Sunday, July 23, 2017

Aku Si Penjual Penapis Air

Assalamualaikum and hi!

Syawal hampir sampai ke penghujungnya, dan Syawal kali ini adalah Syawal pertama aku sebagai seorang yang bekerja dari rumah. Sebenarnya I'm trying to feel nothing and be proud of what I am doing now (because deep inside I really am!), but yeah, sebulan ini kita jumpa pelbagai orang kan. Kalau dengan orang yang memang kenal kita dan tahu pasal kita then okaylah sebab usually depa sendiri yang akan tanya banyak pasal Cuckoo. Tapi bila bersama dengan orang yang berjumpa hanya setahun sekali, orang yang tak ikut perkembangan kita di social media atau keluarga jauh (bau bau bacang belah suami contohnya) talking about bekerja dari rumah ni I still nampak dan rasa bahawa masih ada tanggapan yang well, skeptikal dari sesetengah dari mereka. Bukan semua, tapi ramailah sebenarnya. I don't blame them actually, even I sendiri honestly bila ditanya "Sekarang buat apa?" pun masih ada sedikit hesitation untuk explain apa yang I buat before cakap I kerja sendiri je; sebab I pernah cakap I jual penapis air sebelum ini and that uncle terus cakap "Ohhh (long paused). Taknak ke cuba buat macam tutoring ke, ajar pusat tuisyen ke?" as if hidup I macam sedihhhh sangat sampai terpaksa jual penapis air haha.

If only they know...

Yes, if only they know...

Perasaan sekarang adalah terbalik dengan perasaan dulu tau. Dulu, bila sebut aku engineer tambah pula dengan oil and gas ramailah pakcik makcik yang bersinar mata dan tanya dengan company mana blabla dan cerita pasal anak masing masing "Anak uncle pun engineer juga, baru balik dari offshore blabla" tapi dalam hati aku rasa macam "If only they know betapa underpaid-nya most engineers secara realitinya". Now, bila aku cakap jual penapis air semua orang macam terdiam tak tahu nak sambung apa, dan dalam hati aku pula perasaannya terbalik. "If only they know how much money we make by only selling water filters". It's not about comparing siapa gaji lebih besar, it's about the mentality of certain people.

Paling win, aku pernah berborak dengan seorang aunty ni, bila finally aku cakap jual penapis air, she looked at me dengan muka yang sangat innocent dan sambil pegang tangan aku she said sympathetically, "Takpelah, asalkan rezeki halal kan" seolah olah sangat bersimpati yang aku tak ada kerja sampai terpaksa jual penapis air 😂😂😂😂. Seriously setiap kali teringat pasal tu boleh tergelak sorang sorang, comellah aunty ni.

Jujur aku cakap, mentaliti macam ini sebenarnya aku pun pernah ada masa my sister Oyah bagitahu dia nak join her husband Fadzli buat Cuckoo last couple of years. Once in a while bila berjumpa, mesti ada soalan aku yang macam "Boleh jual ke?" or "Kau memang taknak apply kerja mana mana ke?" (mesti Oyah masa tu bersabar je dengan soalan tu wakaka 😝). Bila dia cerita yang she was advertising by FB ads la, Google ads la I was just, "Oh yeke? Baguslah" something like that. For many months I seriously tak pernah tanya how much she earned despite dia memang berbelanja mewah sentiasa (dulu!) sebab I just assumed yelah orang muda hidup berdua tak ada banyak commitment lagi memanglah boleh enjoy duit. Until Ramadhan last year masa we sisters were going for Hari Raya shopping that I casually sambil drive asked her, "Berapa kau dapat bulan ni?". She answered, "Dua belas ribu je" OMG 😱😱😱😱 and THAT was exactly my turning point of everything. Only lepas tu I tanya dia lebih detail pasal Cuckoo, berapa perlu jual untuk dapat that much, medium apa yang boleh guna untuk jual, every single thing. 

Perhaps, that is human being in general. Kita memang nak kena tengok bukti baru nak percaya. Kita cenderung untuk tengok hasil orang lain dahulu baru berani nak mula untuk diri sendiri. Jadi, selamanyalah kita di belakang orang lain, sepertimana aku sentiasa di belakang Oyah suatu ketika dahulu. Sebab kita tak berani ambil risiko, sebab kita tak nampak keberanian orang lain ambil risiko itu sebagai sesuatu yang bijak, dan partly, sebab kita pandang rendah pekerjaan yang bukan prominent, you know, like engineers, arhitects, doctors.

Ogos ini, genaplah setahun kehidupan aku sebagai seorang penjual penapis air. Ya pekerjaan yang memang tak glamour untuk disebut tapi inilah pekerjaan yang contribute my 5-digits income for 4 consecutive months since April. The highest income I pernah achieved was RM21k on May but that was history hahaha susah gila nak dapat lagi that figure it was like miracle entah tetiba ramai orang terbuka hati nak beli Cuckoo dalam bulan May 😜. Susah nak capai, tapi tak mustahil. Dan tak mustahil boleh beat that figure if I keep the momentum alive yelah mood orang perempuan ni senang berubah, bila semangat tu memang semangat betul dan bila tengah menyampah tu seharian aku tak pegang handphone langsung. Still, syukur alhamdulillah. Not only that, lebih 10 agents in my team juga berjaya earn 4-digits income every month walaupun buat secara part time je. Benda macam ni memang buat I happy sangat, I feel like I was doing the right thing bila orang nak ikut apa yang I buat dan berjaya tambah pendapatan sendiri terutama golongan suri rumah yang langsung tak pernah bekerja. It feels so good to be able to proof to people that such unpopular job can change our lives.


Kesian, jual penapis air je 😜

Kehidupan aku memang berubah upside down since the day I made the decision almost 1 year ago. Rutin hidup, hubungan kekeluargaan, tahap kerohanian dan skala kebahagiaan memang meningkat entah berapa kali ganda. Namun banyak juga yang masih kekal sama; masih atur financial properly dalam Excel sheets, masih belanja anak toys atau ber-holiday secara bersyarat, masih tak kisah beli baju kurung RM100 kat butik dalam Tesco kalau dah memang cantik di mata aku, masih fikir lebih sebulan untuk beli Duckscarves (which end up tak beli pun!) dan masih pakai Perodua Myvi hehe. Kereta tu aku dah decide memang akan guna selagi boleh digunakan despite peer pressure suruh tukar kenderaan, haih memang pembaziran besar betul nak berhabis untuk sesuatu yang susut nilai, only to impress people we don't even like. It's okay to reward yourself once in a while, but not with something yang akan membebankan hidup you for the rest of your live. I'd rather spend more on people whom I love, make them happy, senangkan hidup mereka. That's my kind of self-reward.... alamak rasa macam angelic sangatlah pulak kahkahkah! 😝😝

It's okay. Just be yourselves. As the quote says, being underestimated is one of the biggest competitive advantages you can have, embrace it.


Friday, July 21, 2017

HforHOME: Kitchen Cabinet

Ehehe lamaaaa sangat tak cerita pasal progress rumah baru kami itu kan? Sebenarnya lepas siap plaster ceilings, grill, wiring and pasang kipas lampu tu, kami habis around RM12k so dah habis savings dah huhu. After that many things happened, kami semakin sibuk, and then mula rasa macam taknak dah duduk sana, siap plan nak jual dan cari rumah lain kononnya. Setengah tahun kami biarkan rumah itu tak visit langsung entah apa jadi dalam tu pun kami tak tahu.

 Dingdongdingdong one day tu we both berbaringan, tiba tiba kami decided untuk betul betul think about it and we decided to tengok balik gambar, pergi balik sana, ya Allah memang tak bolehlah nak let go rumah tu! Rumah tu ibarat macam our first love, jujurnya kalau you guys datang sana rasa macam biasa je rumah tu nothing special pun tapi entah kami dah survey banyak rumah lain lepas tu memang tak adalah yang menambat hati kami, padahal beza harga rumah lain itu lebih RM200-RM300k dari rumah kami sepatutnya lebih mahal lebih menariklah kan? But no. Ada je yang tak kena di mata kami, toilet kecil lah, toilet kena share lah, takde balkonilah, takde family hall lah. Memang semua rumah yang kami survey dengan harga range plus minus RM200-300k tak ada yang menarik minat. Tak macam our first love. Mungkin kena tengok rumah yang harga sejuta dua kot baru jatuh cinta lagi wakaka! 😝 

Anyway, dulu kami stop progress sebab dah kehabisan fund, bila kami tak fikir sangat pasal rumah tu, tiba tiba ada je rezeki masuk. Rasa macam wow bila tak fikir sangat tetiba cukup dah duit 😂. So daripada duit habis entah kemana we finally decided untuk sambung semula progress rumah itu and ya Allah I'm so excited!! 

We started with kitchen cabinet (KC), kami study a few contractors, ask them to quote and asked contractor lama to requote semula, plan our budget. So far, untuk kitchen cabinet with all the appliances, most contractors quote roughly RM15k to RM18k. Material sama, design sama (simple je pun), mahal rupanya kan. Applicances (hood, hob, oven & sink) pun dah nearly RM6k, so tambah dengan kitchen cabinet itself memang boleh sampai RM20k lah. Ada satu hari tu kami pergi sampai 3-4 tempat termasuklah kilang kontraktor kabinet dapur untuk tengok sendiri dalam masa sehari, from Puchong to Sungai Buloh to Shah Alam. Gila punya penat esok tu rasa nak pengsan tak larat dah nak pergi open house 😪.

Last last ambil dengan kontraktor yang duduk Puchong je, dan dia sendiri datang rumah kami untuk discuss. Haha penat penat je pergi merata. Tak apalah, at least we get some ideas kan. Lepas first meeting, kami bersama sama contractor tu pergi ke rumah baru for final measurement with some additional wiring and plumbing (kena upah orang lain lagi).

So this will be our kitchen cabinet design;


Sepatutnya macam ni je then masa kami cari hood and hob (we decided to purchase separately from different supplier, not all by kitchen cabinet contractor), supplier hood and hob tu kata ducting akan lalu kat atas cabinet seperti yang dilukis di atas. So better cover dengan cabinet la, and our KC contractor proposed macam ini;

OPTION A

Tambah one cabinet atas hob tu so that ducting dari hob terus ke ceiling and belok ke luar, extra cost RM100. I tanya tak pelik ke tetiba ada 1 body je terkeluar ke atas? Kontraktor tu kata biasa je, ramai je buat macam ni untuk cover ducting. Oh okay.

OPTION B

Atau naikkan terus semua cabinet to full height instead of standard height, extra cost RM600. Tetiba nak tambah RM600 untuk ruang cabinet yang belum tentu guna pun. Sebab KC kami at our current house pun standard cabinet je, tu pun banyak ruang tak guna pun entah tak tahu nak simpan apa dah pun, or perhaps kami berdua bukan jenis hoarder. Bekas aiskrim ke apa mana pernah simpan, semaklah sebenarnya.

So now tengah fikir mana satu nak pilih ni. Extra RM600 rasa macam nak pejam mata je buat, tapi woi RM600 banyaklah bagi aku! Macam macam boleh buat kot. Fridge pun belum masuk lagi dalam pengiraan, semalam survey kat Harvey Norman hati macam rasa macam ada adrenaline rush sebab excited gilaaaaaaaa! Best best.

Hopefully everything berjalan dengan lancar. Ha! Tahu tak kontraktor yang buatkan plaster ceiling, wiring dan grill kami tu sepatutnya buat kitchen cabinet untuk jiran sebelah kami tau, depa bawa lari duit jiran kami tu RM12ribu! 😱😱 Gilaaaa masa tu rasa macam, walaupun bersimpati dengan jiran kami tapi syukur gila kami tak kena dengan dia masa tu! Alhamdulillah siap semua yang dia sepatutnya buat untuk rumah kami, memang terkejut betul kami masa tu bila jiran kami bercerita, nasib baik bukan kami yang recommend-kan contractor tu pada dia. Teruk betul, so moral of the story, jangan sesekali bayar full payment untuk construction works! Fishy betul minta full payment sebelum kerja siap ni. Rasa syukur dan nasib baik kami tak pernah recommend dia pada siapa siapa pun 😓

Ya Allah peliharalah kami dari sebarang musibah, jauhilah kami dari manusia yang berniat jahat. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Will update more on this soon.


Wednesday, July 12, 2017

Kenapa Perlu Join Aktiviti Sekolah Anak?

Hari ini sekolah anak anak aku buat Majlis Sambutan Hari Raya di mana ibu bapa juga dijemput hadir. Kali ini aku bersemangat lain macam untuk pergi, sebab makan free beberapa hari lepas Ammar Yusuf pulang sekolah dengan baju diconteng penuh (BAJU BARU PULA TU!) dan selepas aku upload-kan di Facebook ramai yang menyarankan untuk inform the kid's parents tentang anak dia. Cara itu berkesan, menurut rakan rakan yang lebih berpengalaman. Sebenarnya bukanlah nak besar-besarkan cerita sangat, cuma kejadian itu dah kerap sangat terjadi dan dilakukan oleh budak yang sama. So I think it's about time aku perlu ambil tindakan dah. Untuk hal macam ini aku lebih suka jumpa secara berdepan, sebab kalau call apatah lagi WhatsApp akan menimbulkan perasaan yang tak enak pula. Yelah lain orang, lain cara dia baca nada WhatsApp tu and I don't want things to get ugly nanti anak anak aku tak selesa pula.


Hari kejadian. Penat aku sental pun tak hilang juga geram betul aku 😤

Tapi malangnya, ibu bapa budak itu tidak hadir pula 😑

So tak apalah, we just enjoy the event dan decided to lupakan jelah kejadian tu. Sebab apa tau?

Sebab kesian.

Kesian, tengok budak tu makan sorang sorang.
Kesian bila budak lain makan disuap ibu bapa, dia makan sendiri sampai comot comot baju.
Kesian, haih entahlah memang aku jatuh kesianlah. Nak dijadikan cerita, budak itu datang pula kat anak anak aku depan kami suami isteri, "Yusuf, nanti dah siap makan kita main ya?"

Terus terbeli jiwa aku 😪

Dalam kereta, H menyuarakan sesuatu yang dah lama berada di dalam fikiran aku.

"B perasan tak, sejak tahun lepas kalau sekolah buat event, balik balik muka parents yang sama je kita jumpa.."

Yes, betul. Selama 1 tahun 7 bulan anak aku bersekolah, memang muka yang sama je nampak setiap kali event. Dan setiap kali juga, bila aku minta anak anak tunjuk mana budak yang selalu tolak Adam Muaz (semalam balik bengkak bibir sebelah), yang baling kopiah, yang rebut barang (ada 1-2 nama yang sering disebut anak anak aku sebagai 'budak naughty'), budak budak itu mesti ibu bapanya tidak hadir pada hari tersebut.

Mana parents hangpa hah? Takkan aku nak marah budak yang tak dapat defend diri sendiri pula! 😤

Lama aku perhatikan kanak kanak itu, ada yang makanan jatuh ke lantai ambil balik masuk ke mulut, ada yang selamba tolak budak lain yang ibu bapanya ada di depan mata (kalau aku kena tu memang tindakan refleks terus cubit agaknya), ada yang hingus meleleh tak dilap. Kesian okayyy.

I asked my husband, "Masa kecil dulu Umi Abah datang ke event event sekolah?" He said no. Me too, actually. Tapi aku tak ingatlah aku rasa sedih ke tak. Anak anak aku ni, kalau event yang parents kena datang, kami hantar ke pagar dan tak ikut masuk sekali (sebab parents perlu datang kemudian) pun muka dah sebak sebak dah terutama si Yusuf tu! Mereka memang paling suka kami datang ke sekolah, siap inform Mummy Daddy kena pakai cantik, pakai baju raya. Dalam kereta pun berulang kali tanya Mummy Daddy masuk school sekali kan? So aku tak boleh bayang kalau kami memang tak datang, entah apa yang anak anak aku rasa tengok kawan kawan semua duduk dengan parents masing masing 😢

Aku rasa dulu aku tak rasa apa apa sebab setiap tahun memang ada adik beradik sendiri dalam sekolah tu juga, so apa apa pun we sit together je. Lama lama rasa biasa je event sekolah parents tak datang, setiap tahun naik pentas pun memang parents tak datang ambil gambar ke apa, entah, sebab mungkin bukan culture keluarga kami untuk meraikan hal hal sebegitu. Parents aku kan tough love 😂. Itu jelah yang aku dapat fikirkan, and I don't have anything to regret pun.

Tapi zaman sekarang berbeza, I believed that parents involvement in children's school activity ni penting sangat. Aku perhatikan kebanyakan kawan kawan anak aku yang memang behave, yang score exam, yang polite, yang disenangi teachers, most of them memang aku kenal parents masing masing sebab itulah muka muka yang sentiasa ada dan ambil bahagian dalam aktiviti sekolah. 

Seriously guys, kalau boleh tolonglah spend sikit masa untuk event sekolah anak anak, walaupun mungkin hanya tadika dan rasa seperti tidak penting. Tapi nak bentukkan peribadi anak anak haruslah sedari awal. Dari situ kita boleh nampak perilaku anak kita di sekolah, kita boleh berbual bual dengan teachers tentang anak anak. Bila selalu jumpa dengan teacher, teacher pun rasa biasa dan tak segan sangat untuk berterus terang tentang anak anak. Dia pemalu ke, dia tak buat homework ke, dia nakal ke, dia bising ke. Ambil tahu. Masa itu juga kita boleh kenal kawan anak anak, boleh perhatikan macam mana behaviour anak anak bila bersama kawan kawan. Mungkin ada perkara yang anak anak taknak ceritakan pada kita, dan hanya dapat dilihat oleh mata kita sendiri bila kita berada di sekolah bersama anak anak.

Mulakan dari awal, kalau bekerja pun cuba ambil time-off kalau tak boleh ambil half-day pun. Dulu aku pun bekerja juga, kerja pula jenis ada deadline dan menggila juga herghh benci aku mengingatkannya. Tapi cubalah, ambil masa. Kesian sebenarnya tengok budak lain parents ambilkan makanan, dia seorang ambil bihun sendiri sampai tertumpah tumpah ke lantai, ambil air sampai meleleh kena baju raya. Anak anak ni kadang kadang dia tak cakap, tapi mesti dalam hati rasa sedih je bila parents tak dapat luangkan masa untuk dia. Lagi sedih bila kawan kawan ada yang tanya, "Mama awak tak datang ke?". Aku dengar okayyy ada budak tanya soalan ini pada budak yang lain. Terusik jiwa keibuanku 😭














Monday, July 10, 2017

Cara Elak Suami Curang


Emosi betul pagi ini. Sebenarnya aku jaranglah nak baca berita berita macam ni, aku tak pernah follow Kisah Rumah Tangga, atau page berkenaan confession bagai, sebabnya memang boleh terganggu emosi baca kisah macam ni walaupun tak berkaitan dengan kita kan. Kes di atas adalah kes tipikal lelaki curang ketika isteri mengandung dan berpantang sebenarnya, cuma jadi besar sebab isteri tu end up with depression dan dikatakan bunuh diri (atau dibunuh suaminya, wallahu'alam). Sedih gila baca okay, semoga Allah memberi keampunan pada arwah isteri terbabit. For the husband, may you rot in hell, you don't deserved to be forgiven.

Isteri isteri, kita kena kuat okay. Tapi kita perlu kuat itu bukan bermakna kita perlu lakukan semuanya seorang diri hanya kerana kita rasa kita kuat, no you're wrong. That is actually a sign of weakness, sebab you biar diri you diambil kesempatan oleh orang yang sepatutnya buat kerja kerja yang menjadi bebanan you tu. Sedihlah bila tengok isteri isteri yang berkorban segala tapi dibalas dengan tahi. Seperti kes di atas, arwah isteri berkorban jiwa raga dan wang ringgit disebabkan gaji suami yang tak seberapa, tapi tidak dihargai dan dicurangi pula.

I'm going to share some tips, well it's not really tips but it's more to basic knowledge dan apa yang I rasa patut dilakukan oleh semua isteri semenjak awal perkahwinan supaya rumahtangga berjalan dengan baik. This is for adik adik yang baru berkahwin atau baru memilik anak. Memang it's seriously just a basic knowledge tapi ramai yang tak buat entahlah kenapa. Maaf ya, I tulis sini bukanlah bermakna rumahtangga I sempurna sebab I sendiri pun baru nak masuk 7 tahun je pun berkahwin, tapi ianya berdasarkan pengalaman sendiri dan banyak kes di sekeliling I yang banyak sangat memberi pengajaran pada kami suami isteri. Mana yang elok, harap boleh diambil sebagai panduan, mana yang you tak setuju it's okay, you may stick to your opinion.

1. Penuhkan masa suami dengan tugasan rumahtangga

Seriously, walaupun ramai yang tak suka dengan kenyataan ini, tapi urusan kerja rumah seharusnya dilakukan bersama sama suami dan isteri. Untuk adik adik yang baru berkahwin, mulakan dari sekarang. Untuk yang dah lama berkahwin, belum terlambat untuk ubah sekarang. Ada lah sebabnya dalam Islam tugas menguruskan kerja rumahtangga diletakkan di 'bahu' suami, bukannya isteri sepertimana yang diamalkan oleh ramai lelaki tipikal Melayu. Suami jenis yang pulang saja ke rumah terus berganding bahu pergi angkat kain, pass pada isteri untuk lipat, kemudian pergi potong bawang, isteri sambung masak, sementara isteri masak suami layan anak anak bawa ke bilik mandi, mandikan anak anak, isteri selesai masak kita makan bersama, suami sambung basuh pinggan pula. Suami jenis ini biasanya jarang sekali ada masa untuk perkara perkara lain. Tak ada masa untuk main kayu tiga, tak ada masa nak bercurang curang, tak ada masa nak fikir pasal zina. Penting untuk pastikan suami sentiasa terisi masanya. Sebab apa yang aku perhatikan seringkali suami yang dikaitkan dengan kecurangan, adalah suami yang langsung tidak membantu urusan rumahtangga, langsung tak pernah berbasah basahan mandikan anak atau basuh kain baju, lelaki yang pulang saja ke rumah terus declare diri sendiri sebagai raja dan isteri seperti hamba.

Macam mana kalau suami yang memang langsung tidak tahu pegang penyapu pun? It's okay. Mulakan dengan tugasan ringan, seperti pergi buang sampah, atau basuh pinggan mangkuk selepas makan malam, atau buat susu anak. Sebab ada lelaki bukan dia malas, tapi dia tak tahu. Daripada you merungut "Kenapalah suami aku tak macam suami orang lain yang rajin blabla", baik you keraskan hati untuk ajar. "Abang, sini kejap. Okay abang buat macam ni, sabun ambil kat sini, atau ambil hanger tu, yang tebal jemur pada yang paling dekat dengan matahari". Keraskan hati untuk ajar, sebab almost always, isteri isteri ni takut nak mulakan, takut nak ajar, atau tak sampai hati nak ajar. Lalu berterusan memendam rasa, badan penat hati sakit, nak buat kerja rumah pun dah tidak ikhlas lagi. Sudahlah letih sakit badan, pahala pun tak dapat, lagi teruk kita merungut bercerita pula kepenatan dan kekecewaan kita pada keluarga dan kawan kawan, tambah dengan dosa lagi. Kesian tau, apa pun kita tak dapat. Jadi, mudahkan kerja kita, ajak suami berganding bahu.

2. Atur gaji suami

Ada tak you guys yang tak tahu pun gaji terkini suami? Kenapa? Taknak ganggu privacy suami? Hello you guys dah tidur bersama dah nampak luar dalam, apa yang privacy lagi? Penting untuk tahu gaji suami, supaya kita boleh buat aturan sewajarnya. Dalam gaji suami tu ada sebahagian besar hak keluarga kita tau, hak kita dan anak anak. Sebab banyak kes yang aku jumpa, dia masih ingat gaji suami dia RM3000 dan bertahun tahun dia berhempas pulas tolong bayarkan banyak expenses rumahtangga kerana kasihankan suami yang bergaji kecil. Rupanya gaji suami dah RM7000-8000 pun dan seronok enjoy gaji sorang sorang. Daripada awal perkahwinan, aturkan apa yang you perlu bayar, apa yang husband perlu bayar. Jangan takut atau segan untuk duduk semeja bincangkan, sebab financial management yang jelas semenjak awal perkahwinan memang memberi impak yang sangat sangat besar dalam rumahtangga.

Aku pernah buat entri khas tentang kewangan rumahtangga sebelum ini. Boleh klik link di bawah untuk baca semula.
Merancang Kewangan Dalam Rumahtangga

Banyak perkara dah berubah since that post, tapi sistem kami masih sama dan alhamdulillah sangat berkesan sehingga sekarang. Tak salah kalau you nak tolong your husband, mungkin you rasa you mampu untuk sama sama tanggung belanja rumahtangga 50-50, tapi slowly you boleh jadikan 60-40, 70-30, sebab gaji makin lama makin bertambah dan serious aku cakap, lebih banyak suami contribute dalam rumahtangga, semakin murah rezeki suami sebenarnya. Bila dapat bonus atau suami memang bergaji besar ajak dia plan siap siap untuk downpayment beli rumah baru, buat investment atas nama isteri dan anak anak, bawa ibu bapa pergi umrah dan haji. Atur dengan baik.

Kenapa penting untuk pastikan gaji suami digunakan sewajarnya? Sebab biasanya, suami yang kewangannya memang diatur dengan baik jaranglah boleh curang. Sebabnya, hahaha sebab dia dah takde allocation untuk main kayu tiga haha lawaklah 😂. Lawak, lawak juga. Tapi memang itulah hakikatnya. Orang lelaki yang curang sampai berzina bagai ini adalah lelaki yang tidak diatur kewangannya, duit berlebihan sangat sedangkan perbelanjaan rumahtangga masih dibantu isteri. Tak salah susah bersama suami isteri, tapi susah sama sama senang sama samalah! Ini tidak, dari dulu sampai sekarang you susah sorang sorang dan suami senang sorang sorang. You nak beli baju sendiri pun fikir banyak kali, suami selamba pergi tukar sport rim kereta. You nak beli perfume mahal sikit pun dok kira kira budget, suami selamba beli tiket holiday Europe trip dengan kawan kawan. Celaka betul suami macam ni, aku taip ni pun rasa benci je 😡😡. So pastikan kewangan suami isteri jelas dan memuaskan hati kedua dua belah pihak, inshaaAllah aman bahagia rumahtangga.

3. Hubungan suami dan anak anak perlu sangat sangat close

Hubungan yang close ni bukan yang suami main dengan anak anak bila anak nangis je pass kat kita okay? Suami main dengan anak bila anak berak pass kat kita, suami main dengan anak anak bila anak lapar suruh kita buat susu. Hamboiiii. Make sure suami ambil bahagian secara serius dalam setiap urusan anak anak. Sama sama besarkan anak, mandikan anak basuh berak anak buat susu anak tengok homework anak dan sebagainya. Seorang bapa yang sangat kasih dan hidupnya devoted pada anak anak, akan tipis sekali chancesnya untuk buat perkara perkara terkutuk di belakang isterinya. Sebab dia terlalu cintakan anak anaknya, terlalu takut dibenci anak anak, terlalu takut kebahagiaan anak anak diragut oleh tangannya sendiri. Kadang kadang suami ni tak berapa affected sangat bila isterinya terluka, tapi dia takkan sesekali melukai hati anaknya. Anak anak adalah penyambung kasih ibu dan bapa, pengikat cinta suami dan isteri. Jadi sibukkan suami dengan anak anak, pastikan dalam satu hari ada tugasan tetap bapa dengan anak anak, tukang bacakan buku cerita, tukang check homework, tukang basuh berak, tukang mandikan, bahagikan tugas ini sesama suami isteri secara bergiliran. Sebab anak itu amanah Allah untuk kedua dua suami dan isteri, susah senang sakit sihat gembira duka anak semua kita hadapi bersama. Bukannya waktu gembira dengan ayah, waktu susah dengan emak. Bukan ya.

4. Suami isteri sentiasa berkomunikasi

Cliche kan? But yes, communication is virtue. Communicate, walaupun mungkin akan menimbulkan perasaan tidak enak. Communicate, walaupun mungkin akan berakhir dengan persengketaan. Sebab banyak perkahwinan yang gagal adalah disebabkan tiada komunikasi, bukan terlebih komunikasi. Bercerita setiap hari, walaupun sekecil kecil perkara. Ringankan mulut bercerita, dan bila bercerita tu make sure husband tengok kita bukan tengok handphone. Husband and wife yang setiap hari biasa bercerita perkara perkara kecil, akan mampu untuk communicate tentang perkara perkara yang lebih besar dengan lebih baik in future. Bila biasa bercerita dan berbual, husband boleh bagitau apa yang dia suka dan tak suka, wife pun boleh luahkan apa yang ada dalam isi hati. Sebab bila jarang bercakap, sesekali bercakap je husband nak terus tegur "I tak sukalah you pakai macam ni" kan dah boleh bergaduh besar terus. Kalau dah biasa, bila suami tegur pun kita boleh improve diri kita, straightaway jadi wanita idaman suami, dan selalu sangat berbual kita pun takdelah segan sangat nak minta belanja beli iPhone baru ke apa kan win-win situation wakaka 😆😆

5. Sama sama perbaiki agama

Sobs. Ni sebenarnya patut di point nombor 1. Zina ni, terlalu banyak sangat kes sampai dah jadi macam biasa. Bila suami curang, confirm dah berzina. Macam tak mungkinlah sekadar curang gitu gitu, memang sah sah dah berzina. Seolah olah zina tu perkara ringan. Kita sama samalah perbaiki agama. Janganlah nak belajar mengaji sendiri sendiri, nak perbetulkan solat sendiri sendiri. Ajaklah suami sekali. Kata sehidup semati kan taknak ke jumpa kat syurga nanti.. Apa apa ilmu yang kita baru tahu, kita terus share dengan suami. Tak salah pun kita betulkan bacaan Al-Quran suami, dan janganlah sentap bila suami perbetulkan agama kita juga. Suami yang jaga agama, akan boleh lakukan 4 perkara di atas dengan mudah je. Sebab agama Islam ni dah sempurna if only you really practice it. Jangan ambil sebahagian sebahagian je, bab berkahwin lebih nak ikut agama, bab kebajikan anak isteri taknak ikut agama.

Apa apa pun, sematkan dalam hati yang kita suami isteri ini satu team, bukan rivalry. Apa yang kita buat, we do it for the team, not for ourselves je. Kita improve diri kita, team kita akan turut bertambah baik. Suami, pandanglah isteri you sebagai your teammate. You hancurkan hati dia, you actually work against your own team. What will happened next? Your team will collapse, dan akan tarik sekali anak anak you. Sedihlah bila involved anak anak sekali.

Maaf ya kalau tulisan aku kali ini mengguris perasaan atau menimbulkan rasa tidak seronok pada suami isteri lain. Aku sedar memang aku bukan orang yang selayaknya untuk bagi tips rumahtangga. Dan aku juga tahu at the end of the day, jodoh itu di tangan Allah dan kita tidak dapat nak elak kalau sesuatu itu telah ditakdirkan akan terjadi. It's only that, patah hati ni adalah kesakitan yang sangat dahsyat, bukan boleh diubati semudah patah tangan atau kaki. Kalau boleh kita janganlah sampai perlu mengalaminya sendiri untuk belajar, be smart dan belajar saja dari pengalaman orang lain. Semoga perkongsian ini bermanfaat.