Tuesday, May 19, 2015

Kuasa


Anak bujang aku dua orang tu sekarang sangatlah obsessed pada Ultraman. Macam macamlah nama Ultraman ini. Neos, Cosmos, Zero, Tiga, Taro, Mebius..... Semua dah habis hafal dah. They can even differentiate which is which, contohnya Ultraman yang bertanduk adalah Ultraman Taro, Ultraman yang warna biru adalah Ultraman Cosmos. This boys..... Cannot blame them, though. I also had that kind of obsession when I was a little girl. Zaman aku dulu ada satu saja Ultraman rasanya, Ultraman Ace namanya. Gabungan Hakuto dan Minami, jadilah Ultraman Ace. Ala takde siapa ingat keeeee???

Ada satu malam tu, kedengaran Ammar Yusuf menjerit sambil berlawanan, "Ambik ni! Kuasa Ultraman!'

Kuasa.

Entah kenapa terasa lain macam sikit mendengar perkataan ini digunakan untuk Ultraman.

You know, sewaktu kami kecil dulu, kami semua telah diterapkan yang hanya Allah sahaja yang berkuasa. Makhluk lain semua tiada kuasa. Allah yang mematikan, Allah yang menghidupkan. Even kita kerdipkan mata pun, atas izin Allah. Perkataan kuasa tu dari dulu lagi, memang aku hanya gunakan untuk Allah sahaja. Allah yang Maha Berkuasa.

Teringat ada suatu hari tu, kami adik beradik sedang bersiap untuk makan. Waktu kami kecil dulu, kami adik beradik makan dari dulang yang diisi nasi dan lauk di tengah tengah. Semua orang dah ada, baru boleh makan. Mesti makan bersama sama, sebab lauk adalah limited lantaran adik beradik yang ramai. Kalau contohnya Mama masak lauk udang, awal awal lagi kami telah diberitahu, udang boleh diambil seorang 4 ekor saja. Contohnyalah. The beauty of having so many siblings, well, kinda missed that moment now :')

Okay, anyway, sebaik sahaja nasi dihidang panas panas, one of my brothers terus ambil nasi dan kemudian menggelupur panas, terus saja dia minta kicap.

"Nak kicap, nak bagi nasi cepat sejuk sikit," katanya. Entah apa kaitan kicap dengan nasi cepat sejuk, mungkin kicap yang diambil dari peti sejuk lalu dituang pada nasi akan membuatkan nasi terasa sejuk, I don't know.

Mendengarkan itu, terus saja aku memarahi beliau.

"Bukan kicap yang bagi sejuklah, Allah yang bagi sejuk! Kan Mama kan? Allah je yang ada kuasa kan?" Tak ingat pula apa reaksi Mama ketika itu.

There I was... so pure, so innocent. Tingginya keyakinan bahawa hanya Allah yang berkuasa ke atas segalanya. Segala yang berlaku atas muka bumi ini adalah atas izin Allah. Bila teringat betapa sucinya hati ketika itu, terasa pahit dalam hati. Apa sudah jadi dengan diri aku ketika ini.... Dan macam mana aku nak tanamkan dalam hati anak anak aku perkara yang sama, yang segala yang berlaku adalah dengan keizinan Allah. Rezeki dari Allah, sakit dari Allah, sihat dari Allah.

Kanak kanak seusia tu, hati mereka bersih. Senang je sebenarnya nak terapkan nilai nilai itu dalam diri mereka. Sayangkan kalau kita tak bentuk mereka seawal itu? Sebab apa yang aku nampak, kalau dari kecil kita diajar perkara perkara yang baik dan dibentuk dengan asas asas agama yang kukuh, bila meningkat dewasa dan biarpun bercampur dengan anasir anasir lain, kita takkan tersasar jauh sangat, inshaAllah. Susah nak jadi jahat sangat, hanya setakat nakal nakal biasa saja. Itu apa yang aku nampaklah.

I'll try harder, inshaAllah.


1 comment:

adda syuhada said...

ehhh sama la anak kiter....anak sy klu mak dia ni bebel2 ckit...terus angkat tgn mcm otomen...konon2 nk fire mak dia nih...