Tuesday, April 5, 2016

Busy Days

Phewwww I have been very very busy for the past couple of weeks. Banyak perkara yang berlaku dan most of them are good things alhamdulillah. Setiap malam tidur kepenatan, tapi kepenatan yang puas dan hati yang kembang. Haaa aku begitulah, bila terlalu gembira rasa kembang je hati berbunga bunga, seiring dengan perkembangan badan T_T

Tapi macam mana busy pun, I'm trying my very best to keep the balance right. Whenever I'm at home I try to put aside my handphone (and my husband is forced to do the same too!) and focus on our children, try to keep the house more.... livable haha yelah nak kata rumah very clean and spotless is nearly impossible with the kids around but I try my best to keep the house tidy and at least easy in the eyes. Trying to catch up with H on what's happening in his daily life, still trying to keep up with my fellow Tadarus friends, reciting 5 pages of Quran a day (dah ketinggalan sebenarnya!), and make sure that I apply the basic 3 steps of facial care (cleanse, tones and moisturizes) before I go to sleep. Sekarang ni cuaca panas melampau lampau and we sleep with air-conditioner on every single night sampai ke pagi, jadi memang sangat sangat perlu untuk apply moisturizer/night cream kat muka sebelum tidur untuk mengelakkan kedut sebelum usia huhu scary.

Yang peliknya, bila kita sangat sangat busy kita boleh pula buat semua itu accordingly tau. Faham tak maksud aku? Sebelum ini masa kita tak busy sangat selalu tak sempat nak buat macam macam entah apa yang aku buat pun aku tak tahu, manjang tak sempat je. Bila kita terlampau busy boleh pun kita solat awal waktu, spend masa dengan anak sebaiknya, jaga kulit jaga kesihatan, spend masa mengaji sikit, boleh pula tidur awal and get my beauty sleep. I think when we fully utilized well our 24 hours a day, we tend to appreciate our time more; kita tak lagi habiskan masa buat perkara yang tak berfaedah, kita tidak lagi peduli dengan hal hal yang tidak penting, kita betul betul atur hidup kita supaya masa kita yang berharga itu digunakan sebaik baiknya. Aku memang tidur awal dan pastikan the whole family pun tidur awal, aku pelik dengan orang yang questions "Awalnya kau tidur? Tak remaja langsung". Kita tidur awal sebab nak maintain remaja lah takkan itu pun tak tahu -____-" Aku perlu tidur awal, barulah aku jadi manusia yang lebih baik keesokan harinya. I love myself when I'm busy, rasa kehidupan lebih bermakna dan lebih gembira :)

Anyway semalam masa aku di dapur terdengar perbualan Ammar Yusuf dengan Adam Muaz, yang mana Abang melakonkan watak Mummy (they were playing Lego actually, and apparently one of their Lego character is their mother, must be the big fat robot I saw they created earlier -____-").

"Hai. Nama saya Usna. Saya suka gosok baju. Saya pakai tudung macam ni (entah macam mana dia gayakan). Saya suka pakai losyen. Saya suka masak spagetti"

HAHAHAAHHAAHAHA.

Tergelak gelak aku kat dapur. Aku berhenti buat kerja sekejap, untuk dengar apa lagi yang dia gunakan to describe me, but that was all about it and they changed the subject to something else. It's actually kinda nerve-wracking listening to what your children say about you behind your back, memang agak berdebar jugalah tunggu in case dia cakap,

"Saya suka main telefon" or
"Saya suka marah marah"

You know, benda benda yang kita selalu buat dan rasa bersalah kemudiannya :(

Nasib baik tak ada. Sedih gila kalau anak anak kita describe kita macam tu kan? Budak budak ni, mereka jujur dan hati mereka bersih, mereka akan cakap apa yang mereka selalu nampak kita buat dan kadang kadang kita tak sangka apa yang kita buat tu akan mempengaruhi anak anak kita in some ways.. Itulah yang aku cuba elakkan, dan sebab itu tak kira sibuk macam mana, bila anak minta kita tolong lukis apa apa, I will stop whatever I'm doing and help them with the drawing, bila anak minta bina Lego apa apa, I will do it for them. I want them to know and to feel that they are still very important for me despite my hectic life :')




__________

I forgot to explain how to use the Tissa Advance Hair Tonic in my previous posts. Bila ramai yang dah beli dan tanya cara penggunaan, baru terfikir oh yelah tak pernah bagitahu HAHA. Actually it is just so simple, macam penggunaan tonik rambut lain juga.

1. Buka penutup (maybe you may shake well before open it), semburkan pada bahagian yang berkenaan seperti kawasan yang nampak rambut semakin berkurangan atau kawasan yang sentiasa gatal. Sembur pada kulit kepala ya.

2. Urut perlahan lahan kulit kepala dan biar ianya meresap.

3. Sikat rambut seperti biasa.

Gunakan dua kali sehari, paling baik sebelum tidur supaya dapat bertindak balas dengan kulit kepala kita sewaktu tidur. Kalau pagi pagi tu memang lepas mandi aku sembur itu dulu sebelum mekap dan sebagainya, untuk bagi masa ianya meresap ke dalam sebelum kita pakai anak tudung kan.


Get your own bottle at RM130 by WhatsApp/SMS 016-232 4492 now. Better be safe than sorry :p


No comments: