Monday, July 13, 2015

What You Give, You Get Back

Seeing this quote this morning really make my day. 
Berilah apa yang paling kita ingin terima.

Mahukan kebahagiaan, berilah bahagia pada orang lain.
Mahu suami yang terbaik, jadilah isteri yang terbaik.
Mahu kaya, berilah kekayaan pada orang lain.
Mahu didoakan yang baik baik, kita perlu mendoakan yang baik baik untuk orang.

Satu yang aku rasa perlu untuk ditekankan. Tentang sumbangan harta benda (pakaian, peralatan, etc) kepada yang memerlukan. Aku rasa penting untuk kita sedar, yang mereka juga adalah manusia seperti kita. Jadi berilah apa yang kita sendiri ingin terima. Pakaian contohnya, berilah pakaian yang elok. Elok bagi aku adalah bermaksud pakaian yang sangat elok tapi mungkin dah tidak lagi up-to-date, ataupun baju yang masih sangat elok tapi tidak lagi padan dengan aku. Contohnya baju kurung lengan puff di siku yang bagi aku sudah ketinggalan zaman tapi baru dipakai sekali dua ketika sedang in-trend, contoh saja. Atau baju kurung yang sudah tidak dapat lagi dikancingkan kainnya *sobs*. Daripada aku simpan dan terus berhalusinasi akan pakai setelah kurus kelak, baiklah aku sumbangkan pada orang. Baju yang elok ya. Baju yang aku sendiri sanggup untuk pakai. 

Janganlah bagi pakaian 'elok' sekadar tidak koyak tapi sudah lusuh, warna sudah tidak semenggah, dengan beranggapan "Masih elok lagi ni, alah untuk orang miskin kira dah okay lah ni". Jangan. Niat kena betul, kita mahu menggembirakan orang atau sekadar mahu membersihkan wardrobe? Sumbangan untuk perkahwinan juga, janganlah kita beli sesuatu yang for the sake of bringing a gift. Berilah sesuatu yang kita sendiri akan gembira menerimanya. Dah jadi satu hal pengantin nak kena recycle hadiah itu pada orang lain pula :p Paling senang, sumbangkan duit sahaja. Ataupun cukup kita menghadiri majlis dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin.

Berilah sesuatu yang baik pada orang, ikhlas lillahita'ala. InshaAllah kita juga akan dibalas dengan sesuatu yang baik berkali ganda.


1 comment:

Unknown said...

I pernah kasik pregnancy test hahaha. Sampai sekarang member tu ingat, paling syahdu, first pregnanct dia guna test i hadiahkan. No matter kan murah ke mahal janji ingatan tu. Dan ikhlas. Dan idea bagi baju baby kat pengantin. Hahaha seronok tengok bila hadiah kita di ingati.