Wednesday, January 20, 2016

Dakwah Terbaik


I came across this photo on Facebook and somehow I feel so related to me.

Well, honestly I am far from a perfect Muslimah, banyak sangat yang perlu diperbaiki you know, dari segi berpakaian, tutur kata, amal ibadat, haih memang banyaklah kekurangannya. I love dressing up, I don't have confident to go out without my make up on, I wear perfume, I'm not a soft kind of people (I get angry easily and I tend to raise my voice to get the things done be it at my workplace or at home I'm sorry) but I know what I did is not so right and everyday trying my best to be a better person than yesterday. My parents raised me well but as I grow up and get to connect with all walks of life memang senang benar terpengaruh tapi rasanya tak adalah jadi budak jahat sangat syukur juga so do not blame it on my parents. Slowly but surely, aku memang berazam untuk ke arah kebaikan biarpun sehari seinci sahaja perubahannya.

Satu hari tu, one of my colleague send an email inviting all of us to join a religious talk at Pertubuhan IKRAM Malaysia which located just in front of our office. Itulah kali pertama aku tahu yang di situ rupa-rupanya memang selalu ada ceramah agama untuk wanita pada hari Jumaat during lunch time. Dalam email itu memang dah attached sekali pamphlet untuk ceramah itu, yang bertajuk Kecantikan Wanita Untuk Siapa? Baru baca tajuk aku dah rasa tersindir HAHAHA. I agreed without hesitation, tapi dalam hati rasa segan segan juga yelah buatnya nanti kena sindir di khalayak ramai, kan ke malu.

Tiba hari Jumaat itu, I dress a little bit more modest that day (tapi memang Jumaat aku selalu berjubah/berbaju kurung pun) but I still put on my make up as usual, berdebar debar pergi tempat itu, disambut dengan hampir semua yang bertudung labuh yang memang betul betul labuh tahap tak nampak siku pun tu tahu? Aku punya shawl memanglah tutup dada tapi kat bahu aku memang pin kan ngam ngam kat bahu je untuk nampak kemas, ingatkan dah cukup sopan dah sekali masuk masuk whoaaaaa muslimah sejati betul semua orang kat sini...

Tapi satu yang buat aku sangat sangat impressed dan teruja, they never make people like us feel so out of place. 

Mereka tidak berbisik bisik sesama mereka sambil memandang ke arah kami.
Mereka tidak menyindir nyindir pakaian kami.
Mereka tidak memandang kami dengan pandangan yang membuatkan kami berasa tidak selesa.

Malah mereka menyambut dengan wajah yang sangat manis, beramah mesra bertanya kami dari mana dan terus menunjukkan arah untuk kami mengambil tempat tanpa membuatkan kami terpinga pinga tak tahu nak ke mana. Yelah kami kan orang baru, yet they never treat us like "Hah duduk depan bangunan ini je pun sekarang baru nak nampak muka??"

In fact masa ceramah yang bertajuk Kecantikan Wanita Untuk Siapa itu pun, tidak ada sekali pun aku rasa tersindir, atau rasa rendah diri, atau rasa dimalukan secara tidak langsung dengan apa yang diperkatakan. I feel so warm, I feel so welcomed, I feel so connected to other people yang hampir setiap Jumaat menghadiri kuliah itu. Mereka juga tidak menyindir orang lain yang tidak menghadiri kuliah Jumaat itu dengan ayat seperti "Biar orang lain pergi shopping membuang masa, kita jangan tergolong dalam kalangan mereka, kita bertuah sebab datang ke kuliah ini blablabla". Mereka tidak menghina. Mereka tidak menggunakan ayat yang menggambarkan diri mereka lebih baik dari orang lain yang tidak berada di situ.

Dengan cara itu, memang hati kita sangat rasa terbuka untuk menerima apa yang diperkatakan, kita akan lebih bersemangat untuk mengubah diri ke arah kebaikan. Itulah dakwah yang paling baik bagi aku. Kita berdakwah dengan cara berhikmah, kita berdakwah dengan menunjukkan betapa mulianya agama kita, kita berdakwah tanpa mendiskriminasi latar belakang mahupun gaya hidup seseorang itu. We make people feel so welcomed, we don't make people feel unwanted and undeserving. Sebab percayalah, orang orang yang tidak sempurna seperti kami ini, memang sentiasa rasa rendah diri dan seolah olah tidak layak berada di tempat tempat yang mulia itu dan kita perlu diyakinkan yang majlis Allah itu untuk semua orang, rumah Allah itu untuk semua orang, bukan hanya untuk ahli ahli agama sahaja.



Me and Ayuni during our third time here. Aku pergi kuliah Jumaat ini biasanya dengan Ayuni inilah. Gila gila budak ini, jenis loud dan berterus terang je kalau tak suka apa apa tapi aku tahu hati dia baik and dia rajin buat sunat Dhuha. Eh tetiba puji budak Ayu ni dah kenapa =))

Masa ini dapat goody bag contained of these books lepas tu tiba tiba dipanggil nama sebagai peserta terawal untuk hari itu HAHAHA masa dipanggil nama tu malu betul rasa nak pegi ambil hadiah sebab dalam setahun tu ada 3 kali je kami datang kuliah. Yang bestnya, tak ada langsung ayat dari mereka seperti, "Lama tak nampak muka? Busy sangat ke?" ataupun disindir seperti "Majlis agama setahun sekali je datang, cuba kalau majlis hiburan?". Nothing. No such words. They were so nice, the kind of people I want to be. Maybe I should improve my attendance record last year and be a good 'Kuliah Jumaat' attendees this year, inshaaAllah ;)

Kalau kita lihat di laman sosial sekarang memang menakutkan. Ramai sangat ustaz dan ustazah jadian yang kononnya cuba berdakwah tapi dengan cara menjatuhkan maruah orang lain, kononnya cuba mengubah orang lain tapi dengan cara sindiran dan hinaan, that is not the way, man. Terlalu ramai yang bercakap tanpa hikmah dan berhujah tanpa ilmu, terlalu ramai yang menegur bukan dengan niat yang ikhlas untuk mengajak ke arah kebaikan tapi lebih kepada untuk menjatuhkan air muka seseorang dan merasakan diri sendiri lebih baik dari orang lain. Ianya adalah sangat menakutkan, dan I just know that it is definitely not the way we should be.