pakai tudung bawal. Kesian betul zaman dulu hanya bergantung pada tudung bawal, susah okay pakai bawal ni. Salah kelepet sikit, memang seharianlah tudung kau senget benget.

Tudung bawal sudahlah susah dipakai, mahal pula tu. Ingat lagi masa kat UiTM dulu selalulah kirim tudung bawal dari kawan yang tinggal di Terengganu, konon kat sana boleh dapat bawal berkualiti dengan harga murah. Tapi okay la, memang berkualiti pun, harga pun okay juga. Around RM30-40 sehelai.

Sekarang masih pakai lagi, tapi tak pernah beli lagi dahlah. Ulang pakai yang lama lama, kalau ada mood la. Macam dah tak reti nak pakai sekarang pun ada juga, sebab dah lama tinggal.

2. Tudung Awning

Lepas bawal, orang mula menggilai tudung awning. Padahal asalnya orang Indon je pakai tudung awning ni. Paling top masa tu, of course la Ariani. Tapi mahalnyaaaa la. Aku pernah beli sekali dua je. Sebab mahal. But yes, senang dan pantas memakainya.


My first Ariani. Jakun betul first time beli terus blog kan HAHA carilah kau kat entri lama lama dulu, tak semenggah betul perangai. RM60 buy 1 free 1. Kira harga diskaun la tu gila ke apa plain hitam pun boleh sampai RM60.


Aku panggil tudung indon je sampai sekarang pun. Dulu pakai selamba je, sekarang bila tengok balik gambar dulu dulu, mak aih tuanya la nampak sabar jelah laki aku jalan dengan aku masa tu wuuu. Sekarang dah tak pakai langsung kot. Eh ada, untuk emergency orang datang rumah secara tiba tiba. Tak apalah, boleh menyamar jadi bibik.

Ada orang memang sesuai pakai tudung ni, cantik terletak je dengan bentuk muka. But maybe not me. Tak kena dengan aku, nampak tua :(

3. Tudung Syria

Ataupun inner with shawl. Ni pun jenis senang pakai juga, dan lebih murah berbanding tudung awning. Bagi aku, stail syria ni lebih nampak muda, tapi sebenarnya taklah sesuai sangat dengan aku sebab aku jenis pipi tembam *sobs*. Untunglah orang yang cantik pakai stail syria ni, sebab senang dan cantiklah juga jenis ini.



Masa trend tudung syria ni, aku rasa aku beli semua color kot untuk inner dalam tu. Nak nak bila orang start buat inner magic yang boleh bentukkan jadi muncung sikit di depan. Nampak okaylah bila macam tu, takdelah bulat sangat nampak muka aku.

4. Shawl

By far, my favourite tudung ever! Semoga Tuhan merahmati orang yang mencipta shawl ni. Sebabnya, shawl ni dahlah murah, senang dipakai, boleh dipakai dengan pelbagai cara, paling best tak membuatkan kita nampak tua huhu. So far aku dah pakai shawl dengan pelbagai cara.

Stail Aina




All the above adalah style pertama yang aku belajar, dari Aina ex-colleague aku dulu (tudung pink baju putih flower). Hence the name hehe. Tengok, sama kan style tudung kami masa tu sabar jelah Aina aku tiru style dia :p Senang je, lipat kat muka macam biasa, pusing dan pin di tepi.

Stail Adik Ipar



Ini adalah stail yang aku belajar dari adik adik ipar hehehe. Untung okay adik ipar perempuan deret deret, selain boleh belajar memasak membuat kek menjahit (bukan patutnya kau ke yang ajar adik adik ipar kau??), boleh juga belajar cara pakai tudung. This is one of my favourite style. Sebab senang, kemas dan sopan. Rasanya ramai dah tahu pakai style ni kot.

Pari-pari Style




By Raja Nadia Sabrina. Aku suka betul style ni, tapi Raja Nadia pakai lagi cantik la of course dia tu kurus tinggi cantik putih stylish dan sebagainya aku hanyalah melukut di tepi gantang sekadar di pinggiran sedihnya perumpamaan sob sob. But thanks to her for creating this, aku sukaaaaa sangat sebab finally jumpa stail tudung yang sesuai dengan bentuk muka aku. Self-conscious tak habis habis. Aku rasa ramai juga yang suka style ni tapi rasa macam susah je nak pakai, but honestly, pakai tudung bawal lagi susah okayyy. Like seriously. Aku dah pernah upload kat Instagram long time ago on how to style this, tapi ramai yang cakap susah nak ikut sebab pendek sangat duration dia. So I come up with this.



Maaflah kualiti video tak seberapa lantaran pencahayaan bilik yang kurang memuaskan ditambah dengan model yang berwajah kusam (kalau video Instagram bolehlah aku edit bagi nampak flawless kahkah). Dan maaflah kalau panjang berjela sangat explanationnya, sebab aku cuba nak explain semua persoalan yang sering ditanya setiap kali aku terangkan cara aku pakai tu selama ini.

Senang je sebenarnya. Mungkin sebab aku dah biasa sangat pakai. Tapi masa awal awal aku cuba pakai tu 20 minit jugalah mengadap cermin sabar jelah H tunggu. Sekarang zassss 5 minit pun tak sampai. Senang je. Selesa sangat.

Lately aku sebenarnya berminat dengan cara Belle Al-Yahya tu lilit shawl dia, but rasa macam tak berapa kena dengan bentuk muka aku kot. Tak pernah cuba pun anyway, tapi tengok Kakna pakai memang cantiklah. Cantik dan sopan, mungkin sebab sesuai dengan bentuk muka dia. We'll see nanti, maybe one day, bila aku dah ada keyakinan diri sikit.

Hope this video helps :)



Wednesday, March 4, 2015

Brothers

Ahad lepas kami ke majlis aqiqah di rumah cousin ipar aku. Seperti yang telah aku nekadkan sebaik sahaja H habis belajar, apa sahaja undangan inshaAllah kami akan cuba penuhi. Merapatkan silaturrahim, mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Selepas beberapa jam di situ, kami mahu beransurlah, nak ke rumah Mama pula. Sudah hampir 2 minggu tak balik sana. Keluar keluar, H tak jumpa selipar dia. Puas dicari, puas ditengok pada kaki setiap tetamu di luar yang sedang makan, tak jumpa juga. Selipar biasa je pun. Mungkin orang tertukar, mungkin nak pinjam pakai sekejap terpakai bawa balik.

H berdiri di tepi, "Dah tu macam mana ni? Kang Abang pakai je kang selipar mana mana kat sini"

Aku kata jangan, nanti cycle tu akan berterusan-- pemilik selipar yang dipakai oleh H akan pakai selipar orang lain, orang lain itu akan pakai orang lain punya pula. Ramai pula yang susah nanti. Teringat Baba dulu masa sembahyang Jumaat ada orang ambil selipar Baba, Baba balik berkaki ayam je sebab tak mahu menyusahkan orang lain. Jalan kaki pula tu dari masjid ke rumah! That's my father. Lelaki paling baik di dunia :')

"Tak apalah, nak pergi rumah Mama je pun. Nanti kat sana pakai la mana mana selipar untuk sementara"

So H pun masuk la kereta dan drive ke rumah Mama berkaki ayam HAHA. 

Dalam kereta, Ammar Yusuf (yang sangat menyayangi bapanya -____-") kelihatan tidak berpuas hati, 

"Kenapa orang ambil selipar Daddy?"
"Kesian Daddy tak ada selipar"
"Orang tu suka selipar Daddy ke?"
"Orang tu takde selipar ke?"

Melihatkan Ammar Yusuf yang runsing dan bertanya tanpa henti, H pun cakap,

"Kesian kan Daddy, macam mana Daddy nak jalan ni..."

Ammar Yusuf diam. H mula mengusik,

"Abang dukung la Daddy.. Kalau Abang tak ada selipar Daddy selalu dukung Abang. Ni Daddy takde selipar, Abang dukung la Daddy pulak.."

"Mana boleh! Abang kan small," ketawa ketawa Ammar Yusuf menjawab.

"Abang kata Abang dah big boy? Bolehlah dukung Daddy kan?" aku menyambung.

Ammar Yusuf diam sekejap seperti berfikir dan tiba tiba memberi cadangan, "Mummy jelah dukung Daddy."

"Kenapa Mummy pulak?" aku tanya.

"Sebab.... Mummy dengan Daddy kan brothers"

T______T


So, we are brothers =))))