Friday, September 11, 2015

"Untuk Pengajaran Semua"

Baru baru ini terklik video lelaki pedophile yang cuba abuse budak lelaki kat shopping mall at Twitter (I usually avoid seeing that kind of video). Have you seen the video? Lucky you didn't, because it really makes me feel so sick in my stomach I want to vomit already, knowing that someone actually recorded the video instead of trying to save the boy immediately.

Sebelum itu, tidak lama dulu viral di Facebook pasangan yang baru bernikah bersolat dengan baju nikah yang sendat dan kedudukan sebagai makmum juga salah. The person who has the photos mesti tahu perkara itu adalah salah, but instead of come closer the newly weds, talk to them nicely BEFORE that incident happened and save both of them a lot of embarassment, he/she decided to capture a photo and shared it to public, konon atas niat SEBAGAI PENGAJARAN.

You see the trend nowadays;

Nampak kemalangan jalan raya, segerombolan orang datang berkerumun tapi seorang dua (itupun kalau ada) yang menolong, yang lain lain datang just to take photos. SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA ORANG LAIN.

Nampak bayi/kanak kanak didera, instead of trying to stop the abuse, kita ambil gambar dan viralkan. SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA ORANG LAIN.

Lepas ini apa? Nampak perempuan dirogol beramai ramai, ambil gambar dan viralkan?

Nampak budak hampir lemas, kita ambil gambar dan viralkan?

Sampai bila kita nak terus mem'viral'kan kejadian yang hakikatnya boleh dicegah dengan segera dan menyelamatkan ramai orang, dengan alasan SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA ORANG LAIN?

Berapa ramai nyawa yang perlu dikorbankan agar orang lain mendapat pengajaran?
Berapa banyak maruah yang perlu digadaikan agar orang lain mendapat pengajaran?
Berapa banyak hati, perasaan dan kegembiraan yang perlu dimusnahkan, hanya agar orang lain mendapat pengajaran??

Kita sekarang ni, macam dah hilang perikemanusiaan. Dah tak ada rasa simpati dan tak ada sense of urgency to help people immediately. Perkara pertama yang terlintas di fikiran bila ternampak kejadian berlaku depan mata--ambil gambar. Untuk pengajaran semua. What happened to the values of humanity?

Jangan sampai mangsa kejadian buruk yang kita rakamkan itu turns out to be our loved ones, baru kita nak menyesal. Nauzubillah. 




4 comments:

Unknown said...

Akak tengok video tu. Rasa nak tendang si pedo tu. Tapi yang tukang rakam tu, rasa nak ketuk kepala dia dengan kayu

Husna Hadzarami said...

Exactly. It was so sick!

Ayuni A. said...

Uggghhhh nasib baik I tak tengok. I pun tak paham kenapa orang suka nak viralkan benda2 macam ni. Konon je nak jadikan pengajaran, padahal suka share benda sensasi. Kalau betul nak jadikan pengajaran, ada je cara lain.

Husna Hadzarami said...

Craving for 'likes', 'comments' and 'shares' je sebenarnya. Nasib baik you tak tengok, memang rasa nak muntah and tak boleh brain apa perasaan orang yang rekod tu, takde ke rasa nak pergi terajang terus orang jahat tu? Geram je I.