Thursday, April 28, 2016

Cerita Takaful

Ingat lagi masa habis belajar dan baru bekerja dulu, someone told me that ada dua jenis golongan yang orang takut nak dekat.

1. Orang yang buat MLM
2. Penjual insurance

Pasal MLM, memang aku dah pernah kena dan hampir terlibat tapi alhamdulillah tak terjebak la. Sebenarnya banyak je business berkonsepkan MLM tapi tak annoying sangat dan kita boleh nampak barang yang dibeli. Contohnya jual Shaklee, apa lagi eh, Mary Kay, ni yang aku pernah ikut pergi kelaslah. I mean perniagaan yang kita akan dapat income kalau dapat cari downline yang buat benda yang sama. Jenis yang annoying ni macam yang kena bayar RM5000 tapi dapat satu set pencuci muka (contoh) and then kena cari orang untuk invest tapi tak nampak pun apa sebenarnya yang kita investkan. Tak nampak barang apa pun dan dijanjikan pulangan yang too good to be true selepas berjaya menarik downline yang bertingkat tingkat. Lepas tu modus operandi tak habis merendah rendahkan gaji orang yang bekerja makan gaji, merendah rendahkan orang yang bekerja 9-5pm. Aku tak minat that kind of approach.

That was my experience with MLM.

Talking about insurance, sepertimana ramai orang lain aku juga asalnya memang skeptikal dengan insurance agent. Ada yang jenis call kita cerita polisi cover itu ini, tak ada black and white terus nak suruh kita sign up on the phone. Ada yang jenis nak jual takaful dia, dia buruk burukkan takaful company lain which I don't like, sebab bagi aku kalau kita nak berjaya, jangan memburuk burukkan competitor sebaliknya kita sendiri perlulah berusaha meyakinkan pelanggan yang kita mampu memberikan yang lebih baik berbanding competitor. Ada yang cerita segala yang best best je langsung tak explain terang terang apa makna setiap clause dalam polisi, bila berlaku perkara yang memerlukan kita menggunakan insurance, dia cerita lain pula lagi teruk dia lepas tangan terus. Ada yang orang dah kata taknak pun masih nak paksa ambil juga eh kau ni kenapa?

My first experience with insurance adalah sebaik sahaja Ammar Yusuf dilahirkan. Sebelum itu aku memang tak pernah ada insurance/takaful untuk diri sendiri dan tak pernah aware tentang kepentingan takaful. Dalam seminggu dua selepas Ammar Yusuf dilahirkan, ibu mertua dah bawa seorang ejen takaful ke rumah untuk kami sign up for Ammar Yusuf. Aku memang tak tahu apa sangat, dan aku rasa H pun tak berapa aware jadi kami tengok mana yang murah je and we straightaway signed up. Ejen takaful itu pun tak explain banyak, dia sendiri nampak kekok and inexperience but it wasn't entirely her fault sebab kami pun tak tanya banyak so seronoklah dia senang senang dapat jual. Apa yang aku tahu ketika itu, kita kena ambil takaful secepat mungkin sebaik anak dilahirkan, yakni sebelum anak kita ada apa apa penyakit sebab sekiranya anak kita pernah ada penyakit dan kemudian kita baru nak ambil takaful, polisi takaful itu takkan cover penyakit yang sedia ada/pernah ada.

So we signed up, H bayar tiap tiap bulan without fail tapi tak pernah tahu secara jelas apa yang di-cover. Salah kami sebab tak baca polisi habis habis, bila tiba Ammar Yusuf di-warded-kan rupanya banyak perkara yang tak ditanggung oleh takaful agency itu, so to be safe we opt for government hospital. It wasn't so bad pun government hospital (for Ammar Yusuf's treatment, I actually prefer government hospital for the best treatment), tapi sangat teruk untuk aku sebab tiada tempat tidur yang proper, bersempit sempit dalam babycot with Ammar Yusuf, dalam wad kanak kanak itu ada pesakit yang dijaga oleh bapa so bayangkan dalam wad pun kena pakai tudung nak mandi pun susah wuwuwu sedihnya bila ingat balik.

Bukan salah takaful company, mungkin slightly salah agent yang tak menerangkan secara keseluruhan dan partly salah kami yang tidak bertanya dengan lebih mendalam.

Jadi bila lahirnya Adam Muaz, kami sudah jadi pandai hehehe. Kami dapatkan beberapa quotations from several takaful agencies, we made comparison and finally chose the best for them. Anak anak kami memang dilindungi dengan coverage yang maksimum, in fact kami suami isteri juga under premium coverage yelah kami bukan orang senang sangat, kalau jadi apa apa (nauzubillah), sekurang kurangnya kami dilindungi takaful.

Ramai yang ambil mudah, sebab belum kena. Dan aku dah jumpa ramai yang mula sedar betapa pentingnya takaful ini hanya selepas disahkan terkena apa apa penyakit, malangnya bila kita dah ada penyakit baru nak ambil takaful, tiada takaful yang akan boleh cover penyakit sedia ada. Ceritanya, kita bukan hari ini sign up medical card, esok dah terus boleh mula guna. NO. Setiap medical card yang kita sign up, there's waiting period (usually 4 months) untuk mengelakkan fraudulence. Sebab banyak kes yang hari ni doktor cakap dia ada penyakit, esok dia sign up for medical card dengan harapan penyakit itu akan ditanggung oleh medical card tersebut. Perkara ini bukan semua takaful agent akan jelaskan pada customer, sebab takut orang taknak ambil medical card dengan dia which I think it's unethical. Jadi the policy holder is under impression yang he/she is already protected once he/she already bought a medical card. Bila tiba masa nak guna, rupanya belum boleh digunakan lagi or boleh ditanggung dengan takaful tapi kena bayar guna duit sendiri dulu, jadi perbalahan bermula dan jadi viral yang takaful company ini tak bagus, itu tak bagus. Padahal bukan salah takaful agency, ejen la yang salah.

Semua takaful agency ada kelebihan dan kekurangannya but now we have found the best for us after doing some evaluation and comparison. And here I have a good news for all of you. If you're currently looking for a reliable, trustworthy, awesome, sangat bersifat kebapaan, tak annoying langsung hahaha, and willing to assist you in providing a reasonable price (within your budget) with a good coverage, look no further because my husband now is an AIA Public Takaful Associates Life Planner! :)

Call/WhatsApp/SMS/Telegram Muhammad Hanis at +6016-225 1873 now, ambillah takaful ketika sihat, help us to help you :)


1 comment:

humble.yat said...

setuju sangat husna..suami pun end up jadi part time ejen takaful..alsan sebb senang nak fight utk kes family dan kwn kwn baik..tak nak tertipu mcm dulu dah hehe..
tapi ramai org sedar kepentingan takaful selepas ada sakit..masa tu mmg tak cover apa apa dah kan?

sediakan takaful sebelum hujan..:-)