Saturday, July 29, 2017

Housewife and Social Life

Setahun yang lalu, bila aku announced to people around me that I was going to tender my resignation and be a housewife/work-at-home-mom (WHAM), tahu tak siapa yang paling tidak bersetuju, paling suruh aku fikir lebih lagi dan paling paling risau dengan keputusan aku?

No, not my husband.

It was my mother. 

And being an honest person she has ever been towards me, Mama was really tried her very best to talk some sense to me, dan reason yang paling beliau tekankan adalah,

"Jadi housewife ni lonely, kau boleh stress, kau boleh depressed. Percayalah cakap Mama.."

It really makes me sad, not because she wasn't being supportive, but it makes me realized betapa susahnya hidup Mama semasa membesarkan kami. Mama has been a housewife for as long as I can remember, true enough, Mama memang berhenti kerja selepas melahirkan anak keempat (abang aku) so aku memang tiada langsung memori Mama sebagai seorang wanita yang bekerjaya.

Sepanjang ingatan aku, hidup Mama memang hanya dengan anak anak. Tak pernah rasanya Mama keluar take a break untuk berjumpa kawan kawan, kalau keluar rumah pun hanya untuk majlis keluarga dan adik beradik Mama. Bila dah besar memang Mama sendiri akui Mama memang hilang kawan when she decided to quit her job. Logiklah, dengan anak 8 orang yang jarak umur hanya selang 2-3 tahun setiap satu dan tanpa pembantu rumah pula, manalah ada masa nak berkawan kawan lagi.

Mama devoted all her life for her children. Dulu tak ada smartphone untuk kita bersosial melalui alam maya (even sampai sekarang pun Mama tak pakai smartphones pun), dulu tak ada Uber yang boleh ambil kita keluar kalau kita tiada kenderaan, and for the first many years of my life, we didn't even have television at our home. Apa je yang Mama boleh buat untuk escape, take a short break to gain her sanity? Hampir tiada! And somemore being Baba as the sole bread-winner, Mama memang almost tak keluar rumah langsung dan memang mengabiskan puluhan tahun di dalam rumah sahaja menguruskan anak anak sahaja.

Growing up, aku selalu protes kenapa Mama garang dan sering nampak tertekan, tak seperti ibu kawan kawan aku yang lain. Bila aku dah meningkat dewasa, apatah lagi setelah aku sendiri menjadi seorang suri rumah, baru aku faham apa yang mendorong sifat Mama sebegitu. Hati aku sangat kasih dan rasa belas kasihan melimpah limpah pada Mama. Mama hanya ada kami sahaja dalam hidup Mama. Kamilah racun, kamilah penawar. Kamilah penghibur hati, kamilah juga penyebab duka. Kamilah segala galanya untuk Mama ketika itu. It wasn't help that kami semasa kecil sangat nakal dan tak mendengar kata, tiada common sense untuk membantu meringankan beban Mama langsung. Patahnya hati Mama ketika itu, penatnya jadi Mama ketika itu. Kalau aku di tempat Mama, mungkin boleh depresi tahap pack kain baju dan tinggalkan segalanya 😥😭

Mama sangat strong, Mama bukan jenis peluk cium anak. Tahu tak kali pertama Mama cakap "I love you" to me adalah ketika aku sudahpun bergelar seorang ibu? Kami membesar dengan situasi 'tough love', and it makes us women in the family so strong and tough too. Berpuluh tahun Mama hidup hanya dengan anak anak, sekarang bila anak semua dah besar that she finally has her own 'me-time', Mama turns out jadi socially awkward. Mama tak biasa nak pergi kenduri kendara kecuali untuk saudara mara, Mama tak biasa nak bersosial dengan jiran jiran dan Mama even tak biasa nak berbual panjang dengan orang lain yang bukan dari kalangan keluarga. Mama memang sangat gembira bila anak anak pulang ke rumah beramai ramai atau anjurkan apa apa family event, sebab hanya itulah waktu Mama untuk 'bersosial'. Bersosial dengan anak cucu 😂

So I totally understand, kenapa Mama sangat susah hati bila aku menyuarakan keputusan untuk berhenti kerja setahun yang lalu.

Jadi suri rumah memang susah. And I only have 2 children in comparison! Memang ada masanya aku rasa tertekan, tapi disebabkan my last working place before I quit my job was far worse, aku memang tidak pernah terlintas langsung dalam hati aku untuk cari pekerjaan lain buat masa ini. Jujur aku cakap, satu perkara yang menyebabkan aku jadi suri rumah sekarang (selain tidak perlu lagi bekerja di tempat lama tu) adalah, sebab aku ada income sendiri je, I cannot imagine myself being a housewife without a single cents of my own personal income. We women NEED that, to satisfy our needs yang kadangkala tidak munasabah di mata lelaki, to feed our ego (perempuan pun ada ego tau!), dan paling penting bagi aku, untuk kita menggembirakan ibu bapa kita sendiri.

Melihatkan kerisauan Mama, aku tak boleh tidak risau juga. So sebelum apa apa hal I make it clear to my husband yang banyak perkara tidak akan berubah just because I've changed to being stay-at-home mom; I still need his help dealing with house chores, I'm not necessarily be cooking 3 meals everyday and I'm going to need to take a break once in a while whenever needed. Alhamdulillah things have been doing so good eversince that, cuma yeah kadang kala rasa sunyi itu ada, kadang kadang rasa teringin nak melawa lawa dah memang itu sifat semulajadi aku nak wat camne 😆. So sejak jadi suri rumah memang pantang kawan kawan buat apa apa event, memang seronok nak join sebab itu jelah masanya boleh lepas gian pakai cantik cantik 😂. 

Kadang kadang memang stress sangat, tapi sebenarnya stress jaga anak anak ni taklah seteruk stress mengadap kerja di luar. Anak anak ni genuine and pure, stress macam mana pun we can still find the love and peace out of it. Hang stress dengan boss, boleh ke nak rasa love kat boss hang?? 😆 Aku rasa sejak jaga anak sendiri aku memang garang, tapi bila ditanya anak anak aku which Mummy they preferred; Mummy yang bekerja pejabat dulu atau Mummy yang duduk rumah sekarang, they answered without hesitation that they love the current Mummy. Mungkin aku extra garang dengan anak anak, tapi sebab aku ada banyak masa bersama mereka, aku boleh jadi extra loving juga. So keadaan adalah seimbang and they loved it, I couldn't ask for more.

 I'm still keep in touch with most of my close friends, I need to have an adult conversation once in a while too so bila ada masa kami akan berjumpa have a coffee berbual bual. Sekali sekala (sebulan sekali je punnn) memang perlu berjumpa muka orang dewasa yang lain haha, bercerita, bergelak ketawa over silly things, so that kita akan rasa rejuvenated, rasa bersemangat dan gembira bila pulang ke rumah untuk tukar watak jadi ibu dan isteri pula. Happy wife, happy life, kan?


Geng mengaji sekolah rendah.


Geng universiti.

Ex-colleagues WSB.


Ex-colleagues KNM.


Teammates Cuckoo yang lately rajin datang rumah walaupun hanya untuk berbual 😁

I'm trying to keep the positive vibes, kekalkan hubungan baik dengan semua orang dan jauhkan diri dari toxic people yang mungkin akan membuatkan kita mempersoalkan kehidupan kita sendiri. Aku rasa kawan kawan aku pun masih happy with my presence at all events maklumlah aku kan funny girl kahkah!

Alhamdulillah I think I might be one of the luckiest housewife sebab sentiasa ada orang yang sangat sudi jagakan my children for 3-4 hours whenever I needed my 'me-time' bila H bekerja. Oh yes, one more important thing you need to have before you decided to become a housewife; a truly supportive husband.

Yang tak ambil kesempatan kat you just because you're a housewife.
Yang tak judge you bila dia pulang ke rumah and you muka stress mengadu pasal anak anak dan terus ajak keluar makan best best.
Yang faham that you hanya manusia biasa dan perlukan rehat sepertimana isteri yang bekerja juga.

So it is important to sit down and talk to your husband before you quit your job and be a housewife. Kadang kala bila dah terlalu lama terperap di dalam rumah tak keluar ke mana mana jumpa siapa siapa, H sendiri akan tanya, "B takde plan dengan kawan kawan ke pergi short trip ke mana mana? Nampak macam stress je B sekarang. Ajaklah Nana Ja Nor pergi holiday ke..". Macam paham paham je 😅. Don't feel bad about it, we know that we love our children unconditionally, and being stressful taking care of them all by ourselves does not make us less of a mother. That is what I feel towards Mama too. We're just human, we get tired and stress out, all we need is some compassion and understanding. Tapi masalahnya, aku sendiri yang tak sampai hati nak pergi bercuti tinggalkan anak anak! Belum ready lagi 😩😩 #overlyattachedmom. Tengoklah, mungkin suatu hari nanti..

Alhamdulillah sekarang setiap kali berjumpa dengan Mama, she seemed relieved tengok how I have been doing now. In fact I think Mama macam lebih happy dengan my life sekarang berbanding dulu. Yelah sebab sekarang makin kerap boleh berjumpa, anak anak aku pun makin rapat dengan Grandma takde malu malu lagi dah macam dulu.


Dulu malu malu, sekarang dah biasa je hug hug dengan Grandma 😍

 Setiap kali jumpa memang aku bercerita perancangan aku untuk anak anak, my achievement in Cuckoo and everything. I think it's important to let our parents know that we're doing good, sebab mak ayah kita ni tak kiralah kita dah besar dan ada keluarga sendiri pun, kerisauan mereka terhadap kita memang tak berkesudahan. They want nothing but seeing us happy, and I hope that one day I can make them stop worrying about me.