Thursday, December 14, 2017

3rd Pregnancy Journal Begins

Assalamualaikum,

As some of you might know, I'm currently in my second trimester of my third pregnancy alhamdulillah. My husband and I have always wanted to have more children, tapi asyik bertangguh je nak make plan for it sampai Adam Muaz pun dah lebih 4 tahun. But of course, semua itu memang takdir Allah;

Mungkin sebelum ini kami memang belum bersedia untuk menambah ahli keluarga. Bersedia tu dari banyak segi, tapi paling penting untuk kami adalah persediaan mental dan emosi. Kami ada pelbagai perancangan untuk anak anak dan setiap anak memerlukan perhatian yang berbeza. Mungkin itu juga menyebabkan perancangan untuk memiliki seorang lagi anak itu agak tergendala. 

My mom cakap kalau nak tambah anak, tambah sekarang, kalau tidak jangan tambah lagi sebab kesianlah nanti anak kecil lagi kita dah tua dah. Kakna pun cakap, kalau pregnant masa umur dah lanjut nanti akan sangat sangat penat sampai rupa pun dah macam kain buruk bergerak 😆. Jangankan orang tua, masa aku muda muda mengandung anak pertama kedua dulu pun selalu rasa macam kain buruk, letih dan langsung tidak berseri!

Alhamdulillah, my first trimester is over now. Pregnant kali ini alahan lain macam, first time among my three pregnancies, aku alah bau!! Seriously tak boleh bau goreng gorengan terutama ayam goreng; I even stop makan ayam terus sebab entah rasa macam tak boleh bau ayam langsung walaupun dalam sup tomyam ke apa. Kalau makan nasi, memang ikan atau telur menjadi pilihan. Otherwise memang aku tak makan nasi terus, tak lalu sangat makan nasi pun anyway. Selera makan banyak, tapi taknak nasi. So makanlah bihun sup, pizza.. Haaa pizza memang banyak ya Allah, setiap minggu mesti ada sekali dua makan pizza. I know I knowww memang tak elok sebab fast food, tapi pizza la yang paling menyelerakan buat masa ini... 😞

3 bulan ini, memang jaranglah masak. Dalam seminggu ada la sekali dua aku masak bila dah boring sangat makan luar, tapi memang punyalah tahan nafas bila part tumis tumis tu ya Allah loyanyaaaaa! Rumah sentiasa tutup tingkap sebab tak tahan bau jiran masak, boleh moody seharian bila terbau benda masak masak ni 😷. Paling kesian, tak boleh bau peluh Suami! Tapi hanya bila dia balik kerja atau balik gym je, waktu tu jelah yang berpeluh pun. Kesian okay kalau tak boleh bau suami langsung, macam mana nak hug hug kiss kiss dahlah setiap kali pregnant aku memang memerlukan belaian yang berlebihan 😍

Masa 8-9 weeks hari itu aku dah buka buku pink kat klinik kesihatan dah. Bestnya klinik kesihatan Puchong sekarang, sangat sistematik dan laju sebab dia extend banyak partition dalam satu bilik so 5-6 orang pesakit boleh masuk sekaligus dan dilayan oleh 5-6 nurses yang berbeza. Pemeriksaan pun dibuat dengan sangat terperinci siap buat saringan breast cancer lagi. Aku sukalah klinik kerajaan, ada orang tak suka kena check banyak sangat, buang masa la kena minum air gula pun merungut, tapi aku suka check up yang dibuat dengan mendalam, baru rasa secure dan yakin dengan kandungan kita inshaaAllah.


First scan at 8 weeks plus. Walaupun anak ketiga, perasaan bila ada another soul dalam badan kita is just surreal... 

Alhamdulillah banyak perkara dipermudahkan, senang sekarang sebab I work at home. Kerja sendiri, bila bila boleh rehat baring baring, anak anak pun dah agak besar dah pandai uruskan diri sendiri so bila Mommy rasa loya or penat I just cakap dengan anak anak that I need a rest. Mereka pun faham je, so pandailah main sama sama berdua tak ganggu Mommy. Syukurlah juga sebab depa dua beradik, boleh main sama sama and entertain each other without depending on Mommy the whole time. I really have a good rest for the past 3 months, H balik kerja je terus take over anak anak dan suruh Mommy rest.

Oh my husband is really an angel, sentiasa berpesan pada anak anak supaya bagi Mommy rehat, Mommy ada baby dalam perut, jangan bagi Mommy marah, jangan buat Mommy penat. Seriously bila orang cakap, "Ala anak sulung je yang suami beria-ia jaga, dah masuk anak kedua ketiga keempat takdenya boleh manja manja", I feel sorry that you have that kind of experience. Because for me, I can see that my husband lebih loving, compassionate dan lebih banyak bersabar as we grow older. Mungkin bila dah berusia financial makin stabil, pengalaman pun makin banyak so boleh lebih bertenang uruskan masalah, zaman muda muda dulu kan banyak benda tak tahu, banyak perkara baru nak belajar so we tend to get frustrated easily. Now suami lebih memahami kita, sangat appreciate hidup berkeluarga dan lebih memanjakan kita. Alhamdulillah despite letih pregnant dah tua ni, banyak perkara dipermudahkan when you have a very supportive husband 💗

Second trimester, loya masih belum hilang. Malah alahan teruk pada bau juga masih belum berakhir. It's okay, lain anak memang lain alahannya tapi this one despite mudah sangat pening dan loya, aku tak pernah muntah pun lagi. I really make sure I eat well, makan sikit tapi kerap, sentiasaaaaa makan sebab aku taknak muntah! So far memang method itu berjaya, kami juga sentiasa pastikan fridge sentiasa penuh dengan buah buahan. My favourites are oranges and mangoes, so sentiasa perlu ada buah buahan ini. 

Setakat ini belum buat apa apa persediaan lagi, awal lagi kan. Alhamdulillah for everything, syukur sangat atas anugerah Allah ini. Memang Allah sebaik baik Perancang, sebab kami percaya memang sekaranglah waktu yang tepat untuk semua ini. Ya Allah permudahkanlah segalanya, semoga semuanya baik baik sahaja.