Hujung minggu baru baru ini kami menghabiskan masa di rumah ibu bapa; Sabtu di rumah ibu bapa aku dan Ahad di rumah ibu bapa H. Kelebihan berkahwin dengan orang dekat. It feels so nice, family bonding is so important to me. Aku sangat berharap anak anak aku membesar rapat dengan keluarga kedua dua belah pihak.
Well anyway, Sabtu itu, sampai sampai sahaja di rumah Mama Baba, selepas bersalaman, Baba secara berseloroh bertanya pada Ammar Yusuf.
"Ammar puasa tak ni?"
Ammar Yusuf hanya tersipu sipu. Masih segan segan dengan Grandpa dia.
Sambil tersenyum, Baba berkata,
"Semalam Baba dengar ceramah kat masjid... Ustaz tu kata, orang sekarang ni ramai yang bersungguh sungguh ajar anak puasa. Kecil kecil dah dipaksa puasa... Tapi tak ramai yang tekankan pasal solat. Padahal solat yang lebih perlu ditekankan. Solat yang lebih perlu dipaksa..."
Diam seketika,
"Sebab itu ada orang yang sampai dah tua tua pun, bila masuk bulan Ramadhan, puasa memang tak tinggal. Cukup sebulan. Tapi... tak solat...."
Kami semua mengangguk-anggukkan kepala perlahan.
.
.
.
.
.
.
"Sesungguhnya yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya, jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla Berfirman:
'Lihatlah (wahai para malaikat) apakah hambaku mengerjakan solat sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?
Kemudian jika hambaku menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu."
(Sahih Tirmidzi, Ibnu Majah no. 193, 1425, 1426)
Jadi kalau ada kawan yang berpuasa tapi tak bersolat, janganlah pula kita suruh dia berbuka puasa dengan beranggapan puasanya hanya sia-sia, tapi ajaklah dia bersolat. Kita perbaiki diri sama sama jom!