Monday, June 27, 2016

Nak Beli

Muhammad Adam Muaz tu, setiap kali ambil dari rumah babysitter ayat pertama yang dia keluar bila masuk kereta mesti ayat minta dibelikan apa apa. Lepas tu apa yang diminta tu berderet deret pula tu sampai tak cukup nafas dia nak habiskan senarai barangan untuk dibeli.

"Mummy boleh tak Adik nak beli topeng Spiderman, baju Spiderman, selipar Spiderman, topi Spiderman?"

Semuaaaaa yang diminta tu bukannya tak ada, malah dah banyak pun kat rumah tu tahu tak? Adam Muaz ini tak ada lainlah dia tu, sah sah nak bersaing dan menunjuk nunjuk dengan seorang lagi budak kat rumah babysitter tu. Asal budak tu ada benda baru, mesti si Muaz tu pun suruh beli juga sabar jelah aku -____-". Sebelum ini aku rajinlah nak menasihati dia yang semua yang diminta tu kan dia dah ada, tak elok membazir, tak elok menunjuk nunjuk etc tapi dia bukan faham pun. Last last aku cakap "Okay" je setiap kali dia cakap nak beli apa apa, dan dia pun tersenyum tanda puas hati padahal tak pernah pun aku beli kahkahkah. Dia nak kita setuju dengan dia je, bukan nak paksa beli sangat pun. Dengan Muaz ni beranilah aku nak iyakan saja apa dia cakap sebab dia tu jenis cakap je nak itu nak ini tapi tak pernah kisah pun dia dapat ke tidak, tapi kalau dengan si Yusuf tu janganlah kau nak berjanji sebarangan, sampai ke lubang cacing dia tuntut!

Recently bila dia minta apa apa, aku tukar jawapan lain pula; aku minta duit dari dia :p

"Mummy boleh tak Adik nak topeng Tobot X, baju Tobot X, selipar Tobot X dengan topi Tobot X??" (memang itulah senarai yang diminta, nama watak je yang bertukar -__-")

Aku jawab,

"Hah bagi sini duit, Mummy belikan."

Dijawabnya pula,

"Adik takde duit. Mummy kan work, mestilah ada duit."

Senang je awak kan!

Ada satu hari tu aku dengar dia berbual dengan Abang dia,  "Abang, nantikan Adik nak suruh Mummy beli _______(insert senarai yang sama seperti di atas)"

Abang balas, "Aah Abang pun nak suruh Mummy beli _______ (insert senarai yang sama tapi watak yang berlainan)"

Dengar je Abang cakap macam tu terus dia cakap, "Ish habislah duit Mummy nanti!" hahaha tahu pun! Bila dia yang minta minta tak fikir pula duit Mummy habis.

Malam tadi, sedang kami berehat selepas berbuka tiba tiba Adam Muaz berlari lari pegang purse bunga bunga dalam tu ada beberapa keping duit syiling dan ditunjukkan pada aku.

"Mummy! Tengok ni Adik dah ada duit! Tengok ni!" bersinar sinar mata dia tersenyum lebar bagitau. Aku ambil purse itu dan kira berapa banyak dalam itu, adalah lebih kurang 85sen beserta duit syiling Siam hehe. So aku cakap dengan dia, "Haa bolehlah Adik beli topeng Spiderman, baju Spiderman, selipar Spiderman, topi Spiderman kan?" Saja nak uji dia faham ke tidak makna duit ni.

Dia diam berfikir, "Ala tak bolehlah Mummy...". Aku tanya kenapa and expecting him to say something like "Mana cukup duit ni" or "Duit ni sikit sangatlah Mummy" whoaaaa anak aku dah faham nilai duit rupanya! Berbunga bunga hati kecilku.

Sekali dia jawab, "Sebab dah malam, kedai dah tutup.."

T_______T


Cheeky.



No comments: