Wednesday, May 25, 2016

H for Home

So we have collected our new house key yesterday yay! Kawan kawan dok minta tunjuklah gambar rumah tapi segan aih. It is just an ordinary 2,194 sq.ft double storey with 4 bedrooms and 4 bathrooms, but I love the location, I love the surroundings and I pray hard that it will be the best place for our children to grow inshaaAllah.

Keputusan untuk beli rumah di sini memang tak disangka sangka, it was on Sunday last December when we decided nak jalan jalan area sini, pergi show house dan terus book HAHA. Tapi book RM1,000 je pun, depa minta RM5,000 tapi of course la kami nego sampai turun RM1,000. Rumah kami adalah prime unit di mana saiznya adalah slightly bigger dengan balkoni yang lebih besar berbanding unit di lorong lain, and the best part is, kami dapat beli rumah yang hampir siap dengan harga soft launch. You know kan harga rumah adalah berbeza mengikut keadaan rumah itu, masa soft launch lain, masa construction lain, masa dah siap lagilah lain; paling mahal kalau beli rumah yang dah siap lah. So when we managed to get the house with RM100k cheaper than current market value, kami pun taknak lepaskan peluang keemasan dan proceed jelah. Alhamdulillah, rezeki anak anak. Harap harap keputusan kami ini adalah yang terbaik untuk kami sekeluarga.


Sebelum masuk rumah, kami singgah Customer Service office at the post guard where we were given a bunch of key (total of 22 keys!), a welcome souvenir (a thermos), checklist untuk electrical wiring and piping (kena check semua point lampu/kipas/aircond boleh berfungsi atau tidak dan kena buka semua pipe and flush the toilet to make sure the water is running), alatan untuk mark the defect (masking tape and pen) and defect list form. Sebelum pergi tu memang dah baca banyak blog that we have to check everything, the electical wiring, the piping, the tiles, the roof (OMG nak kena naik bumbung ke??), the doors and windows adoi baru baca checklist rasa nak migrain. Nervous betul takut we missed out anything!

Semalam kami diberitahu yang for electrical wiring, piping, other small things like tombol pintu or kunci tak match, kita kena check terus and boleh file for complaint in 2 weeks only. So kena check habis habis sekarang sebelum habis warranty. But for house structure macam tiles tak even, retak di mana mana, warranty cover for 2 years. Part itu lega sikitlah ada banyak lagi masa.

So semalam kami masuk rumah dengan developer punya in-house contractor, check details segala point lampu kipas, ada several defects yang kami dah listkan dalam form tu dan akan diperbetulkan immediately and expected to complete in 5 days.





Aku sebenarnya expect that everything will be perfect during inspection, tapi ada juga problems sikit tapi malas nak stress stress sebab depa akan rectify immediately as long as it still under warranty. Weekend ni kami akan datang lagi with my parents-in-law, pak mertua aku jenis cerewet so harap beliau dapat tolong inspect dengan lebih teliti. Beli rumah ni bukan main main okayyyy, kena very teliti sebab silap hari bulan boleh makan cost ribu ribu nak perbetulkan. Hal rumah kan, takdenya nak puluh puluh ratus ratus, mesti nak makan ribu juga T__T


Aku suka area sini, ada tasik nanti bolehlah pergi jogging ke apa (kahkah jogging konon), ada shaded playground, ada maze garden, memang perumahan dalam taman dan jauh dari hiruk pikuk dunia yang sementara ni eh kau kenapa. Dah selesai our first inspection, kami pergi lunch dan jalan sekeliling untuk tengok sekolah rendah yang berdekatan yelah by the time pindah sini mesti Ammar Yusuf dah Darjah 1. Awal awal dulu we are interested in one private school kat sini, tapi bila tengok lokasi sekolah itu yang terletak di kawasan rumah kedai, potong stim terus adoilah what kinda private school is that? Tapi nanti nak pergi jugalah, jalan jalan surroundings tengok keadaan sekolah itu. Mungkin it is not so bad as it seems. Tak banyak sekolah di kawasan ini, atau mungkin kami tak habis round lagi.

Now kunci dah dapat, ada baaaaanyakkkk lagi perkara yang kami perlu buat satu persatu rasa macam adrenaline rush dah tak boleh fikir benda lain dah. Once rumah tu dah perfect dari segala defects, kami kena terus buat perkara perkara ini;

1. Grill dan tinted for all sliding doors/windows (nasib baik tak banyak sangat pintu tingkap, rasanyalah)
2. Wiring dan install lampu/kipas/aircond
3. Kitchen cabinet and build-in wardrobe (semalam tengok kitchen kabinet kat IKEA paling murah RM10k *pengsan*. Baru tahu harga! Yang rumah sekarang ni dulu kitchen cabinet dan build-in wardrobe parents-in-law belanja huhu).
4. Tempah langsir
5. Furnitures for each room. Kami plan nak lengkapkan bilik satu persatu, means dah perfect 1 bilik, baru beralih ke bilik seterusnya.
6. Furnitures for living room (sofa tak beli baru kot, sofa rumah sekarang tu elok sangat lagi sayang!). Barang lain H cakap tak payahlah bawa pindah, beli je lain sebab dah lama lagipun rumah kecil kami sekarang tidak akan disewakan pun.

Hah apa lagi eh? Betul ke tidak entah susunan kat atas ni. Yang penting, kena kerja rajin rajin dan doa banyak banyak minta Allah tolong. Kalau ikutkan sebenarnya at this moment tak tahu macam mana nak mulakan dan tak nampak lagi mana nak dapat allocation to complete the house, tapi entah kenapa aku optimis je yang mesti akan ada jalannya nanti. Mesti ada rezeki nanti inshaaAllah. Nervousnya aku!


2 comments:

aNgAh_aLiFaH said...

c.a.n.t.i.k

area mane ni husna? 3rd house, fuhhh tahniah....!!!!

Engku Artini said...

tahniah!! bestnya dapat duduk rumah baru.. yang penting boleh jogging okeh.. kih kih..! Anyway i lioke environment dia.. yess playground!