Wednesday, July 12, 2017

Kenapa Perlu Join Aktiviti Sekolah Anak?

Hari ini sekolah anak anak aku buat Majlis Sambutan Hari Raya di mana ibu bapa juga dijemput hadir. Kali ini aku bersemangat lain macam untuk pergi, sebab makan free beberapa hari lepas Ammar Yusuf pulang sekolah dengan baju diconteng penuh (BAJU BARU PULA TU!) dan selepas aku upload-kan di Facebook ramai yang menyarankan untuk inform the kid's parents tentang anak dia. Cara itu berkesan, menurut rakan rakan yang lebih berpengalaman. Sebenarnya bukanlah nak besar-besarkan cerita sangat, cuma kejadian itu dah kerap sangat terjadi dan dilakukan oleh budak yang sama. So I think it's about time aku perlu ambil tindakan dah. Untuk hal macam ini aku lebih suka jumpa secara berdepan, sebab kalau call apatah lagi WhatsApp akan menimbulkan perasaan yang tak enak pula. Yelah lain orang, lain cara dia baca nada WhatsApp tu and I don't want things to get ugly nanti anak anak aku tak selesa pula.


Hari kejadian. Penat aku sental pun tak hilang juga geram betul aku 😤

Tapi malangnya, ibu bapa budak itu tidak hadir pula 😑

So tak apalah, we just enjoy the event dan decided to lupakan jelah kejadian tu. Sebab apa tau?

Sebab kesian.

Kesian, tengok budak tu makan sorang sorang.
Kesian bila budak lain makan disuap ibu bapa, dia makan sendiri sampai comot comot baju.
Kesian, haih entahlah memang aku jatuh kesianlah. Nak dijadikan cerita, budak itu datang pula kat anak anak aku depan kami suami isteri, "Yusuf, nanti dah siap makan kita main ya?"

Terus terbeli jiwa aku 😪

Dalam kereta, H menyuarakan sesuatu yang dah lama berada di dalam fikiran aku.

"B perasan tak, sejak tahun lepas kalau sekolah buat event, balik balik muka parents yang sama je kita jumpa.."

Yes, betul. Selama 1 tahun 7 bulan anak aku bersekolah, memang muka yang sama je nampak setiap kali event. Dan setiap kali juga, bila aku minta anak anak tunjuk mana budak yang selalu tolak Adam Muaz (semalam balik bengkak bibir sebelah), yang baling kopiah, yang rebut barang (ada 1-2 nama yang sering disebut anak anak aku sebagai 'budak naughty'), budak budak itu mesti ibu bapanya tidak hadir pada hari tersebut.

Mana parents hangpa hah? Takkan aku nak marah budak yang tak dapat defend diri sendiri pula! 😤

Lama aku perhatikan kanak kanak itu, ada yang makanan jatuh ke lantai ambil balik masuk ke mulut, ada yang selamba tolak budak lain yang ibu bapanya ada di depan mata (kalau aku kena tu memang tindakan refleks terus cubit agaknya), ada yang hingus meleleh tak dilap. Kesian okayyy.

I asked my husband, "Masa kecil dulu Umi Abah datang ke event event sekolah?" He said no. Me too, actually. Tapi aku tak ingatlah aku rasa sedih ke tak. Anak anak aku ni, kalau event yang parents kena datang, kami hantar ke pagar dan tak ikut masuk sekali (sebab parents perlu datang kemudian) pun muka dah sebak sebak dah terutama si Yusuf tu! Mereka memang paling suka kami datang ke sekolah, siap inform Mummy Daddy kena pakai cantik, pakai baju raya. Dalam kereta pun berulang kali tanya Mummy Daddy masuk school sekali kan? So aku tak boleh bayang kalau kami memang tak datang, entah apa yang anak anak aku rasa tengok kawan kawan semua duduk dengan parents masing masing 😢

Aku rasa dulu aku tak rasa apa apa sebab setiap tahun memang ada adik beradik sendiri dalam sekolah tu juga, so apa apa pun we sit together je. Lama lama rasa biasa je event sekolah parents tak datang, setiap tahun naik pentas pun memang parents tak datang ambil gambar ke apa, entah, sebab mungkin bukan culture keluarga kami untuk meraikan hal hal sebegitu. Parents aku kan tough love 😂. Itu jelah yang aku dapat fikirkan, and I don't have anything to regret pun.

Tapi zaman sekarang berbeza, I believed that parents involvement in children's school activity ni penting sangat. Aku perhatikan kebanyakan kawan kawan anak aku yang memang behave, yang score exam, yang polite, yang disenangi teachers, most of them memang aku kenal parents masing masing sebab itulah muka muka yang sentiasa ada dan ambil bahagian dalam aktiviti sekolah. 

Seriously guys, kalau boleh tolonglah spend sikit masa untuk event sekolah anak anak, walaupun mungkin hanya tadika dan rasa seperti tidak penting. Tapi nak bentukkan peribadi anak anak haruslah sedari awal. Dari situ kita boleh nampak perilaku anak kita di sekolah, kita boleh berbual bual dengan teachers tentang anak anak. Bila selalu jumpa dengan teacher, teacher pun rasa biasa dan tak segan sangat untuk berterus terang tentang anak anak. Dia pemalu ke, dia tak buat homework ke, dia nakal ke, dia bising ke. Ambil tahu. Masa itu juga kita boleh kenal kawan anak anak, boleh perhatikan macam mana behaviour anak anak bila bersama kawan kawan. Mungkin ada perkara yang anak anak taknak ceritakan pada kita, dan hanya dapat dilihat oleh mata kita sendiri bila kita berada di sekolah bersama anak anak.

Mulakan dari awal, kalau bekerja pun cuba ambil time-off kalau tak boleh ambil half-day pun. Dulu aku pun bekerja juga, kerja pula jenis ada deadline dan menggila juga herghh benci aku mengingatkannya. Tapi cubalah, ambil masa. Kesian sebenarnya tengok budak lain parents ambilkan makanan, dia seorang ambil bihun sendiri sampai tertumpah tumpah ke lantai, ambil air sampai meleleh kena baju raya. Anak anak ni kadang kadang dia tak cakap, tapi mesti dalam hati rasa sedih je bila parents tak dapat luangkan masa untuk dia. Lagi sedih bila kawan kawan ada yang tanya, "Mama awak tak datang ke?". Aku dengar okayyy ada budak tanya soalan ini pada budak yang lain. Terusik jiwa keibuanku 😭














6 comments:

  1. Salam syawal husna...

    Couldn't agree more with you... Akak pun perasan benda yg sama. Parents yg aktif dgn aktiviti anak2 ni anak2 depa 'terkedepan' in term of academic performance, akhlaq etc. Cikgu2 pun bila ada pertandingan etc selalu pick these kids sbb tau parents depa supportive, senang bagi kerjasama...

    Rasanya involvement parents tu dapat bantu tingkatkan self esteem & confidence anak2 that's why they perform better.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Salam Syawal kak :)

      Yes that might be it, rasanya parents involvement pun boleh menghalang atau at least mengurangkan kenakalan anak anak juga. Sebab depa tahu kalau buat perangai mesti parents akan tahu juga

      Delete
  2. Bukan setakat masa tadika, even bila anak2 dah masuk menengah pun you'll see the same group of parents yang akan selalu attend program sekolah. As parents selagi mampu selagi tulah support...sampai berkejar2an bila anak2 dah berlainan sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi mampu selagi itulah akan support. Semoga kami suami isteri juga diberi kekuatan macam tu bila anak dah besar besar nanti.

      Delete
  3. saya setuju 200% husna. Masa sambutan hari ibu & hari guru bulan 5 lepas, kami para ibu memang dtg ada majlis mkn2 d sekolah. Semalam pulak ada sambutan hari raya sekolah anak. Unfortunately mmg sy ada ada hallll yang tidak mbolehkan sy hadir. So what i did, sy hntr anak sy ke rumah pgasuh lamanya, so tak payah pergi sekolah. D reason why, sbb sy sy xnk anak sy sedih bila both mom & dad xdtg sedangkan parents kwn2 semua ada. dan sy tfikir mcm mana dia nk makan, senduk makanan semua. dlm grup wasap sekolah tu mmg ada parents (x hadir) mntk teacher tlg tgkkan anak mereka, tapi saya xboleh la. sy kesian teacher & juga perasaan anak sy. takperlah sy lebih rela dia tak pergi sekolah drpd melihat dia keseorangan. hahaha... sy mmg emo sikit bab2 ni... but yes, your entry ni mmg kena dgn situasi zmn skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh samalah kita! So far memang belum pernah missed out lagi aktiviti sekolah, tapi pernah plan dengan husband in case ada apa apa aktiviti yang parents dijemput hadir dan kami tak dapat hadir, kami akan excuse-kan dia terus dari aktiviti tu hehe. But it works kalau tadika jelah, sebab dia tak faham and tak kisah sangat pun. Kalau dah sekolah rendah sekolah menengah lain pula ceritanya ;)

      Delete