Thursday, October 29, 2015

Dinner With Colleagues

Tahu tak siapa golongan yang paling penting dalam hidup kita (after your family, of course)? 

Yes, your colleagues! It is very important to have a good relationship with your colleagues, because you spend most hours in your day with them. Bayangkan kalau kita tak baik dengan rakan sekerja, sekurang kurangnya 8 jam sehari kau kena mengadap dia, tak ke stress kehidupan?

Alhamdulillah, tiga tempat yang aku pernah dan sedang bekerja sekarang (maybe 4 kalau termasuk internship), I have a very close relationship with all my colleagues and I am still keeping in touch with most my former colleagues (I am still in their WhatsApp group!). Sebenarnya ini perkara asas kehidupan je, berbuat baiklah dengan semua orang tak rugi pun.

At my current workplace now, geng aku ada lapan orang yang mana mostly sebaya 18 tahun hahaha yelah yelah gurau pun tak boleh, okay mostly sebaya 30 tahun, cuma ada seorang bawah umur (25), Yaya dan seorang terlebih umur (rahsia), Kak Wan.


All 8 of us.

Once in a while after office hours, kami akan plan untuk dinner/hangout together release tension, eleh once in a while konon padahal baru 2 kali je tahun ni hehe.  And ada sekali kami 4 orang ambil cuti, pergi Sunway Lagoon best gila!

So petang semalam, 4 of us decided to go out having a dinner. Plan buta buta je dari last week, sekali lepas lunch gaji masuk daripada plan nak makan je and bawak bekal air terus tukar order air mahal kahkah. Kesian kami ni, warga jimat cermat :p

Lepas pusing pusing tak tahu nak makan mana, we settled for NY Steak Shack IOI City. None of us pernah makan kat sini so there we go, prinsip utama bila hangout adalah cuba restoran yang tak pernah cuba, barulah boleh merasa benda baru tak adalah ulang ulang benda yang sama je boring.



Pilih menu. They all chose ribeye steak tak salah, and I chose lamb chop. Air aku ambil banana milkshake chocolate sedap gila.



Sebelum makan. 14 kali juga kami panggil waiter untuk tolong ambil gambar kahkah harap mereka bersabar.



Konon konon kami plan nak cuba dua restoran; satu untuk dinner and satu lagi untuk dessert, hmmmmphh takde maknanya! Kat sini je dah sangat sangat kenyang! Sampai masing masing minta tolong sesama sendiri untuk habiskan makanan masing masing padahal bukan order banyak pun. Main course dengan air je..

Lepas makan, jalan jalanlah. Dah lama tak jalan dengan kawan kawan. Seronok rasa.



Me and Ayuni. Tahu tak sejak aku kerja sini, tak kurang 5 orang pernah cakap yang kami ni seiras. Paling kelakar pernah ada satu kali dulu aku jalan masuk satu department, tiba tiba ada orang tanya,

"You tadi ada datang kan? Eh tadi macam baju warna lain..."

Yekeeee samaaaaa. Untunglah kalau sama, maknanya aku sama skinny dengan Ayu la kahkahkah janganlah geli.



Maafkanlah kami warga tua yang gila bergambar ni. Bukannya selalu dapat kebebasan begini *sobs*.

Balik balik orang yang sama je pegang kamera dan jadi watak gergasi paling besar dalam gambar, lalu kami dimarahi dan membuat keputusan untuk bergilir gilir jadi monopod untuk selfie.


Gergasi Ayu.


Puteri raja bahaha nasiblah blog aku :)))


Gergasi Rina berbadan dua.


Gergasi Kak Wan. Paling comel.

It was a very fun evening for all of us. Should've done this more in future, sekali sekala melepaskan tekanan bekerja seronok juga kan? ;)


1 comment:

Norma NML said...

seronok kan dapat keluar makan ramai2 mcm ni :)