Wednesday, February 22, 2017

Rambling Post: Mana Lebih Penat

My husband is off for umrah this 2 weeks and I am left with the kids all by myself. Sebelum pergi tu memang awal awal lagi aku dah siapkan diri sendiri dari segi mental dan fizikal, because this is the first time for me ditinggalkan bertiga saja dengan anak without any help. Well my sister and sister-in-law are just one call away but I try my best untuk tidak menyusahkan sesiapa. But of course it comes in handy bila aku perlu keluar meeting, atau bertenang pergi minum dan berehat seorang diri once in a while.... what? I need to keep my sanity too betul tak??

Sebenarnya aku dikira bertuah sebab tinggal berdekatan dengan keluarga dan aku boleh memandu untuk ke mana mana so whenever I feel like losing myself aku bawa je anak anak pergi rumah keluarga. So no complaint here. Taklah susah sangat pun handle dua orang anak lelaki ni, cuma paling susah pun bab kejut bangun pagi untuk ke sekolah jelah. As much as I malas dan kesiannya nak kejut mereka ke sekolah setiap pagi, I'd rather buat juga sebab I need the 8-12pm for myself untuk bekerja. Kalau anak anak tak sekolah, bila masanya aku nak fokus pada pekerjaan betul tak?

Strategi aku adalah, make sure anak kenyang, penat dan tenaga dihabiskan sepenuhnya so mereka akan tidur tengahari dengan mudah dan malam juga tidur awal. So far strategi tu agak berjaya, budak budak ni manusia biasa je perlu makan, minum dan bermain. Bila penat mereka juga macam manusia biasa akan berehat dan tidur. So aku agak tak fahamlah bila dengar mak mak yang cerita susah nak handle anak especially yang usia lebih kurang anak aku, sampai nak makan pun susah pergi toilet pun susah. Kalau baby lainlah cerita. Mungkin mereka salah strategi, atau hidup tanpa jadual. Sebab kalau aku terlari jadual sikit pun memang begitulah juga. So plan your day everyday, inshaaAllah taklah susah sangat jaga anak. Jaga anak sendiri je punnn. Eh terjudgmental pula.

Masalah tak ada Daddy ni, rumah bersepah setiap masa. Sebab sebelum ini around pukul 5 petang mereka akan segera kemas rumah sebab Daddy nak balik work, ni dah tahu Daddy tak balik lama hamboiii bukan main berlengah kemas rumah. Aku awalnya berleter juga sampai tension rasa. Badan penat otak penat. Tapi semalam, lepas solat aku ke ruang tamu. Toys are all over the place. Aku tarik nafas dalam dalam. Sambil berkata pada diri sendiri, "Mana lebih penat? Aku marah marah suruh kemas ke aku kemas je sendiri?"

So slowly aku susun toys, kemas Lego masuk dalam box, toys yang dah lama sangat tak beralih aku masukkan semua dalam stor. Dalam hati aku dok mengharap ihsan Allah, semoga apa yang aku buat ni memberikan aku pahala. Nabi kata anak umur 0-6 tahun kan perlu dilayan bagai raja. So there you go, Mummy layan macam raja. Ikhlaskan sajalah. Ulang ulang suara hati aku memujuk, nak sejukkan hati sebenarnya daripada perasaan geram dengan budak budak ni. But actually memang kemas sendiri adalah kurang memenatkan berbanding marah marah pun. Penat badan tidaklah setanding penat mental, I should have known better.

Surprisingly, bila nampak Mummy slowly kemas tanpa berkata apa apa, tiba tiba anak anak datang sama sama kemas tanpa disuruh. "Kita kemas sama sama ya Mummy?" kata si Yusuf. Aku iyakan saja. Wow, senang je rupanya. Perhaps it works that way, kita mengasihani anak, anak akan mengasihani kita. 

5 more days to go, I miss my husband terribly 😭😭😭😭😭😭😭





No comments: